Home Aktiviti Islamik Latih Tubi Jawi Tahun 1

Latih Tubi Jawi Tahun 1

109
0
Koleksi Latih Tubi Jawi
Latih Tubi Jawi Tahun 1, Tulisan Jawi (توليسن جاوي), juga dipanggil Yawi di Pattani. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, tulisan Jawi bermaksud tulisan yang menggunakan huruf Jawi. Manakala huruf Jawi bermaksud huruf Arab dengan beberapa huruf tambahan yang digunakan untuk menulis dalam bahasa Melayu. Tulisan Jawi merupakan salah satu daripada dua sistem tulisan rasmi di Brunei, dan juga dijadikan sistem tulisan alternatif di Malaysia. Dari segi penggunaannya, tulisan Jawi dahulunya merupakan abjad piawai bahasa Melayu tetapi sudah diganti oleh abjad Rumi, maka penulisan Jawi hanya terhad kepada kegunaan keagamaan dan kebudayaan.
Maklumat yang disediakan di dalam Latih Tubi Jawi Tahun 1 ini menepati segala keperluan pelajar untuk membuat persediaan menghadapi peperiksaan dan memperoleh kelulusan yang cemerlang.
Related Post:

Koleksi Latih Tubi Jawi


Latih Tubi Jawi Tahun 1 2


Kelebihan Tulisan Jawi

Tulisan Jawi Sebagai Medium Asas Pengajaran Pendidikan Islam
Tulisan Jawi merupakan abjad-abjad yang telah diubah suai dari huruf-huruf Arab. Kebanyakan huruf-huruf yang diubah adalah mengikut kesusaian lidah orang Melayu bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Antara huruf-huruf yang diubah suai seperti huruf Ga ( ڬ)  dan Cha ( چ). Untuk itu, tulisan Jawi telah dijadikan sebagai  medium asas untuk pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah-sekolah Malaysia pada hari ini, terutamanya dalam pembelajaran al-Qur’an. Matlamat pelajaran Jawi adalah untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran menulis dan membaca Jawi bagi membolehkan pelajar memahami pelbagai bidang ilmu dalam Pendidikan Islam.
Mengatasi Masalah Penguasaan Dalam Pembacaan Teks Jawi Dikalangan Pelajar Sekolah
Kelemahan penguasaan Jawi dalam kalangan murid bukan lagi perkara baru malahan banyak kajian telah dijalankan bagi mengenalpasti punca berlakunya keadaan tersebut. Tidak ketinggalan kajian-kajian turut dijalankan untuk melihat tahap penguasaan murid-murid dalam kemahiran. Pengenalan Program j-QAF dengan satu model khusus untuk pemulihan jawi telah mula dilaksanakan pada tahun 2005. Salah satu dari model yang terkandung dalam kurikulum j-QAF ialah Model Pemulihan Jawi yang memberi penekanan untuk memberi pemulihan terhadap murid yang tercicir dalam Jawi. Kaedah yang ditekankan bagi melaksanakan P&P Model Pemulihan Jawi ini adalah untuk memperkasakan pelajar dalam bidang tilawah al-Qur’an, bidang aqidah, ibadah, Sirah Nabawi, akhlak dan jawi agar ianya lebih berkesan dan dapat dihayati serta diamalkan dalam kehidupan.
Menguasai Cabang-cabang Ilmu Dalam Bidang Pendidikan Islam
Banyak khazanah intelektual masyarakat lama disimpan, didokumentasikan, dan ditulis dalam tulisan Jawi.  Malah, terdapat pemindahan budaya  dan pengetahuan dari negara Islam, terutama negara Arab, seperti kesusasteraan, ilmu sains, ilmu astronomi, ilmu agama, dan ilmu matematik, yang diterjemahkan ke dalam tulisan Jawi yang mempelopori kemajuan dan inovasi budaya masyarakat Asia dan Asia Tenggara. Banyak juga kitab-kitab lama yang ditulis dalam bahasa Melayu dengan menggunakan tulisan jawi, tetapi kebanyakannya ditulis dengan menggunakan sistem ejaan jawi lama.
Menjadi Lambang Kesenian dan Identiti Umat Islam
Tulisan Jawi mempunyai sistem ejaan dan tulisan yang paling mudah, ringkas, dan tepat.  Tulisan Jawi turut mempunyai nilai estetika yang tinggi, menarik, unik, dan klasik.  Tulisan ini dapat dilentur dan digayakan mengikut kemahiran, kecekapan, dan ketelitian seseorang.   Tulisan Jawi mempunyai kaitan yang penting  dengan literasi agama dan kehidupan beragama dalam masyarakat Melayu.  Rujukan utama bagi mengukuhkan akidah masyarakat Islam berasaskan al-Quran, hadis, sunah, kitab, dan sebagainya yang ditulis dalam tulisan Jawi atau bahasa Arab.  Kelemahan generasi muda dalam tulisan Jawi menyebabkan literasi agama dalam kalangan generasi itu merosot.  Banyak golongan muda Melayu tidak dapat membaca dan memahami kandungan al-Quran dan tidak dapat menggarap pengetahuan agama Islam dengan baik kerana kebanyakan mereka buta jawi. Pemesongan akidah dan kedangkalan pengetahuan agama dapat berlaku kerana kelemahan dalam tulisan Jawi.  Kelemahan yang dihadapi oleh generasi muda menjadi amat kritikal apabila pengajaran dan pemelajaran agama Islam di sekolah tidak lagi mengutamakan tulisan Jawi, sebaliknya disampaikan dengan menggunakan tulisan Rumi.  Ada juga guru agama yang buta Jawi, iaitu tidak tahu dan tidak cekap menulis dan membaca bahan agama dan ayat al-Quran dalam tulisan Jawi.  Kelemahan yang berlaku ini kerana tidak mendapat perhatian serius daripada ibu bapa Melayu dan guru agama yang bertanggungjawab terhadap pendidikan agama, tidak dinilai dan dipantau, serta dibiarkan sebagai amalan biasa sehingga pendidikan agama di sekolah sekarang mempunyai berbagai-bagai kepincangan dan kelemahan yang sukar diatasi.