Cara Mandi Wajib Yang Betul… Mandi wajib adalah asas dalam kesucian kehidupan seorang muslim. Tanpa mandi wajib yang sah dan sempurna, solat dan ibadah kita yang lain tidak akan diterima oleh Allah. Terdapat beberapa perkara yang mewajibkan kita untuk mandi wajib.
1. Bersetubuh (Berjimak) Sama ada keluar air mani ataupun tidak.
2. Keluar air mani secara sengaja ataupun tidak
3. Nifas Dan Wiladah (darah mengiringi selepas bersalin)
3. Mati selain daripada mati syahid
4. Datangnya haid bagi perempuan
Disini disediakan Cara Mandi Wajib Yang Betul yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian…. semoga bermanafaat…
Niat Mandi Wajib
“ Nawaitu Raf ‘al Hadasil Akbari Lillahi Ta’ala. ”
Maksudnya:
“Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”
Atau
“Sahaja aku mandi wajib kerana kerana Allah Taala“
Doa Selesai Mandi Wajib
“Asy-hadu alla ilaha illallahu wahdahu lasyarikalah, wa-asy-hadu anna muhammadan ‘abduhu warasuluh. “
Maksudnya:
“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, yang Esa dan tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba Rasulnya.”
Cara Mandi Wajib Langkah-Demi-Langkah
1. Niat ketika air sampai ke tubuh
2. Membaca “Bismillah”
3. Mencuci tangan sebanyak tiga kali
4. Mencuci kemaluan dengan tangan kiri
5. Membersihkan atau menyucikan tangan kiri dengan sabun
6. Berwuduk. Wuduk boleh dilakukan seperti wuduk biasa sepertimana biasa dilakukan sebelum melakukan solat. Ataupun boleh menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.
7. Membasuh kepala dengan mengusap rambut secara meratakan kepala lau siram 3 kali dengan air.
Ini berdasarkan hadith dari ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari yang maksudnya:
Ketika menyiram kepala, hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala.
Ini berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) yang maksudnya:
“Baginda menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudian bahagian kiri”
Bagi wanita yang mandi untuk haid atau mandi junub, perlu melepaskan ikatan rambut tersebut. Ini pula berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haid ketika menunaikan haji. Lalu Baginda Rasulullah SAW berkata sedemikian:
“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”
8. Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.
Dari ‘Aisyah (R.A): “Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasut, ketika bersikat dan ketika bersuci”. (Sahih Muslim)
9. Meratakan air ke seluruh tubuh badan
10. Berwuduk jika hendak mengerjakan solat fardhu. Perbezaan antara mandi wajib dengan mandi sunat hanyalah pada niatnya sahaja. Cara kaedah mandi adalah sama.
Kredit: Majalah Cahaya, JAKIM
Perkara Wajib Semasa Mandi Wajib
- Niat
- Membasuh seluruh badan yang zahir dengan air termasuk kulit atau rambut. Air hendaklah disampaikan bahagian dalam rambut dan pangkalnya.
Perkara Sunat Semasa Mandi Wajib
- Membasuh kedua-dua tangan di luar daripada bekas air
- Membasuh kemaluan dengan tangan kiri dan juga segala kekotoran yang ada pada badan.
- Berwuduk
- Menyelati rambut kepala dengan air kemudian membasuh kepala tiga kali
- Membasuh bahagian kanan dulu kemudian kiri.
- Menggosok tubuh dan berturut-turut dalam membasuh anggota.
- Mengambil air dan membasuh ke semua tubuh yang berlipat seperti kedua-dua telinga lipatan perut, di dalam pusat dan ketiak.
- Membasuh sebanyak tiga kali sebagai kias kepada wuduk
Cara Mandi Wajib Paling Ringkas
Disini adalah disediakan langkah demi langkah mandi wajib mengikut adab dan sunat-sunatnya, berdasarkan hadis Rasullah SWA yang diriwayatkan oleh Saidina Aisyah r.a:
1. Pertama hadapkan badan kita ke arah kiblat. Kemudian kita basuh kedua-dua tangan sebanyak tiga kali. Setelah itu kita beristinjak yakni membasuh kemaluan, membuang najis dan benda-benda yang dapat menghalang sampainya air ke kulit badan kita.
2. Berwudhuk Seperti mana wudhuk waktu solat dan niatnya:
“Sahaja aku berwuduk bagi mandi wajib, sunat kerana Allah Taala”
3. Membaca Bismillahir Rahmanir Rahim dan berniat sambil mencurahkan air ke seluruh badan kita. Apabila air telah menyentuh kulit tubuh, maka niat untuk mandi wajib.
4. Kemudian sampaikanlah air ke seluruh tubuh, termasuk ke celah-celah jari-jari tangan, kaki, pangkal rambut, janggut, cuping telinga, lubang hidung, pusat dan lubang dubur. Rambut yang terikat hendaklah diuraikan. Apabila air tidak kena pada salah satu daripada anggota badan maka mandi itu masih belum dianggap sempurna sahnya.
5. Selepas semua itu dilakukan, maka berhentilah mandi, lalu baca Doa Selesai Mandi Wajib
HIMPUNAN DOA HARIAN PILIHAN
-
-
- Doa Ketika Mimipi Baik Dan Buruk
- Doa Dan Sunnah Ketika Hujan
- Doa Kepada Ibu Bapa Dalam Al-Quran
- Doa Meminta Kesembuhan Penyakit
- Doa Ketika Dan Selepas Azan
- Doa Ketika Ditimpa Musibah
- Doa Agar Hati Tenang
- Doa Ditemukan Barang Yang Hilang
- Doa Ringkas Selepas Solat
- Doa Penerang Hati
- Doa Sebelum Dan Selepas Membaca Al-Quran
- Doa Hendak Tidur Dan Doa Bangun Tidur
- Doa Sebelum Dan Selepas Makan
- Doa Dipermudahkan Segala Urusan
- Doa Masuk Dan Keluar Masjid
- Doa Sebelum Dan Selepas Bangun Tidur
- Amalan Dan Doa Sebelum Peperiksaan
- Doa Naik Kenderaan
- Doa Sebelum, Sedang Dan Selepas Belajar
- Doa Masuk Dan Keluar Rumah
- Doa Menuntut Ilmu Pengetahuan
- Doa Dimudahkan Faham Dan Hafal Pelajaran
- Doa Dijauhkan Dari Sifat Malas, Pengecut Dan Bakhil
- Doa Masuk Tandas Dan Keluar Tandas
-
” DOA ADALAH SENJATA ORANG MUKMIN “
ADAB BERDOA
Allah Berjanji Untuk Mengabulkan Doa Orang yang Berdoa. Dibawah ini diberikan beberapa adab berdoa berpandukan al-Quran dan hadis.
Allah berfirman: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” Al Baqarah: 186
Ada beberapa adab dan peraturan yang disunahkan agar mendapat kelebihan dan barakah dari Allah dan supaya doa itu dimakbulkan. Berikut ini diberikan beberapa panduan menurut Al-Quran dan sunnah.
- Sebaik-baiknya berwudhu’ Sebelum Berdoa
- Merapatkan kedua-dua belah tapak tangan dan mengangkatnya ke paras dada.
- Betulkan kedudukan dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.
- Mengarahkan badan menghadap kearah qiblat.
- Sabda Rasul s.a.w.: Tiap tiap doa akan terhalang sehingga dia bersalawat kepada Nabi s.a.w. (Hadis Hasan) Doa hendaklah dimulakan dan diakhirkan dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
- Berdoalah dengan penuh keyakinan dan bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.
- Perbanyakkan memuji kebesaran allah dan menyebut nama-nama allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu.
- Berdoalah dengan suara yang lembut
- Mengulangi setiap pemohonan sebanyak tiga kali
- Berdoa Sambil Menangis
- Berdoa Pada Beberapa Waktu dan Keadaan yang Mustajab
- Tidak tergesa-gesa dan tidak bosan untuk terus berdoa.
- Tidak berdoa untuk suatu dosa atau untuk memutus silaturahim.
- Berdoa dengan doa yang ma’tsur dan jawami’ al-du’a’ (doa-doa yang singkat dan padat namun menghimpun segenap kebaikan).
- Mendoakan diri sendiri sebelum mendoakan orang lain.
Cara Mandi Wajib Yang Betul …..Berdoa adalah ibadah…..Hendaklah seseorang Muslim memperhatikan adab-adab dan syarat-syarat dalam berdoa yang merupakan sebab ditunaikan doa. Sesiapa memenuhinya, maka dia akan mendapat segala yang diminta dan sesiapa yang mengabaikannya, dialah orang yang melampaui batas dalam berdoa sehingga tidak ditunaikan doanya.