Home Artikel Doa Masuk Tandas Dan Keluar Tandas

Doa Masuk Tandas Dan Keluar Tandas

3134
0
Doa Masuk Tandas Dan Keluar Tandas

Istinjak merujuk kepada penyucian seseorang daripada najis berikutan membuang air besar ataupun air kecil ( qada’ hajat) cara menyucikan pada tempat terbitnya najis tersebut menggunakan air ataupun lain-lain benda yang dibolehkan. Yang diistinjak adalah sesuatu yang keluar daripada 2 jalan perlepasan – qubul dan dubur. Hukum melakukan istinjak adalah wajib. Disini disediakan Doa Masuk Tandas Dan Keluar Tandas serta adab-adab ketika beristinjak…. Semoga bermanafaat

Doa Masuk Tandas

بِسْم الله اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ

(Bismil-lah) allahumma innee aAAoozu bika minal-khubsi wal-khoba-ith

Maksudnya:

   Dengan nama Allah, Ya Allah aku berlindung denganMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina

Doa Masuk Tandas Dan Keluar Tandas 5

Doa Keluar Tandas

غُفْرَانَكَ الْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ اَذْهَبَ عَنّى اْلاَذَى وَعَافَانِىْ

Ghufraanaka. Alhamdulillaahil ladzii adzhaba ‘annjil adzaa wa’aafaanii.

Maksudnya:

Dengan mengharap ampunanMu, segala puji milik Allah yang telah menghilangkan kotoran dari badanku”

Doa Masuk Tandas Dan Keluar Tandas 6

Adab Qada’ Hajat & Istinjak

  1. Masuk tandas dengan kaki kiri dan membaca doa
  2. Berhati-hati dengan apa yang dibawa masuk ke tandas
  3. Qada’ hajatlah dalam keadaan duduk (bertinggung)
  4. Dilarang qada’ hajat di jalan yang dilalui oleh ramai orang atau tempat duduk dan berkumpul.
  5. Elakkan qada’ hajat dibawah pohon berbuah
  6. Menjaga aurat dan elakkan qada’ hajat di tempat terbuka
  7. Jangan menghadap atau membelakangi kiblat.
  8. Jangan Qada’ hajat di air yg tenang dan bertakung
  9. Jangan Qada’ hajat dalam lubang
  10. Tidak menjawab salam ketika membuang air.
  11. Dilarang bercakap.
  12. Dilarang beristinjak menggunakan tangan kanan.
  13. Mengurut kemaluan setelah membuang air dan berdehem.
  14. Menutup kepala.
  15. Memakai alas kaki.
  16. Tidak membawa sesuatu yang bertulis dengan nama Allah dan Rasul.
  17. Bersihkan tempat qada’ hajat
  18. Keluar tandas dengan kaki kanan
  19. Membaca doa keluar tandas.

HIMPUNAN DOA HARIAN  PILIHAN


“DOA SENJATA ORANG MUKMIN”

ADAB BERDOA

Allah Berjanji Untuk Mengabulkan Doa Orang yang Berdoa. Dibawah ini diberikan beberapa adab berdoa berpandukan al-Quran dan hadis.

Allah berfirman: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” Al Baqarah: 186

Ada beberapa adab dan peraturan yang disunahkan agar mendapat kelebihan dan barakah dari Allah dan supaya doa itu dimakbulkan. Berikut ini diberikan beberapa panduan menurut Al-Quran dan sunnah.

  1. Sebaik-baiknya berwudhu’ Sebelum Berdoa
  2. Merapatkan kedua-dua belah tapak tangan dan mengangkatnya ke paras dada.
  3. Betulkan kedudukan dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.
  4. Mengarahkan badan menghadap kearah qiblat.
  5. Sabda Rasul s.a.w.: Tiap tiap doa akan terhalang sehingga dia bersalawat kepada Nabi s.a.w. (Hadis Hasan) Doa hendaklah dimulakan dan diakhirkan dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
  6. Berdoalah dengan penuh keyakinan dan bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.
  7. Perbanyakkan memuji kebesaran allah dan menyebut nama-nama allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu.
  8. Berdoalah dengan suara yang lembut
  9. Mengulangi setiap pemohonan sebanyak tiga kali
  10. Berdoa Sambil Menangis
  11. Berdoa Pada Beberapa Waktu dan Keadaan yang Mustajab
  12. Tidak tergesa-gesa dan tidak bosan untuk terus berdoa.
  13. Tidak berdoa untuk suatu dosa atau untuk memutus silaturahim.
  14. Berdoa dengan doa yang ma’tsur dan jawami’ al-du’a’ (doa-doa yang singkat dan padat namun menghimpun segenap kebaikan).
  15. Mendoakan diri sendiri sebelum mendoakan orang lain.
Doa Masuk Tandas Dan Keluar Tandas…..   Berdoa adalah ibadah…..Hendaklah seseorang Muslim memperhatikan adab-adab dan syarat-syarat dalam berdoa yang merupakan sebab ditunaikan doa. Sesiapa memenuhinya, maka dia akan mendapat segala yang diminta dan sesiapa yang mengabaikannya, dialah orang yang melampaui batas dalam berdoa sehingga tidak ditunaikan doanya.