Di sini disediakan Contoh Soalan UKSBP Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama untuk pelajar-pelajar yang memohon untuk menyambung pelajaran ke sekolah berasrama penuh (SBP).
Pelajar perlu menduduki Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP). Pelajar yang berjaya dalam UKSBP akan mempunyai peluang cerah untuk ke SBP. Pelajar yang tidak mengambil/tidak menduduki UKSBP berkemungkinan akan dipertimbangkan untuk kemasukan ke SBP bagi ambilan berikutnya. Walau bagaimanapun keutamaan akan diberikan kepada pelajar yang telah menduduki UKSBP terlebih dahulu.
Semua pelajar layak untuk memohon, tetapi keutamaan diberikan kepada pelajar luar bandar dan miskin bandar. Pemilihan pelajar yang layak hanya akan dilakukan selepas pelajar menduduki UKSBP.
Pelajar yang sudah memohon perlu membuat semakan untuk mengetahui lokasi pusat bagi menduduki UKSBP
Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) hanyalah menjadi sebahagian daripada komponen PPSR dalam usaha mengurangkan tumpuan keterlaluan terhadap peperiksaan. Pemilihan adalah berdasarkan merit dengan mengambil kira keempat-empat komponen dalam Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) (melahirkan pelajar yang seimbang dalam semua aspek termasuk akademik, sahsiah diri dan pembabitan dalam pelbagai aktiviti).
Selain UPSR, tiga komponen PPSR ialah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulam (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
keutamaan turut diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah di luar bandar dan bandar, selain memenuhi kriteria lain seperti aktif dalam kegiatan kokurikulum dan bersedia mengikuti pelbagai program yang dianjurkan.
Pemohon juga harus memiliki sahsiah diri yang positif, tahap kesihatan yang baik dan mampu menjalani program kecerdasan fizikal serta menjawab Online Self-Assessment (OLSA) dalam tempoh yang ditetapkan
Persediaan Menghadapi UKSBP
Perhatian kepada calon-calon yang bakal menduduki Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) anda diminta untuk memberi perhatian kepada perkara berikut :
- Bawa kad pengenalan dan Slip Menduduki UKSBP yang dicetak daripada laman sesawang KPM untuk ditunjukkan di kaunter pendaftaran. *PERINGATAN : No. K/P ialah nombor ‘log in’ sistem.
- Bawa sijil-sijil serta surat sokongan berkaitan jika dipilih sebagai calon Temuduga Kuota Pengetua.
- Diwajibkan berpakaian kemas (baju sekolah) dan berkasut.
- Pastikan tarikh dan sesi yang dipaparkan pada slip supaya tidak berlaku kekeliruan. Sila hadir ke kaunter pendaftaran (Dewan Terbuka) sekurang- kurangnya 45 minit lebih awal sebelum sesi bermula.
- Dapatkan Kad Kedudukan semasa ujian di kaunter pendaftaran dan pulangkan kepada pengawas di Makmal Komputer (Bilik Ujian) apabila masuk ke bilik tersebut.
- Pergi ke Makmal Komputer (Bilik Ujian) apabila menerima arahan daripada pengawas. Ibu bapa diminta tidak mengiringi anak-anak kerana tempat menunggu adalah terhad.
- Sebarang alat telekomunikasi dan sebarang nota TIDAK BOLEH DIBAWA apabila berada di Bilik Ujian.
- Dengar arahan dengan jelas daripada pengawas bertugas di Makmal Komputer ( Bilik Ujian).
- Angkat tangan untuk bertanya jika menghadapi masalah teknikal dan sebagainya.
- Minta kertas dan pen daripada pengawas di Makmal Komputer (Bilik Ujian) jika memerlukan.
- Gunakan masa 90 minit dengan sebaik-baiknya untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.
- Biasakan diri dengan ‘touchpad laptop’ kerana calon yang mendapat laptop tidak dibekalkan dengan tetikus (mouse).
- Seorang calon hanya layak ‘log in’ sekali sahaja ke dalam sistem. JANGAN sesekali menekan butang Log Keluar selagi belum tamat menjawab.
- Tekan Log Keluar apabila selesai menjawab dan keluar dengan tenang
Soalan terbahagi kepada 5 komponen:
- A. IQ (kemampuan intelektual, rasional dan logik) : 10 SOALAN
- B. EQ (Kemampuan emosi terhadap diri sendiri atau orang lain) : 10 SOALAN
- C. SQ ( Kerohanian dan kemampuan jiwa menangani kehidupan seharian) : 10 SOALAN
- D. SSQ (kemampuan ataukelebihan diri berinteraksi dengan orang lain) : 10 SOALAN
- E. PENGETAHUAN AM. 10 SOALAN
JUMLAH: 50 SOALAN
* Komponen tersebut berdasarkan UKSBP ambilan 2019. Tertakluk kepada perubahan dari KPM untuk ambilan 2020 keatas..
Contoh soalan UKSBP Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama …berkaitan matematik, pengetahuan am, sukan, sejarah, sains, geografi dan sebagainya adalah diantara soalan yang ditanya kepada murid semasa ujian dijalankan.
- Pencipta Jalur Gemilang
- Bapa permodenan Malaysia
- Bapa pembangunan Malaysia
- Tarikh penubuhan Malaysia
- Labu sayong berasal dari negeri mana
- Adat Pepatih negeri mana
- Kuih tradisional Sarawak
- Produk keluaran Proton
- Preve adalah model kereta apa
- Tindakan jika anda dibuli oleh kawan
- Unit mengukur kekuatan gempa bumi
- Sinonim perkataan amalan
- Perkara yang perlu dilakukan sebelum mengulangkaji pelajaran
- Berapakah wilayah di Malaysia
- Apakah yang perlu dilakukan apabila jumpa pengemis di jalanan
- Apakah senjata kebesaran diraja
- Anda rosakkan calculator kawan, apakah tindakan anda
- Siapa pengasas Facebook
- Tindakan jika kawan Facebook mengajak temujanji
- Orang pertama yang menjejakkan kaki ke angkasa lepas
- Huraikan tentang Fotosentisis
- Kaum terbesar di Sabah
- Gelaran buat jaguh pecut basikal negara Azizulhasni Awang
- Nama pemain bolasepak Sepanyol
- Siapakah penjajah pertama Malaysia
- Siapakah cipta lampu
- Genting Highland terletak di mana
- Apakah tarian terkenal di Johor
- Siapakah cipta telefon
- Siapakah cipta kapal terbang
- Kalau rindu ibu bapa apa perlu dibuat
- Kalau kawan bergaduh apa tindakan anda
- Apakah nama ibu negara Malaysia
- Sungai Gombak berhubung dengan sungai apa
- Beryl jenama apa
- Le tour de langkawi sukan apa
- Kalau tak sesuai duduk di asrama nak buat apa
- Anda dah siapkan 3 muka surat kerja maths tetiba adik umur 8 tahun koyakkan, apakah tindakan anda
- Kawan-kawan sekeliling tak suka dengar ceramah, apakah tindakan anda
- Kalau tersepak bola kena tingkap nak buat apa
- Soalan-soalan sudoku
- Kalau rumah kawan terbakar, nak buat apa
- Apakah tahun selepas 2 dekad berdasarkan tahun yang diberi
- Kalau bising, ketua kelas dan murid kena buat apa
- Apa nama tasik yang terkenal di Terengganu?
- Muzik dan lagu untuk negeri contoh Dondang Sayang
- Wau dari mana?
- Pulau Pangkor terletak di mana?
- Kalau bendera jatuh, apa nak buat?
- Jika kawan kamu kejut kamu ke tandas pada pukul 2 pagi. Apa tindakan kamu?
- kalau pelajar senior tidak solat apa yang perlu anda lakukan?
- Sekiranya budak-budak sekitar perumahan kita suka melepak sampai tengah malam. Apa tindakan kita?
- Kalau nampak budak tahun 1 menangis sebab duit hilang buat apa yang perlu anda lakukan?
- kalau ada kawan kena buli dengan pelajar tingkatan 5 apa patut kita lakukan?
- Kalau nampak bendera jatuh buat apa yang harus kita lakukan?
Nota : Contoh Soalan UKSBP adalah dari pelbagai sumber di laman sosial dan internet
Ada soalan yang menguji pelajar dengan berkaitan tinggal di asrama.. Soalan menguji tahap keinginan pelajar untuk tinggal diasrama. Soalan math tidak terlalu sukar hanya kebolehan mengira dengan cepat atau mencongak, Soduku, operasi bergabung, nisbah… soalan agak complicated n tricky tapi senang
Semoga perkongsian contoh soalan Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) boleh dijadikan panduan buat murid yang bakal menduduki Ujian pada bulan Oktober nanti.
Soalan-soalan Lazim (FAQ)
PENGAMBILAN MURID TINGKATAN 1 & TINGKATAN 4 KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA AMBILAN 2020