
DPK 2.0 Tingkatan 4 Sekolah Seni Malaysia (SSeM) …. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan penjajaran kurikulum selaras dengan pengumuman pembukaan semula sekolah berdasarkan Takwim Persekolahan 2021 yang dipinda. Pada ketika ini, Kandungan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) telah dijajarkan bagi tujuan kegunaan pengajaran dan pembelajaran bagi memenuhi keperluan pembelajaran murid yang terkesan lanjutan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Meskipun guru telah berusaha untuk melaksanakan PdPR, namun
masih terdapat cabaran dari aspek pelaksanaannya yang akan
memberi implikasi terhadap pembelajaran murid pada tahun 2021. Sehubungan dengan itu, KPM telah memutuskan untuk meneruskan pelaksanaan Penjajaran Kurikulum Versi 2.0 bagi tahun 2021.
Berikut adalah DPK 2.0 Tingkatan 4 Sekolah Seni Malaysia (SSeM) untuk seluruh mata pelajaran Tingkatan 4.
Sila Muat Turun DPK Tingkatan 4 Sekolah Seni Malaysia (SSeM)
- DPK 2.0 Alat Muzik Utama Tingkatan 4
- DPK 2.0 Apresiasi Tari Tingkatan 4
- DPK 2.0 Aural & Teori Muzik Tingkatan 4
- DPK 2.0 Koreografi Tari Tingkatan 4
- DPK 2.0 Lakonan Tingkatan 4
- DPK 2.0 Lukisan Tingkatan 4
- DPK 2.0 Multimedia Kreatif Tingkatan 4
- DPK 2.0 Muzik Komputer Tingkatan 4
- DPK 2.0 Penulisan Skrip Tingkatan 4
- DPK 2.0 Produksi Seni Persembahan Tingkatan 4
- DPK 2.0 Reka Bentuk Grafik Tingkatan 4
- DPK 2.0 Reka Bentuk Industri Tingkatan 4
- DPK 2.0 Reka Bentuk Kraf Tingkatan 4
- DPK 2.0 Sejarah & Pengurusan Seni Tingkatan 4
- DPK 2.0 Seni Halus 2D Tingkatan 4
- DPK 2.0 Seni Halus 3D Tingkatan 4
- DPK 2.0 Sinografi Tingkatan 4
- DPK 2.0 Tarian Tingkatan 4
Sila Muat Turun DPK 2.0 Seluruh Penjajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
# DPK 2.0 KSSM Pendidikan Khas Sekolah Menengah
# DPK 2.0 KSSM Tingkatan 4 Dan 5
# DPK 2.0 Ting. 4 Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
# DPK 2.0 Ting. 5 Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
# DPK 2.0 Tingkatan 1 Sekolah Seni Malaysia (SSeM)
# DPK 2.0 Tingkatan 2 Sekolah Seni Malaysia (SSeM)
# DPK 2.0 Tingkatan 3 Sekolah Seni Malaysia (SSeM)
# DPK 2.0 Tingkatan 5 Sekolah Seni Malaysia (SSeM)
Penjajaran Kurikulum Versi 2.0 merupakan usaha KPM bagi
membantu guru untuk memastikan kelangsungan pembelajaran
murid dilaksanakan. Kurikulum yang dijajarkan ini bukanlah kurikulum baharu, tetapi kurikulum sedia ada yang disusun semula berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSM serta ditambah baik daripada dokumen penjajaran kurikulum sebelumnya. Kandungan kurikulum disusun berdasarkan kandungan asas yang perlu dikuasai oleh murid. Manakala, kandungan tambahan dan pelengkap perlu diajar bagi menyokong keseluruhan pembelajaran sesuatu mata pelajaran yang boleh dilaksanakan melalui pelbagai kaedah dan teknik pembelajaran.