
Bank Soalan Percubaan SPM Matematik 2016 merupakan koleksi dan himpunan soalan yang sudah disemak dan diubahsuaikan. Ianya lebih praktikal dan lebih mantap untuk dimanafaatkan oleh semua pelajar untuk menyediakan diri untuk menghadapi peperiksaan….
Bank Soalan Percubaan SPM Matematik 2016 bertujuan mempermudahkan rujukan, memperkukuhkan pemahaman serta menepati segala keperluan pelajar untuk menghadapi peperiksaan dan memperolehi keputusan yang cemerlang.
Diharapkan warga pendidik, ibubapa dan juga pelajar memperolehi manafaat semaksimum mungkin daripada portal ini…..
PERKARA
|
KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN SPM MATEMATIK 2016 |
SILA CLICK SEBELAHUNTUK MENDAPATKANSoalan Percubaan SPMMATEMATIK 2016 |
PERCUBAAN MRSMPERCUBAAN SBPPERCUBAAN NEGERI – SARAWAKPERCUBAAN NEGERI – PERAKPERCUBAAN NEGERI – N SEMBILANPERCUBAAN NEGERI – MELAKAPERCUBAAN NEGERI – PERLISPERCUBAAN NEGERI – JOHORPERCUBAAN NEGERI – SABAHPERCUBAAN NEGERI – P PINANGPERCUBAAN NEGERI – PAHANGPERCUBAAN NEGERI – KELANTANPERCUBAAN NEGERI – KEDAHPERCUBAAN NEGERI – SELANGORPERCUBAAN NEGERI – TERENGGANU |
15 TIP UNTUK CEMERLANG & PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN
1. Kesan Makanan Ringan Keatas Otak
Anda mungkin memerlukan kudapan ketika mengulangkaji. Harus diingat apa yang anda makan benar-benar boleh memberi kesan kepada tahap tenaga dan fokus anda, jadi jauhkan diri dari makanan ringan. Jaga badan dan otak anda dengan baik dengan memilih makanan berkhasiat yang dapat membantu fokus dan daya ingatan anda, seperti ikan, kacang, biji, yogurt dan blueberry. Perkara yang sama juga perlu diamalkan ketika hari peperiksaan.
2. Banyak Mengingat Dan Membuat Kajian
Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.