Home Aktiviti Harian Doa Naik Kenderaan

Doa Naik Kenderaan

801
0
Doa Naik Kenderaan
Doa Naik Kenderaan, sebagai orang Islam, kita digalakkan dan disunatkan untuk membaca doa naik kenderaan sebelum memulakan sesuatu perjalanan tidak kira perjalanan jauh atau dekat. Islam itu indah dan sempurna, sehinggakan ketika kita ingin menaiki kenderaan juga diajarkan supaya kita berdoa.
Selaku hamba, kita sentiasa memohon perlindungan dari Allah swt dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan, begitu juga ketika kita menaiki kenderaan. Disini disediakan Doa Naik Kenderaan… semoga bermanafaat…..

Doa Naik Kenderaan

Doa Naik Kenderaan

سُبْحَانَ الَّذِىْ سَخَّرَلَنَا هَذَا وَمَاكُنَّالَهُ مُقْرِنِيْنَ وَاِنَّآ اِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُوْنَ

”Subhaanalladzi sakhkhara lanaa hadza wamaa kunnaa lahuu muqriniin wainnaa ilaa rabbina lamunaqlibuun.”
Maksudnya :
“Maha suci Tuhan yang telah menundukkan semua ini bagi kami padahal kami sebelumnya tidak mampu menguasainya, dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami (di hari kiamat),”
(HR. Turmudzi 3446)
Related Post: 

Himpunan Doa Ringkas Harian Yang Mudah Dihafal


Doa Naik Kenderaan 1


“DOA ADALAH SENJATA ORANG MUKMIN”

ADAB BERDOA
Allah Berjanji Untuk Mengabulkan Doa Orang yang Berdoa. Dibawah ini diberikan beberapa adab berdoa berpandukan al-Quran dan hadis.
Allah berfirman: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” Al Baqarah: 186
Himpunan Doa Ringkas Harian Yang Mudah Dihafal

Doa Naik Kenderaan…..Berdoa adalah ibadah…..Hendaklah seseorang Muslim memperhatikan adab-adab dan syarat-syarat dalam berdoa yang merupakan sebab ditunaikan doa. Sesiapa memenuhinya, maka dia akan mendapat segala yang diminta dan sesiapa yang mengabaikannya, dialah orang yang melampaui batas dalam berdoa sehingga tidak ditunaikan doanya.