Home Artikel Himpunan Kertas Kerja Sambutan Maulidur Rasul

Himpunan Kertas Kerja Sambutan Maulidur Rasul

1606
0
Himpunan Kertas Kerja Maulidur Rasul

Di sini admin ingin berkongsi Himpunan Kertas Kerja Sambutan Maulidur Rasul hasil daripada perkongsian dari rakan guru bagi sambutan Maulidur Rasul yang disambut setiap tahun di negara ini…

Sambutan Maulidur Rasul diadakan bertujuan untuk menghayati pengorbanan dan perjuangan Nabi Muhammad S.A.W. dan rakan seperjuangannya dalam menegakkan agama Islam. Selain itu, sambutan Maulidur Rasul adalah untuk melahirkan kegembiraan di atas keputeraan Baginda, disamping melahirkan rasa syukur kepada Allah kerana mengutuskan Rasul yang membimbing umat manusia ke jalan yang benar dan lurus. Sambutan Maulidur Rasul secara tidak langsung akan mendekatkan umat Islam kepada ajaran Rasulullah S.A.W.

Selain itu tujuan Sambutan Maulidur Rasul diadakan adalah untuk menggerakkan semangat dan menyemai cinta serta rindu yang sejati kepada Rasulullah SAW. Ini kerana jika kita sentiasa ingat kepada Rasulullah SAW, kemuliaan itu akan kembali kepada kita sendiri kerana Baginda sebenarnya sudah dimuliakan, dicintai dan dirindui Allah SWT.

Aktiviti yang terdapat dalam Himpunan Kertas Kerja Sambutan Maulidur Rasul amat sesuai dan praktikal untuk menerapkan semangat dan nilai patriotisme dalam kalangan diri pelajar. Semoga dengan perkongsian ini memberi manafaat kepada semua.

DAPATKAN ” Himpunan Kertas Kerja Sambutan Maulidur Rasul DISINI

PERKARA

KERTAS KERJA SEKOLAH YANG TERPILIH

 

SILA CLICK SEBELAH UNTUK MENDAPATKAN

 

Himpunan Kertas Kerja Sambutan Maulidur Rasul



PENUTUP

Setiap tahun umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan Sambutan Maulidur Rasul atau majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad S.A.W kerana apabila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Related Post :
* Koleksi Tema Dan Logo Hari Kemerdekaan
* Himpunan Laporan Sambutan Hari Kemerdekaan
* Contoh Buku Program Dan Pamplet Sempena Bulan Kemerdekaan
* 43 Cadangan Aktiviti Sempena Bulan Kemerdekaan
* Himpunan Teks Doa Sempena Hari Kemerdekaan