Jadual Pembayaran Gaji 2025

Jadual Pembayaran Gaji 2025, tarikh pembayaran gaji bagi penjawat awam untuk tahun 2025 sudah dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara.

Bagi penjawat awam di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), tarikh bayaran gaji bulanan telah dinyatakan dalam pekeliling yang dikeluarkan oleh kerajaan setiap tahun.

Tarikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2025 adalah seperti di Lampiran 1 dan ditetapkan selaras dengan Arahan Perbendaharaan (AP) 105 dan surat Kementerian Kewangan Malaysia rujukan MOF.BKSK.600-2/13/1 (8) bertarikh 6 September 2024 Penetapan Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2025.

Dengan mengetahui tarikh gaji bulanan anda, diharapkan anda lebih mudah untuk merancang kewangan anda setiap bulan kerana ada kalanya tarikh gaji anda akan diawalkan apabila adanya musim perayaan.

Kepada ibu bapa, guru-guru dan pelajar di sini disediakan laman yang mengandungi Jadual Pembayaran Gaji 2025 semoga bermanfaat untuk semua. Jadual Pembayaran Gaji 2025 boleh dimuat turun secara percuma dalam format PDF dan boleh digunakan sebagai rujukan.

Jadual Pembayaran Gaji 2025

DOWNLOAD:

✏️ Jadual Pembayaran Gaji 2025


Related Post:

Jadual Pembayaran Gaji 2025

Jadual Hari Kelepasan AM 2025

Kalendar Akademik 2025/2026

Kalendar Malaysia 2025

Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2024

Jadual Waktu Peperiksaan SPMU 2024



10 Tips Persediaan Menghadapi Peperiksaan

Selain Jadual Pembayaran Gaji 2025, membuat persediaan peperiksaan adalah baik untuk anda mengatasi tekanan dan kebimbangan apabila menghadapi peperiksaan. Ia juga memberi peluang kepada anda untuk mendapatkan gred yang baik. Ada dua bahagian persediaan iaitu semasa anda mengulangkaji dan juga pada hari kejadian peperiksaan.

1. Membuat Jadual Ulangkaji Dan Rancangan Pembelajaran

Tentukan berapa banyak dan masa yang perlu anda lakukan kemudian pecahakan kepada bahagian yang boleh diurus. Jadual ini bertujuan agar anda tidak bosan dalam ulangkaji setiap hari dari segi subjek dan jam.

Sediakan rancangan pembelajaran mengikut jadual peperiksaan. Rancangan pembelajaran ini bukanlah untuk anda fokus sepenuhnya kepada ulang kaji subjek berkenaan tetapi untuk ulang siar secara umum ulang kali yang telah dibuat semasa minggu ulang kaji yang lalu. Lebih berfokus, lebih bersedia!

2. Doa, Tawakal Dan Restu Ibu Bapa

Pelajar yang duduk berjauhan jangan lupa call parents minta restu mereka supaya dipermudahkan menjawab peperiksaan nantiYang dekat jangan segan nak peluk cium tangan mak ayah minta restu setiap kali waktu peperiksaan. Penting sangat waktu ini meminta doa dan restu untuk mendapat berkat dari kedua ibu bapa kita. Barulah pelajar dapat menjawab peperiksaan dengan hati yang tenang.

Solat pun jangan lupa. Hargai masa dengan sebaiknya. Caranya adalah dengan solat apabila masuk waktunya.Tinggalkan nota korang tu. Minta petunjuk dan doa kepada Tuhan untuk korang menjawab paper nanti. Apabila kita jaga hubungan kita dengan Tuhan, pasti Tuhan akan permudahkan urusan kita dikemudian hari.

3. Jaga Pemakanan & Kesihatan

Makanan sebenarnya memainkan peranan penting terhadap tumpuan dan tahap tenaga adik-adik. Oleh itu, adik-adik harus sentiasa menjaga tubuh badan dan otak dengan memilih makanan berkhasiat yang terbukti dapat meningkatkan daya ingatan seperti ikan, kekacang, bijirin, yogurt dan bluberi.

Pemakanan yang sihat amat membantu anda untuk fokus dan rilek sepanjang peperiksaan. Perut yang sihat dan selesa amatlah membantu anda tenang! Jangan lupa amalkan meminum air kosong untuk membantu anda kekal terhidrat dan aktif.

Minum banyak air kosong, ingat bahawa terhidrasi dengan baik adalah penting untuk otak agar bekerja dengan sebaik-baiknya. Pastikan adik-adik menyimpan banyak air sepanjang mengulangkaji, dan juga pada hari peperiksaan.

4. Elakkan Diri Study Last Minit

“Please jangan study last minute”. Melainkan anda memang dalam kelas jenis yang fokus dan tumpukan perhatian sepenuhnya dalam kelas. Paling tak pun anda jenis yang study sebelum masuk kelas.

Apapun setiap daripada kita mempunyai cara yang berbeza. Ada orang mungkin study last minit tapi dalam kelas dia faham dan cepat pick up apa yang disampaikan oleh guru di hadapan kelas.

Walau bagaimanapun, jangan amalkan “study last minit”. Luangkan sedikit masa untuk mengulangkaji. Tak salah persiapkan diri lebih awal kerana kita akan lebih relaks dan kurang tekanan menghadapi peperiksaan yang akan datang.