Home Kalendar & Takwim Kadar Zakat Fitrah Mengikut Negeri Tahun 2021

Kadar Zakat Fitrah Mengikut Negeri Tahun 2021

616
0

Kadar Zakat Fitrah Mengikut Negeri Tahun 2021 adalah Kadar zakat fitrah ini meliputi keseluruhan 13 negeri, dan juga Wilayah Wilayah Persekutuan.

Zakat Fitrah merupakan kewajipan fardhu ain ke atas setiap orang Islam. Kewajipan yang dilaksanakan di bulan Ramadhan ini bertujuan membersih dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia, dan seterusnya bayaran fitrah tersebut dapat digunakan untuk membantu fakir dan miskin membuat persiapan menyambut Hari Raya.

Disini disediakan Laman yang mengandungi Kadar Zakat Fitrah Mengikut Negeri Tahun 2021. Semoga Bermanafaat kepada semua…

Kadar Zakat Fitrah Mengikut Negeri Tahun 2021 8


Disertakan Juga :
# Kalendar Cuti Umum Dan Cuti Sekolah 2021
# Takwim Penggal Persekolahan 2021
# Takwim Ativiti Sekolah 2021
# Buku Pengurusan Hal Ehwal Murid 2021
# Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 2.0
# Buku Pengurusan Kokurikulum Sekolah 2021

Artikel :-

Kadar Zakat Fitrah Mengikut Negeri Tahun 2021 9

Syarat Wajib Zakat Fitrah

1. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadan dan berkekalan Islamnya.

2. Seseorang yang meninggal dunia selepas terbenam matahari pada akhir Ramadan.

3. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi raya.

4.Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir Ramadan dan hidup selepas terbenam matahari.

Kadar Zakat Fitrah Setiap Negeri & Pautan Bayaran

Jenis zakat yang dikeluarkan ialah berdasarkan makanan asasi sesebuah negeri seperti beras. Sehubungan itu, kadar yang dikeluarkan ialah satu gantang Baghdad bersamaan timbangan metrik 2.60 kilogram (2600 gram). Nilai bagi kadar ini berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada harga beras yang dimakan oleh kebanyakan penduduk Islam di sesebuah negeri.

Lafaz Akad Zakat Fitrah

Lafaz untuk diri sendiri: Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.

Lafaz untuk diri sendiri dan tanggungan: Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.

Lafaz bagi pihak: Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas pihak yang aku wakili …… pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.

Waktu-waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah

1. Waktu Harus: bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga akhir bulan Ramadhan.

2. Waktu Wajib: selepas terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan.

3. Waktu Afdhal: selepas solat Subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan sembahyang sunat Aidil Fitri.

4. Waktu Makruh: selepas sembahyang sunat Aidil Fitri sehingga sebelum terbenam matahari.

5. Waktu Haram: selepas terbenam matahari pada hari raya Aidil Fitri.