Menyediakan peluang pendidikan yang sesuai dan relevan dengan kebolehan Murid Berkeperluan Khas agar dapat berdikari dan menjalani hidup yang berkualiti;
Membangunkan perkembangan kognitif dan kemahiran bersosial serta mengurangkan masalah tingkah laku yang sering dikaitkan dengan kanak-kanak berkeperluan khas;
Meningkatkan perkembangan fizikal, bahasa, dan memahirkan pertuturan, psikologi dan kemahiran urus diri;
Mewujudkan sifat ingin tahu, berinisiatif dan berdisiplin;
Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam; dan
Menyediakan diri dengan kemahiran asas yang diperlukan untuk memberikan pengalaman persekolahan yang akan dilalui.