Home Artikel 10 Soalan Temuduga Kerja Yang Biasa Ditanya

10 Soalan Temuduga Kerja Yang Biasa Ditanya

333
0
10 Soalan Temuduga Kerja Yang Biasa Ditanya, Dah bersedia untuk temuduga kerajaan atau swasta? Inilah antara soalan yang paling kerap ditanya oleh bakal majikan dan panel temuduga.
Untuk membantu anda mempersiapkan diri, kami akan menerangkan 10 soalan temuduga kerja popular yang biasa ditanya oleh bakal majikan. Tips temuduga atau interview ini hanyalah merupakan panduan am dan bukannya patut digunakan sebagai skrip bulat-bulat.
Sebaliknya, soalan temuduga kerja berikut boleh digunakan sebagai garis panduan untuk anda memikirkan respons yang terbaik untuk mendapatkan pekerjaan yang diingini.
Kepada ibu bapa, guru-guru dan pelajar disini disediakan Laman yang mengandungi 10 Soalan Temuduga Kerja Yang Biasa Ditanya. Semoga Bermanafaat kepada semua…

10 Soalan Temuduga Kerja Yang Biasa Ditanya

10 Soalan Temuduga Kerja Yang Biasa Ditanya

(1) Kenapa anda ingin bekerja dengan syarikat ini?
Tujuan soalan ini adalah untuk mengetahui motivasi anda untuk bekerja dengan syarikat tersebut. Bakal majikan mempunyai pengalaman yang banyak jadi mereka tahu jika anda tidak jujur.
Pertama sekali, sebelum hadir ke sesi temuduga, pastikan anda laksanakan kajian tentang syarikat tersebut terlebih dahulu. Fahami budaya syarikat dan apa yang mereka lakukan.
Kedua, elakkan daripada memberi jawapan seperti “Oh, sebab tempat ini sangat best untuk kerja! Saya suka gaji dan pakej imbuhan yang ditawarkan,” ataupun “Rakan-rakan saya ada dalam syarikat ini jadi lebih senang untuk meluangkan masa dengan mereka.” Jawapan macam ini sangat jelak didengar dan tidak menunjukkan kemahiran dan pengalaman anda yang boleh menyumbang kepada syarikat tersebut.
Ketiga, tunjukkan bagaimana anda boleh bantu mencapai matlamat syarikat menggunakan kemahiran atau pengalaman anda. Gunakan contoh sebenar seperti pengalaman kerja sebelum ini.
(2) Apakah jawatan yang anda inginkan?
Elakkan jawapan samar-samar seperti “Saya ingin pekerjaan yang mengujakan” atau ” Saya ingin mengembangkan kemahiran dalam sektor ini”. Jawapan tersebut menunjukkan kekurangan fokus dan motivasi kepada matlamat kerjaya anda. Sebaliknya, ceritakan bagaimana kemahiran dan pengalaman anda boleh menjadi aset kepada syarikat.
Contohnya, “Saya mempunyai kemahiran komunikasi dan penjualan produk yang baik seperti yang dibuktikan dalam pekerjaan sebelum ini sebagai pegawai pemasaran di syarikat X. Saya telah memahami industri ini secara mendalam dan mampu menyumbang secara positif kepada usaha penjualan syarikat Tuan/Puan.”
(3) Ceritakan serba sedikit tentang diri anda.
Soalan ini adalah soalan klasik yang biasa ditanya pada permulaan temuduga. Ini adalah peluang anda untuk memberitahu bakal majikan siapa diri anda secara keseluruhannya dan apa yang anda boleh menyumbang kepada pekerjaan ini.
Sebaik-baiknya, anda perlu menceritakan selama 2-3 minit tentang diri anda, minat peribadi jika ia relevan dengan jawatan yang dipohon dan pengalaman kerja.
(4) Kenapa anda ingin mencari pekerjaan baru?
Soalan ini nampak mudah tetapi cuba fikir lagi sekali. Ia sangat mudah untuk anda memberi jawapan yang tidak diingini jika anda tidak bersedia. Kebanyakan orang cari pekerjaan baru sebab mereka tidak berpuas hati dengan pekerjaan semasa. Walaupun benar, cara anda menyampaikan jawapan tersebut mungkin mempunyai unsur negatif. Jadi untuk soalan ini, bakal majikan sebenarnya ingin tahu cara anda menyampaikan jawapan anda ketika sesi temuduga sama ada anda boleh kekal jujur dan positif.
Jika anda dipecat dari pekerjaan terakhir, cuba jawab dengan ringkas dan jujur. Jangan pula anda beremosi dan mengejek bekas majikan atau syarikat. Anda tak mahu bakal majikan untuk memikirkan bahawa anda masih tak puas hati dan tak boleh fokus kepada pekerjaan seterusnya. Ia juga mungkin menunjukkan peribadi negatif anda yang tidak boleh menerima hakikat dan sering menyalahkan orang lain.
Jika anda meninggalkan pekerjaan secara sukarela, nyatakan secara ringkas dan jangan kongsi perkara negatif. Sebaliknya, anda boleh fokus kepada cara anda boleh menyumbang kepada jawatan baru.
(5) Apakah yang anda tahu tentang syarikat kami?
Di sini anda boleh tunjukkan pengetahuan anda setelah mengkaji selidik syarikat tersebut. Apabila anda mengetahui lebih mendalam tentang sesebuah syarikat, ia menunjukkan bahawa anda serius untuk bekerja dengan syarikat tersebut. Tetapi jangan pula anda menceritakan setiap fakta yang anda tahu sebab nampak sangat dihafal. Hanya nyatakan produk utama dan perkembangan terkini. Anda juga boleh menunjukkan minat dengan mengemukakan soalan kepada bakal majikan di akhir sesi temuduga.
(6) Apakah kekuatan dan kelemahan anda?
Soalan temuduga ini sebenarnya sangat rumit. Namun, ini adalah masanya untuk anda menjawab dengan jujur. Tetapi jangan pula anda terlebih jujur ke arah negatif dan memberitahu bakal majikan bahawa anda seorang yang tidak mempunyai kemahiran organisasi atau sering lambat ke meeting. Sebaliknya, jawab dengan jelas dan ringkas tentang kualiti yang menunjukkan bahawa anda seorang bertanggungjawab dan mengambil kira etika kerja, nilai diri, pengajaran di tempat kerja dan kemampuan menyelesaikan masalah.
(7) Apakah pencapaian anda yang paling hebat?
Cuba nyatakan 2-3 jenis pencapaian. Tujuan soalan ini adalah untuk bakal majikan memahami cara anda mengendali sesebuah projek dan berkomunikasi dengan rakan kerja. Ini adalah penting untuk mereka mengenal pasti jika anda berpeluang untuk berjaya dalam syarikat tersebut. Ceritakan pencapaian yang menunjukkan kekuatan dan kemahiran anda seperti penyelesaian masalah di tempat kerja yang menunjukkan kemahiran menyelesaikan masalah ataupun penyediaan laporan penting dalam keadaan yang sukar menunjukkan kemampuan menangani tekanan.
(8) Apakah jenis tugasan yang anda lakukan di pekerjaan yang lalu?
Walaupun pekerjaan lalu tidak berkaitan dengan jawatan yang dipohon, anda masih perlu menjawab dengan jujur. Anda juga boleh menerangkan apa-apa projek yang telah dilakukan seperti projek yang dikendalikan luar daripada skop kerja. Yang penting anda memberitahu pengalaman relevan dengan jawatan baru.

(9) Di manakah anda melihat diri anda satu (atau lima) tahun dari sekarang?

Jawapan anda patut menunjukkan keyakinan diri dan motivasi untuk mencapai tahap kerjaya tinggi. Nyatakan jangkaan yang realistik dan cadangkan rancangan sebenar anda dalam syarikat tersebut.
(10) Bagaimana anda akan menjalin hubungan baik dengan rakan kerja dan penyelia baru?
Anda boleh jawab soalan ini secara positif dan bersemangat. Bagitahu bakal majikan bagaimana anda bekerja dengan baik bersama bekas rakan kerja anda. Bakal majikan ingin tahu jika anda mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.
Related Post:

Tips Terkini Temuduga: Tips Sebelum Temuduga

Tips Terkini Temuduga: Tips Semasa Temuduga

Tips Terkini Temuduga: Tips Selepas Temuduga

8 Kesilapan Temuduga Yang Perlu Dielakkan


10 Soalan Temuduga Kerja Yang Biasa Ditanya 1


Di sini disediakan 15 tip untuk cemerlang & persediaan menghadapi peperiksaan khususnya bagi pelajar-pelajar yang akan mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi.

1. Sediakan Ruang Belajar Yang Sesuai

Top 10 Study Tips to Study Like a Harvard Student - Harvard Summer School

Pastikan anda mempunyai ruang yang cukup untuk meletakkan segala bahan dan nota anda. Adakah anda mempunyai pencahayaan yang cukup? Adakah kerusi dan meja anda selesa? Adakah permainan komputer anda tidak dapat dilihat dan mengganggu?. Cuba hapuskan semua gangguan, dan pastikan anda berasa selesa dan dapat memberi tumpuan sebaik mungkin.

Bagi sesetengah orang, mengulangkaji dalam keadaan yang senyap sunyi adalah yang terbaik, untuk yang lain, mungkin muzik latar belakang membantu. Sesetengah daripada kita memerlukan segala-galanya yang benar-benar kemas dan teratur untuk menumpukan perhatian. Fikirkan tentang apa yang berfungsi dan dapat membantu anda, dan luangkan sedikit masa untuk mendapatkannya persekitaran yang terbaik untuk anda mengulangkaji.

2. Semak Jadual

Schedule | Information Services and Technology (IST)

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.

Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

Click untuk bacaan seterusnya disini….    10 Soalan Temuduga Kerja Yang Biasa Ditanya 2