Home ePenawaran Login ePenawaran – KPM

Login ePenawaran – KPM

1095
0
Login ePenawaran

Login ePenawaran …Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menawarkan program penajaan/Cuti Belajar kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) untuk mengikuti pengajian di peringkat pascasiswazah (Ijazah Sarjana dan Kedoktoran) bertujuan untuk membangunkan warga pendidik yang kompeten bagi memenuhi keperluan strategik pendidikan negara demi memartabatkan Profesion Keguruan selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) Tahun 2013-2025.

Setiap tahun, perancangan penajaan dan kelulusan Cuti Belajar bagi PPP adalah diselaraskan oleh Bahagian Profesionalisme Guru (BPG) serta Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan (sebelum ini Bahagian Tajaan Pendidikan) bertepatan dengan Perancangan Strategik Penajaan Dalam Pembangunan Profesionalisme PPP “Strategic Canvas”.

LOGIN ePenawaran

PERHATIAN :

Bakal pemohon diingatkan untuk mengemaskini maklumat masing-masing dalam sistem e-operasi sebelum membuat sebarang permohonan penajaan Tahun semasa. Hanya satu permohonan sahaja pada satu masa.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome dengan resolusi 1280 x 1024 ke atas


Login ePenawaran - KPM 3


PENGENALAN PROGRAM PENAJAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

  • Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menawarkan program penajaan Hadiah Latihan Persekutuan bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) untuk melanjutkan pengajian di peringkat pasca siswazah sama ada di institusi pengajian tinggi terpilih di dalam atau luar negara secara sepenuh masa atau separuh masa mengikut bidang dan pengkhususan yang telah ditetapkan.
  • Pemberian penajaan atau kemudahan cuti belajar juga merupakan satu bentuk penganugerahan dan pengiktirafan kepada PPP yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dan berpotensi untuk menyumbang idea baharu serta kreatif dan berinovasi khusus dalam bidang yang diperlukan oleh KPM.
  • Pegawai yang mengikuti program penajaan akan diberikan Cuti Belajar Bergaji Penuh sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perintah Am Bab ‘C’ Perkara 36. Sepanjang tempoh cuti belajar ini, pegawai mengisi Jawatan Latihan Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, KPM. Tempoh cuti belajar ini layak diambil kira bagi tujuan perkiraan faedah-faedah persaraan. Pegawai layak unyuk menerima Elaun Biasiswa serta penajaan Yuran Pengajian.
  • Pegawai – pegawai yang diperakukan untuk mengikuti program ini hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan sahsiah yang baik serta sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya akan mendapat memberi manfaat ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi.
  • Antara program penajaan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
    (i) Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa (CBBP DB) atau juga dikenali sebagai Hadiah Latihan Persekutuan (HLP);
    (ii) Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB);
    (iii) Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS);
    (iv) Program Ijazah Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) [SPADA]; dan
    (v) Hadiah Latihan Persekutuan Bagi Program Khas Yang Menyokong Industrial Revolution (IR) 4.0. [IR 4.0]
  • CBBP DB dan CBBP TB merupakan program yang dibuka tawarannya kepada PPP untuk mengikuti pengajian secara sepenuh masa di Universiti Awam di dalam dan luar negara. Di bawah program CBBP DB, PPP yang berjaya akan menerima penajaan yuran pengajian serta elemen biasiswa sepanjang tempoh pengajian. Manakala, CBBP TB pula tidak ditawarkan sebarang elemen biasiswa sama ada pembiayaan yuran pengajian ataupun biasiswa sepanjang tempoh pengajian.
  • HLPS pula adalah program penajaan yang ditawarkan kepada PPP yang berhasrat atau sedang melanjutkan pengajian secara separuh masa atau sambilan di universiti awam. PPP yang menerima tawaran HLPS berkelayakan untuk menerima penajaan Yuran Pengajian, Elaun Buku dan Elaun Tesis.

Calon – calon yang berminat hendaklah memohon secara atas talian sepenuhnya di pautan berikut :

https://epenawaran.moe.gov.my

atau melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (rujuk Pautan Pantas > Permohonan / Semakan Dibuka). Permohonan akan dibuka mulai 15 Januari… jam 5.00 petang hingga 31 Januari.. jam 5.00 petang.

Related Post :