Doa Memohon Zuriat Yang Baik … Doa ini dibaca oleh Nabi Zakaria as ketika memohon daripada Allah SWT agar dikurniakan zuriat. Nabi Zakaria sudah bertahun-tahun berkahwin tetapi diuji dengan tiada zuriat. Nabi Zakaria as tidak berputus asa sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar dikurniakan zuriat yang soleh sebagai penyambung dakwahnya. Akhirnya Allah swt perkenankan doa Baginda dan mengurnikan seorang anak yang bernama Nabi Yahya as.
Doa ini sangat sesuai diamalkan agar kita dikurniakan zuriat yang baik ahklaknya. Malah bagi pasangan yang belum direzekikan zuriat, anda juga boleh amalkan doa Nabi Zakaria as ini untuk memohon rezeki anak.
Disini disediakan Doa Memohon Zuriat Yang Baik yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian…. semoga bermanafaat…
DOA MEMOHON ZURIAT YANG BAIK
رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ
“Rabbi habli min ladunka zurriyyatan toyyibah, innaka samii’ud duaa’.” (Surah Al-Imran: 38)
Maksudnya:
“Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”
Related Post:
Himpunan Doa Ringkas Harian Yang Mudah Dihafal
5 Doa Dalam Al-Quran Untuk Memohon Zuriat Keturunan Yang Soleh
“DOA ADALAH SENJATA ORANG MUKMIN”
ADAB BERDOA
Allah Berjanji Untuk Mengabulkan Doa Orang yang Berdoa. Dibawah ini diberikan beberapa adab berdoa berpandukan al-Quran dan hadis.
Allah berfirman: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” Al Baqarah: 186
Doa Memohon Zuriat Yang Baik …..Berdoa adalah ibadah…..Hendaklah seseorang Muslim memperhatikan adab-adab dan syarat-syarat dalam berdoa yang merupakan sebab ditunaikan doa. Sesiapa memenuhinya, maka dia akan mendapat segala yang diminta dan sesiapa yang mengabaikannya, dialah orang yang melampaui batas dalam berdoa sehingga tidak ditunaikan doanya.