Home Artikel Himpunan Doa Ringkas Harian

Himpunan Doa Ringkas Harian

1766
0
Himpunan Doa Ringkas Harian

Berdoa merupakan antara sebesar-besar ibadah yang dianjurkan di dalam Islam. Bahkan ia disifatkan sebagai ‘otak’ atau teras bagi ibadah itu sendiri. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

الدُّعَاءُ مُخُّ الْعِبَادَةِ

Maksudnya :         Doa merupakan teras bagi ibadah.

                                              Riwayat Al-Tirmizi (3371)

Begitu banyak anjuran dan galakan untuk berdoa seperti yang disebutkan oleh beberapa nas syarak. Antaranya adalah firman Allah S.W.T :

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

Maksudnya : Dan telah berkata Tuhan kamu “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku akan mustajabkan’’.

                                      Surah Ghafir (60)

Meskipun begitu, doa dianggap sebagai suatu ibadah istimewa yang mempunyai adab-adab dan tatacaranya yang tersendiri seperti yang ditunjukkan dalam beberapa nas. Disini disediakan Himpunan Doa Ringkas Harian

Himpunan Doa Ringkas Harian 5

Himpunan Doa Ringkas Harian 6


Allah mengabulkan doa jika syarat-syarat asas berdoa dipenuhi. Antaranya :

  1. Ikhlas ketika berdoa
  2. Merendahkan hati ketika berdoa
  3. Menyembunyikan doa
  4. Memastikan makan,minum dan pakaian kita dari sumber yang halal dan jauh daripada syubhat.

“DOA SENJATA ORANG MUKMIN”

ADAB BERDOA

Allah Berjanji Untuk Mengabulkan Doa Orang yang Berdoa. Dibawah ini diberikan beberapa adab berdoa berpandukan al-Quran dan hadis.

Allah berfirman: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” Al Baqarah: 186

Ada beberapa adab dan peraturan yang disunahkan agar mendapat kelebihan dan barakah dari Allah dan supaya doa itu dimakbulkan. Berikut ini diberikan beberapa panduan menurut Al-Quran dan sunnah.

  1. Sebaik-baiknya berwudhu’ Sebelum Berdoa
  2. Merapatkan kedua-dua belah tapak tangan dan mengangkatnya ke paras dada.
  3. Betulkan kedudukan dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.
  4. Mengarahkan badan menghadap kearah qiblat.
  5. Sabda Rasul s.a.w.: Tiap tiap doa akan terhalang sehingga dia bersalawat kepada Nabi s.a.w. (Hadis Hasan) Doa hendaklah dimulakan dan diakhirkan dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
  6. Berdoalah dengan penuh keyakinan dan bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.
  7. Perbanyakkan memuji kebesaran allah dan menyebut nama-nama allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu.
  8. Berdoalah dengan suara yang lembut
  9. Mengulangi setiap pemohonan sebanyak tiga kali
  10. Berdoa Sambil Menangis
  11. Berdoa Pada Beberapa Waktu dan Keadaan yang Mustajab
  12. Tidak tergesa-gesa dan tidak bosan untuk terus berdoa.
  13. Tidak berdoa untuk suatu dosa atau untuk memutus silaturahim.
  14. Berdoa dengan doa yang ma’tsur dan jawami’ al-du’a’ (doa-doa yang singkat dan padat namun menghimpun segenap kebaikan).
  15. Mendoakan diri sendiri sebelum mendoakan orang lain.

Himpunan Doa Ringkas Harian……  Berdoa adalah ibadah…..Hendaklah seseorang Muslim memperhatikan adab-adab dan syarat-syarat dalam berdoa yang merupakan sebab ditunaikan doa. Sesiapa memenuhinya, maka dia akan mendapat segala yang diminta dan sesiapa yang mengabaikannya, dialah orang yang melampaui batas dalam berdoa sehingga tidak ditunaikan doanya.