Home DSKP Himpunan DSKP KSPK Prasekolah

Himpunan DSKP KSPK Prasekolah

7913
0

Kurikulum Standard Kelas Peralihan (KSKP)

Sebanyak tujuh (7) DSKP KSKP telah dimuat naik ke Himpunan DSKP KSPK Prasekolah ini. Mata pelajaran yang terlibat adalah:
  1. Bahasa Melayu
  2. Amalan Bahasa Melayu
  3. Bahasa Cina
  4. Bahasa Inggeris
  5. Bahasa Tamil
  6. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
  7. Pendidikan Seni Visual

 

PERKARA

 

SUBJEK PRA SEKOLAH

 

 

SILA CLICK
SEBELAH UNTUK MENDAPATKAN

 

 

HIMPUNAN DSKP KSPK Prasekolah

 


Himpunan DSKP KSPK Prasekolah 1


PENDAHULUAN

Pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting dalam dunia pendidikan. Pengalaman persekolahan dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan menyeronokkan dapat membekalkan Murid Berkeperluan Khas (MBK) masalah pembelajaran dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap yang positif untuk pembelajaran yang seterusnya.

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) Pendidikan Khas adalah wadah utama yang menjadi panduan guru dalam mendukung hasrat negara bagi menyediakan pendidikan prasekolah kepada generasi masa kini dan akan datang.

KSPK Pendidikan Khas digubal berdasarkan prinsip amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak dan teori pembelajaran kanak-kanak. Kandungan KSPK Pendidikan Khas adalah berasaskan enam tunjang iaitu Tunjang Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi; dan Keterampilan Diri.

Antara perkara yang diberi penekanan dalam pengubalan KSPK Pendidkan Khas ialah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang dinyatakan secara eksplisit dalam penulisan
Standard Pembelajaran. Guru perlu menterjemah Standard Pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) di bilik darjah dengan penekanan kepada KBAT yang sesuai dengan MBK masalah pembelajaran. Perincian dalam dokumen ini diharap dapat membantu guru merancang dan melaksanakan PdP untuk murid secara berkesan. Aktiviti yang dirancang perlu memberi pengalaman yang menyuburkan dan menyeronokkan, melibatkan murid secara aktif serta selamat. Guru digalak menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun, mengolah dan mempelbagai aktiviti yang sesuai untuk MBK masalah
pembelajaran.

Kandungan yang dipelajari di prasekolah merupakan pengetahuan dan kemahiran asas yang diperlukan murid sebagai persediaan untuk mengikuti pendidikan seterusnya.

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) Pendidikan Khas yang dilaksanakan mulai tahun 2010 telah disemak semula bagi memenuhi tuntutan dasar baharu di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 kualiti kurikulum yang dilaksanakan setanding dengan standard antarabangsa. Kurikulum berasaskan standard yang menjadi amalan antarabangsa telah dijelmakan dalam KSPK menerusi penggubalan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang mengandungi Standard Kandungan (SK), Standard Pembelajaran (SP) dan Standard Prestasi.

Usaha memasukkan standard pentaksiran di dalam dokumen kurikulum telah mengubah landskap sejarah sejak Kurikulum Kebangsaan dilaksanakan di bawah Sistem Pendidikan
Kebangsaan. Menerusinya murid dapat ditaksir secara berterusan untuk mengenal pasti tahap penguasaannya dalam sesuatu bidang pembelajaran serta membolehkan guru
membuat tindakan susulan bagi mempertingkatkan perkembangan murid.

DSKP yang dihasilkan juga telah menyepadukan enam tunjang Kerangka KSPK, mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai, serta memasukkan secara eksplisit Kemahiran Abad Ke-21 dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Penyepaduan tersebut dilakukan untuk melahirkan insan seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani sebagaimana tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Bagi menjayakan pelaksanaan KSPK, pengajaran dan pembelajaran guru perlu memberi penekanan kepada KBAT dengan memberi fokus kepada pendekatan Pembelajaran
Berasaskan Inkuiri dan Pembelajaran Berasaskan Projek supaya murid dapat menguasai kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21.