Home Artikel Doa Perlindungan Untuk Anak

Doa Perlindungan Untuk Anak

2433
0

Doa Perlindungan Untuk Anak … Apabila bergelar ibu bapa, perasaan bimbang akan keselamatan pastinya menjadi igauan dalam diri. Tambahan pula, kedua ibu bapanya bekerjaya, semuanya diuruskan oleh pengasuh atau orang lain.

Ibu ayah pastinya bimbang soal keselamatan anak dan inginkan anak dijauhkan sebarang ganggguan syaitan, ansir jahat dan sebagainya. Oleh itu, sudah pastinya kita sentiasa ingin melindungi dan mendoakan kebaikan anak-anak di dunia dan di akhirat.

Bershukurlah kita, Rasulullah, Nabi kita menyimpan doa yang amat bermanfaat untuk umatnya. Salah satu doanya untuk keselamatan anak-anak. Disini disediakan Doa Perlindungan Untuk Anak yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian…. semoga bermanafaat…

Doa Memohon Perlindungan Untuk Anak

أُعِيْذُكُمَا بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ، مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّة

“U’izukuma bi kalimatillahit taammah min kulli shaytaniw wa haammah wa min kulli ‘aynil laammah”  (Hadis Sahih, Riwayat Al-Bukhari: 3371)

Maksudnya:

“Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna (Al-Quran, Nama-namaNya dan sifat-sifatNya) dari segala ancaman syaitan dan segala bahaya dan binatang berbisa dan segala kejahatan mata (penyakit ain)  ”

Doa Perlindungan Untuk Anak 5

Doa Perlindungan Untuk Anak 6


DOA KEBAHAGIAN IBU BAPA

Ibu mengandungkan kita selama 9 bulan dengan penuh susah payah. Ditambah pula kesakitan sewaktu melahirkan kita. Setelah bertarung nyawa melahirkan kita ke dunia, ibu tetap berusaha menyusukan dan menjaga kita supaya menjadi anak yang soleh solehah.

Bapa pula tanpa kenal erti lelah, membanting tulang mencari nafkah untuk membesarkan kita. Memberi kita keselesaan, memberi pendidikan yang baik, memberi makan dan minum yang halal lagi baik agar kita membesar menjadi anak yang berguna.

Firman Allah swt ,

“Kami perintahkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu dan bapanya. Ibunya mengandungkannya dengan susah payah dan melahirkannya juga dengan susah payah. Kemudian, ibu menyusuinya hingga dia berusia 30 bulan…” (Surah al-Ahqaf, Ayat 15).

Doa Membentuk Keluarga Bahagia….Ibu dan ayah adalah satu anugerah Allah swt paling bermakna. Tanpa mereka berdua, tak mungkinlah kita dapat melihat keindahan dunia. Selagi mereka masih bernyawa, hargailah mereka seadanya. Bahagiakanlah mereka selagi ada daya. Doa ibu bapa buat anak-anak tiada hijab. Jadi, pintalah mereka mendoakan kesejahteraan kita sebagai seorang anak. Bagaimanapun, doa seorang anak buat ibu bapa juga amatlah mustajab.

SENTIASA BERIKHTIAR DAN MEMOHON DARIPADANYA

Tidak ada kurnia sekecil apapun kecuali hanya datang dari Allah. Maka, di samping berikhtiar mencari kecukupan duniawi, sentiasalah kita berdoa kepada Allah kerana Allah jualah yang berkuasa membolak-balikkan hati manusia.

Bacalah bacaan doa-doa di atas setiap kali selepas selesai menunaikan solat. Doa adalah senjata orang mukmin dan juga ikhtiar dan usaha kita sebagai orang Islam, oleh itu yakin dan berserahlah kepada Allah. Insya Allah, berkat kesabaran dan berdoa tanpa jemu, doa kita akan dimakbulkan Allah SWT.

Semoga Allah membimbing kita agar menjadi ibu bapa yang sukses dan role model yang baik bagi anak-anak serta keluarga kita. Insha Allah.


HIMPUNAN DOA HARIAN  PILIHAN


“DOA ADALAH SENJATA ORANG MUKMIN”

ADAB BERDOA

Allah Berjanji Untuk Mengabulkan Doa Orang yang Berdoa. Dibawah ini diberikan beberapa adab berdoa berpandukan al-Quran dan hadis.

Allah berfirman: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” Al Baqarah: 186

Ada beberapa adab dan peraturan yang disunahkan agar mendapat kelebihan dan barakah dari Allah dan supaya doa itu dimakbulkan. Berikut ini diberikan beberapa panduan menurut Al-Quran dan sunnah.

  1. Sebaik-baiknya berwudhu’ Sebelum Berdoa
  2. Merapatkan kedua-dua belah tapak tangan dan mengangkatnya ke paras dada.
  3. Betulkan kedudukan dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.
  4. Mengarahkan badan menghadap kearah qiblat.
  5. Sabda Rasul s.a.w.: Tiap tiap doa akan terhalang sehingga dia bersalawat kepada Nabi s.a.w. (Hadis Hasan) Doa hendaklah dimulakan dan diakhirkan dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
  6. Berdoalah dengan penuh keyakinan dan bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.
  7. Perbanyakkan memuji kebesaran allah dan menyebut nama-nama allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu.
  8. Berdoalah dengan suara yang lembut
  9. Mengulangi setiap pemohonan sebanyak tiga kali
  10. Berdoa Sambil Menangis
  11. Berdoa Pada Beberapa Waktu dan Keadaan yang Mustajab
  12. Tidak tergesa-gesa dan tidak bosan untuk terus berdoa.
  13. Tidak berdoa untuk suatu dosa atau untuk memutus silaturahim.
  14. Berdoa dengan doa yang ma’tsur dan jawami’ al-du’a’ (doa-doa yang singkat dan padat namun menghimpun segenap kebaikan).
  15. Mendoakan diri sendiri sebelum mendoakan orang lain.

Doa Perlindungan Untuk Anak …..Berdoa adalah ibadah…..Hendaklah seseorang Muslim memperhatikan adab-adab dan syarat-syarat dalam berdoa yang merupakan sebab ditunaikan doa. Sesiapa memenuhinya, maka dia akan mendapat segala yang diminta dan sesiapa yang mengabaikannya, dialah orang yang melampaui batas dalam berdoa sehingga tidak ditunaikan doanya.