
Buku Panduan Tugas Guru Dan Staf Sekolah Tahun 2021 ini telah dapat diterbitkan untuk rujukan dan tatapan bersama. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih ditujukan kepada semua pihak yang terlibat khasnya kepada semua Guru Penolong Kanan Kurikulum, , Guru Penolong Kanan HEM, an, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, serta guru-guru / staf sokongan sekolah yang turut membantu menyediakan buku panduan ini. Sesungguhnya dengan dedikasi, komitmen dan keikhlasan anda semua, buku ini telah dapat disediakan dengan baik sekali.
Mudah-mudahan dengan adanya Buku Panduan Tugas & Staf Sekolah 2021 ini, warga Sekolah Kebangsaan Sekolah Anda akan dapat melaksanakan segala tugas yang diamanahkan dengan penuh rasa tanggungjawab dan dapat berganding bahu sesama rakan sejawat untuk merealisasikan objektif, misi dan visi sekolah
Kepada guru-guru disini disediakan Laman yang mengandungi Buku Panduan Tugas Guru Dan Staf Sekolah Tahun 2021. Semoga Bermanafaat kepada semua… |
Disertakan Juga :
1. Kalendar Cuti Umum Dan Cuti Sekolah 2021
2. Takwim Penggal Persekolahan 2021
3. Takwim Ativiti Sekolah 2021
4. Buku Pengurusan Hal Ehwal Murid 2021
5. Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 2.0
6. Buku Pengurusan Kokurikulum Sekolah 2021
7. Buku Pengurusan Program Pendidikan Khas Integrasi 2021
Artikel :-
12 Tips Cemerlang Dalam SPM
SPM hanyalah peperiksaan biasa bagi yang perlu dilepasi oleh hampir keseluruhan pelajar di Malaysia. Ia adalah moment yang terbaik untuk pelajar-pelajar membuktikan kepada keluarga yang mereka berjaya membesarkan kita.
Menjadi Pelajar Cemerlang adalah idaman setiap calon pelajar di seluruh negara. Tak kira lah bagaimana struktur pembelajaran diajar di sekolah, semuanya mahukan kejayaan cemerlang. Begitulah juga para pelajar di Malaysia, malah yang lebih teruja adalah ibubapa mereka sendiri.
1. Tetapkan matlamat dan berusaha keras untuk mencapai sasaran anda
2. Melakukan Persediaan Awal Untuk SPM
Ada pelajar telah menyedikan diri mereka seawal tingkatan 4 lagi. Mempunyai perancangan belajar yang teratur dan tahu memanfaatkan masa sebaik-baiknya. Mereka juga tahu menilai masa dan cara bagi menghargainya. Mereka mempunyai jadual harian yang berkesan yang membolehkan mereka memantau kemajuan tahap penguasaan pelajaran mereka.
Fahami diri sendiri (kekuatan dan kelemahan) dalam membina jadual. Jadual yang bersistematik akan membolehkan mereka mengikut sahaja masa untuk subjek tertentu. Ini sudah tentu akan melancarkan masa mereka dengan cara bijak lagi berkesan.
3. Sanggup Berkorban Segalanya
Sanggupkan anda berkorban masa, tenaga, wang ringgit dan perasaan. Sanggupkan anda belajar lebih lama berbanding pelajar lain, lebih gigih, bersungguh-sungguh, sanggup membelanjakan wang yang banyak bagi tuisyen dan membeli buku-buku tambahan serta tidak terlibat dengan cinta monyet yang melalaikan.