Home Aktiviti Harian Doa Ketika Ditimpa Musibah

Doa Ketika Ditimpa Musibah

935
0
Doa Ketika Ditimpa Musibah
Doa Ketika Ditimpa Musibah…..Musibah adalah sesuatu perkara yang berlaku tidak seperti yang kita harapkan. Sesuatu yang biasanya tidak kita disukai. Sebagai contoh, jika kita bekerja di pejabat, kita dimarahi oleh pegawai atasan, itu adalah salah satu bentuk musibah. Jatuh motor? Juga salah satu jenis musibah. Musibah tidak semestinya berlaku kepada diri kita sahaja, tetapi musibah juga berlaku kepada orang yang kita sayangi dan orang di sekililing kita. Contohnya seperti penyakit Coronavirus yang kini sedang melanda dunia. Disini disediakan Doa Ketika Ditimpa Musibah yang boleh dijadikan amalan seharian……

Doa Ketika Ditimpa Musibah

Doa Ketika Ditimpa Musibah

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raaji’un [QS 2:156]
Maksudnya:
Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali

Lalu Berdoa…

اللهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي، وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا

Allahumma’Jurni Fii Musibati, Wa Akhlifli Khairan Minha
Maksudnya:
Ya Allah, berilah aku pahala dalam musibahku ini dan berilah ganti yang lebih baik daripadanya
Related Post: 

Himpunan Doa Ringkas Harian Yang Mudah Dihafal


Doa Ketika Ditimpa Musibah 1

 


Sebelum Musibah
Memperbanyakkan doa agar diberikan kekuatan untuk menghadapi sebarang jenis musibah dan ujian. Berdoa juga agar sekiranya berlaku musibah, musibah yang datang adalah sesuatu yang boleh kita hadapi.
Memperbanyakkan doa agar diri sentiasa teguh walaupun diuji dengan musibah. Bina keyakinan dan redha dengan qadak dan qadar yang telah ditetapkan.
Selepas Musibah
  • Berdoa dengan doa terkena musibah iaitu “Innalillahiwainnailaihirojiun”. Doa ini bukan hanya dibaca apabila berlaku kematian, tetapi turut dituntut dibaca apabila berlaku sebarang jenis musibah. Cari sahabat yang dipercayai dan minta nasihat.
  • Muhasabah diri dan fikir dari sudut yang positif kenapa musibah tersebut melanda. Mungkin ianya sebagai ujian untuk meningkatkan darjat atau sebagai penghapus dosa.
  • Minta maaf dengan kawan dan sahabat sekiranya kita ada menyakitkan hati mereka.
  • Perbanyakkan Istigfar dan renungi dosa-dosa yang pernah kita lakukan.
  • Berusaha menghadapi musibah dan sentiada bertawakal kepada ALLAH.
  • Sentiasa bersabar dan redha dengan ketetapan ALLAH.

“DOA ADALAH SENJATA ORANG MUKMIN”

ADAB BERDOA
Allah Berjanji Untuk Mengabulkan Doa Orang yang Berdoa. Dibawah ini diberikan beberapa adab berdoa berpandukan al-Quran dan hadis.
Allah berfirman: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” Al Baqarah: 186
Himpunan Doa Ringkas Harian Yang Mudah Dihafal

Doa Ketika Ditimpa Musibah…..Berdoa adalah ibadah…..Hendaklah seseorang Muslim memperhatikan adab-adab dan syarat-syarat dalam berdoa yang merupakan sebab ditunaikan doa. Sesiapa memenuhinya, maka dia akan mendapat segala yang diminta dan sesiapa yang mengabaikannya, dialah orang yang melampaui batas dalam berdoa sehingga tidak ditunaikan doanya.