Kepada ibu bapa, guru-guru dan pelajar disini disediakan Laman yang mengandungi Latih Tubi Perkataan Diftong Dan Vokal Berganding. Pendidikan awal kanak-kanak merupakan asas penting dalam membentuk perkembangan kognitif dan kreativiti mereka. Salah satu komponen penting dalam pendidikan prasekolah adalah pengenalan kepada huruf dan pembacaan awal.
PERBEZAAN ANTARA DIFTONG DAN VOKAL BERGANDING
Diftong
Diftong adalah gabungan dua vokal yang diucapkan dalam satu suku kata. Contoh termasuk:
– ๐๐ dalam “santai”
– ๐๐ช dalam “limau”
– ๐ค๐ dalam “kaloi”
Vokal Berganding
Vokal berganding merujuk kepada dua vokal yang muncul berturut-turut tetapi tidak membentuk diftong. Contohnya:
– Buah
– Duit
– Periuk
Perbezaan Antara Diftong dan Vokal Berganding
Diftong:
Dua vokal digabungkan dalam satu suku kata dan diucapkan secara bersambung.
Dibaca sebagai satu suku kata dan dilafazkan dengan cepat.
Kedai = ke+dai
pulau = pu+lau
amboi = am+boi
Vokal Berganding:
ย Dua vokal berdiri sendiri dan diucapkan secara berurutan.
ย Perlu dibaca secara berasingan sebagai dua suku kata
baik = ba+ik
kaum = ka+um
liar = li+ar
luas = lu+as
Dalam usaha untuk menyediakan bahan pembelajaran yang efektif dan menarik, terdapat banyak sumber yang boleh dimanfaatkan oleh guru dan ibu bapa. Semoga Bermanafaat kepada semua…
|