Doa Minta Kebaikan Dan Menolak Kejahatan

Doa Minta Kebaikan Dan Menolak Kejahatan, dalam menjalani kehidupan, apa kata kita sertakan doa-doa yang mudah diamalkan dan dihafal dalam kehidupan seharian, seperti selepas solat atau ketika anda lapang. Ini kerana, dengan berdoa kepada Allah SWT, kita meluangkan masa untuk berkomunikasi dengan Allah SWT bagi memohon segala kebaikan di dunia dan di akhirat.

Doa Minta Kebaikan Dan Menolak Kejahatan

Doa Minta Kebaikan Dan Menolak Kejahatan

Maksud:

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu semua kebaikan yang disegerakan mahupun yang ditunda, apa yang aku ketahui mahupun tidak aku ketahui. Aku berlindung kepada-Mu dari semua keburukan, baik yang disegerakan mahupun yang ditunda, yang aku ketahui mahupun yang tidak aku ketahui. Ya Allah, sungguh aku memohon kepada-Mu dari kebaikan apa yang diminta oleh hamba dan Nabi-Mu Muhammad SAW kepada-Mu dan aku berlindung kepada-Mu dari apa yang diminta perlindungan oleh hamba dan nabi-Mu. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu syurga dan apa yang mendekatkan kepadanya baik berupa ucapan mahupun perbuatan. Dan aku berlindung kepada-Mu dari neraka dan apa yang mendekatkan kepadanya baik berupa ucapan atau perbuatan. Dan aku memohon kepada-Mu semua takdir yang Engkau tentukan baik untukku.”
[Hadis Riwayat Ibn Majah (3846)]

Related Post:

Himpunan Doa Harian Yang Mudah Dihafal


04SPR60EVOFwPWjuw5pLLNb 28


KEPENTINGAN DOA

Doa Minta Kebaikan Dan Menolak Kejahatan, amalan membaca doa sangat baik untuk ketenangan hati juga kesihatan mental. Semoga usaha kita sering memanjatkan doa dan berserah di atas segala ketentuan Allah SWT akan sentiasa menjadi asbab hidup kita diberkahi dan dijauhkan daripada azab api neraka. Wallahualam.

Kepentingan Doa
Kepentingan Doa
Kredit: https://cikgulieya.weebly.com/