Home Aktiviti Hari Guru 10 Inisiatif KPM Sempena Hari Guru 2023

10 Inisiatif KPM Sempena Hari Guru 2023

303
0
10 Inisiatif KPM Sempena Hari Guru 2023
10 Inisiatif KPM Sempena Hari Guru 2023, Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru di Malaysia sebagai penghargaan kepada guru/ cikgu yang bertungkus lumus mendidik anak bangsa ke arah kejayaan.
Peredaran zaman dan kemajuan teknologi tidak pernah mengubah tugas dan jasa guru dalam mendidik dan membekalkan ilmu kepada seluruh pelajar.
Tugas guru pada masa kini pula semakin mencabar yang mana memerlukan kreativiti dan inovasi bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan kepada pelajar selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
Kepada ibu bapa, guru-guru dan pelajar disini disediakan Laman yang mengandungi 10 Inisiatif KPM Sempena Hari Guru 2023. Berita gembira yang ingin diumumkan oleh Menteri Pendidikan pada hari ini sempena Hari Guru.  Semoga Bermanafaat kepada semua…
10 Inisiatif KPM Sempena Hari Guru 2023 1
Berikut merupakan 10 perkara yang disampaikan oleh beliau:
10 Inisiatif KPM Sempena Hari Guru 2023
1. Penambahbaikan surat Pekeliling Ikhtisas Bil 5/2022: Lawatan Sekolah Pada Hari Persekolahan
2. Peluasan sekolah Komprehensif K9 dengan pertambahan 10 buah sekolah lagi dalam usaha mengatasi isu keciciran murid khususnya di kawasan pedalam dan orang asli.
3. Peluasan Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) ke negeri Sabah
4. KPM bersama- -sama dengan Suruhanja Perkhidmatan Pendidikan (SPP) terus memperkasa pengurusan pengambilan pegawai perkhidmatan pendidikan,
5. Kebenaran dan kelonggaran pemakaian baju korporat rasmi Kementerian Pendidikan sewaktu bertugas.
6. Pemansuhan sebarang kutipan sumbangan sambutan Hari Guru. Boleh ditonton selanjutnya di link EduWebtv
7. Mempertingkat pesanan kumpulan Guru Insani Malaysia.
8. Mempertingkat peranan Yayaysan Guru Tun Hussein Onn (YTGHO) dalam meningkatkan profesionalisme guru dan menjaga kebajikan guru.
9. Penambahbaikan Standard Guru Malaysia 2.0.
10. KPM dengan kerjasama rakan strategik menyediakan peluang merehatkan minda melalui Program Cuti-Cuti Cikgu mampu milik.

Jika Anda Ingin Download:

10 Inisiatif KPM Sempena Hari Guru 2023


10 Inisiatif KPM Sempena Hari Guru 2023 2


Di sini disediakan 15 tip untuk cemerlang & persediaan menghadapi peperiksaan khususnya bagi pelajar-pelajar yang akan mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi.

1. Sediakan Ruang Belajar Yang Sesuai

Top 10 Study Tips to Study Like a Harvard Student - Harvard Summer School

Pastikan anda mempunyai ruang yang cukup untuk meletakkan segala bahan dan nota anda. Adakah anda mempunyai pencahayaan yang cukup? Adakah kerusi dan meja anda selesa? Adakah permainan komputer anda tidak dapat dilihat dan mengganggu?. Cuba hapuskan semua gangguan, dan pastikan anda berasa selesa dan dapat memberi tumpuan sebaik mungkin.

Bagi sesetengah orang, mengulangkaji dalam keadaan yang senyap sunyi adalah yang terbaik, untuk yang lain, mungkin muzik latar belakang membantu. Sesetengah daripada kita memerlukan segala-galanya yang benar-benar kemas dan teratur untuk menumpukan perhatian. Fikirkan tentang apa yang berfungsi dan dapat membantu anda, dan luangkan sedikit masa untuk mendapatkannya persekitaran yang terbaik untuk anda mengulangkaji.

2. Semak Jadual

Schedule | Information Services and Technology (IST)

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.

Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

Click untuk bacaan seterusnya disini….    10 Inisiatif KPM Sempena Hari Guru 2023 3