5 Aktiviti Luar Yang Bermanfaat Semasa Cuti Sekolah

5 Aktiviti Luar Yang Bermanfaat Semasa Cuti Sekolah, SERONOK dan gembira terlepas daripada bebanan berat sebelumnya dirasakan sebahagian anak-anak ketika ini. Bagi mereka, kini masanya untuk merehatkan minda manakala bagi ibu bapa, pelbagai cara digunakan untuk memenuhi cuti sekolah.

5 Aktiviti Luar Yang Bermanfaat Semasa Cuti Sekolah

5 Aktiviti Luar Yang Bermanfaat Semasa Cuti Sekolah

1. Pencarian Harta Karun Di Taman
📝 Malaysia mempunyai taman yang penuh dengan pelbagai jenis tumbuhan, serangga dan haiwan. Rancang pemburuan harta karun dengan menyediakan senarai item yang perlu dicari, seperti bentuk daun yang berbeza, bunga, serangga atau burung seperti Enggang atau Raja Udang. Aktiviti ini akan mengasah kemahiran pemerhatian anak dan meningkatkan minat terhadap dunia semula jadi.

 

2. Teroka Laluan Semula Jadi Atau Hutan Simpan

5 Aktiviti Luar Yang Bermanfaat Semasa Cuti Sekolah
📝 Hutan hujan di Malaysia antara tertua di dunia, kaya dengan hidupan liar, tumbuhan eksotik dan air terjun yang menajubkan. Bawa anak-anak anda berjalan di laluan semula jadi atau hutan simpan dimana meraka boleh mendengar bunyi hutan dan melihat keindahan alam semula jadi. ajak mereka mengenal pasti hidupan liar seperti monyet, rama-rama, atau mungkin bunga Rafflesia.

 

3. Berkelah Di Taman Atau Di Tepi Pantai

5 Aktiviti Luar Yang Bermanfaat Semasa Cuti Sekolah
📝 Bawa bekalan berkelah dan pergi ke taman atau pantai untuk menghabiskan masa bersama keluarga. Semasa menikmati udara segar dan makanan lazat libatkan anak-anak dengan permainan pendidikan yang meyeronokkan seperti kuiz tentang alam sekitar atau sesi bercerita berdasarkan haiwan dan tumbuhan di sekitar. Ini mencampurkan pembelajaran dengan rekreasi, memastikan anak-anak terhibur sambil mereka mempelajari benda baru.

 

4. Menanam Taman Kecil Bersama-sama

5 Aktiviti Luar Yang Bermanfaat Semasa Cuti Sekolah
📝 Jika anda mencari aktiviti yang boleh dilakukan di luar rumah, cuba mulakan taman kecil. Ajar anak-anak cara menanam benih meyiram tanaman dan menjaga kebun mereka sendiri. berkebun bukan sahaja menjaga tanggungjawab dan kesabaran, tetapi juga memberikan anak-anak rasa bangga apabila melihat hasil mereka berkembang.

 

5. Berkhemah

5 Aktiviti Luar Yang Bermanfaat Semasa Cuti Sekolah
📝 Bagi Keluarga yang suka pegembaraan, berkhemah adalah car terbaik untuk berhubung dengan alam semula jadi sambil mengajar anak-anak kemahirna diri yang penting.  sama ada mendirikan khemah, membuat unggun api atau memasak di luar, berkhemah menggalakkan kebebasab dan ketahanan.

5 Aktiviti Luar Yang Bermanfaat Semasa Cuti Sekolah bukan sahaja dapat mengisi masa cuti sekolah dengan produktif tetapi juga membantu dalam perkembangan kemahiran dan minat baru bagi murid.

Kredit: theAsianparent

Related Post:

Modul Cuti Sekolah

Aktiviti Menarik Cuti Sekolah

Latihan Pengukuhan Cuti Sekolah Prasekolah

10 Aktiviti Untuk Murid Semasa Cuti Sekolah

5 Aktiviti Luar Yang Bermanfaat Semasa Cuti Sekolah


04SPR60EVOFwPWjuw5pLLNb 28


Memanfaatkan Cuti Sekolah

Memanfaatkan Cuti Sekolah