Kelebihan 10 Malam Terakhir Ramadan, Bulan Ramadan atau Bulan Puasa ialah bulan kesembilan dalam kalendar Islam yang paling ditunggu-tunggu oleh umat Islam di seluruh dunia. Ibadah puasa bukan sahaja mendapat ganjaran dan pahala tetapi mengajar erti sabar, disiplin dan amalan memberi iaitu bersedekah.
Pengenalan Lailatul Qadar & 10 Malam Akhir Ramadan
Malam al-Qadr ini merupakan malam gilang-gemilang yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Malam yang begitu besar keistimewaannya untuk umat Nabi SAW sehingga diabadikan dalam suatu surah al-Quran yang khusus.


Menurut hadis Riwayat Bukhari No 2017, lailatul qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil di bulan Ramadhan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Carilah Lailatulqadar pada 10 akhir bulan bulan Ramadan dalam malam ganjil.”

Keistimewaan Malam Lailatul Qadr
Doa Lailatul Qadar

Gandakan Amalan Sunat Di Malam 10 Terakhir Ramadan
Kelebihan 10 Malam Terakhir Ramadan, penghujung ramadan kini semakin hari semakin dekat pengakhirannya. Lebihkan malam hari kita dengan beribadah kepada Allah SWT. Mudah-mudahan kita beroleh ganjaran yang menanti daripada Allah SWT di akhirat kelak.



