Home Artikel Mengapa Pelajar Di Finland Adalah Antara Pelajar Terbaik Di Dunia

Mengapa Pelajar Di Finland Adalah Antara Pelajar Terbaik Di Dunia

2439
0

Hari ni nak kongsi sikit antara dapatan dari International Finnish Experience Education Event yg saya hadiri pada 24-25 April yg lepas. Actually, dlm program tu kami diberi peluang untuk belajar dan merasai pengalaman sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas mengikut sistem pendidikan Finland. Jadi, agak sukar untuk berkongsi dalam bentuk artikel. Tapi perkongsian ini adalah mengenai sistem pendidikan Finland secara umum.

Rasanya semua orang tahu bahawa sistem pendidikan Finland merupakan antara sistem pendidikan yang terbaik di dunia. Mengikut laporan daripada OECD, kajian mendapati bahawa murid sekolah di Finland merupakan antara pelajar terbaik di dunia. Mereka luangkan masa di sekolah yang lebih pendek berbanding murid di negara lain, dan jumlah masa untuk kerja rumah mereka kurang 30 minit setiap hari.

Jadi apa yang menyebabkan mereka dikatakan pelajar terbaik? Jom kita tengok rahsia kejayaan sistem pendidikan Finland yang dikagumi ramai ini.

1. Pendidikan Percuma

Pendidikan di Finland adalah percuma. Ini adalah termasuk makan, dan juga peralatan sekolah. Sekiranya murid tinggal lebih daripada 2km daripada sekolah, sebuah bas khas akan disediakan bagi mengangkut mereka ke sekolah. Semua kos ini ditanggung oleh kerajaan. Lebih daripada 12.2% daripada peruntukan negara Finland diperuntukkan untuk pendidikan.

2. Pendekatan Individu Kepada Setiap Pelajar

Semua murid dapat menyiapkan tugas mengikut keupayaan mereka sendiri. Kanak-kanak dengan kebolehan fizikal dan mental yang berbeza juga akan belajar bersama. Jika murid tak dapat melaksanakan sesuatu tugasan, guru akan menyediakan satu sesi pembelajaran yang berfokuskan kepada individu.

Murid juga boleh memilih aktiviti yang dirasakan sesuai dengan mereka. Oleh itu, jika ada pembelajaran yang tidak menyeronokkan, mereka dibenarkan melakukan aktiviti kemahiran lain seperti menjahit atau membaca buku mengikut minat mereka.

3. Sistem Pemarkahan Pelajar

Sistem penggredan di Finland mempunyai 10 mata. Walaubagaimanapun, sistem gred dan markah ini hanya digunakan selepas 3rd Grade. Kemudian daripada 3rd Grade hingga 7th Grade, hanya markah verbal sahaja yang digunakan iaitu “it could be better” sehingga ke “perfect”.

Hanya murid yang tahu markah mereka sendiri. Murid tidak dimarahi untuk markah yang mereka perolehi, sebaliknya diberi suntikan semangat bagi meningkatkan keupayaan pengetahuan dan merancang jadual belajar dengan lebih baik.

4. Tiada Uniform Sekolah

Berbeza dengan sekolah di Malaysia yang menetapkan murid memakai pakaian uniform mengikut peraturan, di Finland tiada uniform sekolah bagi muridnya. Jadi mereka bebas untuk memakai apa sahaja untuk ke sekolah. Tiada peraturan khusus dan tiada hukuman dikenakan bagi yang tak mengikut peraturan berpakaian.

5. Persekitaran Belajar Yang Bebas

Murid tidak perlu hanya berada di meja belajar. Semasa aktiviti pembelajaran, murid di Finland boleh mengikut keselesaan mereka, sama ada mahu berada di sofa atau berada di lantai.

6. Kerja Rumah Untuk 15 – 30 Minit

Di Finland, mereka beranggapan bahawa murid sepatutnya meluangkan lebih banyak masa di rumah dengan keluarga atau pun bermain dengan kawan di luar. Kerja rumah hanya lah mengambil masa yang sangat sedikit dan sangat menyeronokkan.

Sebagai contoh, bagi subjek Sejarah, antara tugasan murid adalah menemuramah bagaimana kehidupan nenek semasa tahun 50-an, dan apa perbezaan dulu dan sekarang.


Mengapa Pelajar Di Finland Adalah Antara Pelajar Terbaik Di Dunia 1


7. Tiada Lagi Subjek Khusus

Antara satu hala tuju terbaharu bagi pendidikan Finland adalah, phenomenon based learning. Selain daripada pembelajaran, terdapat bahagian 6 minggu di mana murid perlu mengkaji sesuatu topik daripada pelbagai sudut.

Sebagai contoh, bagi topik pelarian (migrant) dikaji dari sudut geografi (dari mana mereka datang), sejarah (apa yang berlaku sebelumnya) dan kebudayaan (apa kebudayaan yang mereka ada). Murid membina soalan dan mencari jawapan sendiri.

8. Masa Rehat Yang Panjang

Walau bagaimana menarik sekalipun sesuatu pembelajaran itu, masa rehat tetap merupakan masa yang lebih menarik untuk murid. Bagi setiap sesi 45 minit pembelajaran, murid akan mendapat 15 minit masa rehat selepas waktu belajar.

9. Menjadi Guru di Finland

Persaingan bagi menyertai Fakulti Pendidikan di University of Helsinki ada 20 orang bagi satu tempat. Gaji bulanan guru di Finland secara puratanya adalah bersamaan dengan €3,500. Kerjaya guru di Finland merupakan kerjaya yang sangat berprestij. Selain daripada guru, setiap subjek mempunyai seorang pembantu khas yang akan membantu pelajar melakukan tugasan mereka.

10. Hanya Belajar Kemahiran Hidup

Dalam pembelajaran renang, murid diajar mengenai tanda-tanda seseorang yang akan lemas. Dalam pembelajaran penjagaan rumah pula, murid diajar memasak, menyulam dan juga menjahit. Waktu kemahiran hidup mengambil masa 4-11 waktu dalam seminggu. Perkara utama yang diajar di sini adalah kebolehan untuk belajar dan mengaplikasikannya dengan situasi dunia yang sentiasa berkembang.

11. Semua Sekolah Sama Bagus

Tidak ada keperluan untuk memilih sekolah di Finland. Ini kerana semua murid akan pergi ke sekolah yang berdekatan, dan tidak wujud ‘sekolah elit’ seperti di Malaysia. Tidak kira di mana pun murid tersebut tinggal, mereka mempunyai akses yang sama rata kepada kumpulan guru yang berkualiti, bahan yang terbaik dan makanan yang sihat.

12. Pilihan Untuk Makan

Murid boleh memilih apa makanan yang mereka ingin makan. Makanan yang disediakan juga adalah makanan seimbang, malah juga dengan pelbagai pilihan secara percuma. Menu akan dipaparkan di laman web sekolah sebulan lebih awal, dan pelajar bebas memilih makanan yang mereka suka. Pilihan vege juga disediakan.

13. Tiada sekolah khas (Pendidikan Khas) di Finland

Kanak-kanak dengan kebolehan fizikal dan mental yang berbeza juga akan belajar bersama. Murid yang bermasalah pembelajaran seperti slow learner, disleksia atau autism juga belajar bersama-sama murid yang lain kerana pembelajaran di Finland berfokuskan individu. Bilangan murid dalam satu kelas juga dihadkan kepada maksimum 20 orang murid sahaja. Jika murid tak dapat melaksanakan sesuatu tugasan, guru akan menyediakan satu sesi pembelajaran yang individu. Murid bebas memilih aktiviti yang sesuai mengikut tahap pembelajaran.

14. Keseronokan belajar

Sistem pendidikan Finland sangat mementingkan keseronokan belajar. Contohnya, semasa sesi membaca, murid dibenarkan membaca sambil menonton televisyen dan saluran bahasa asing yang mempunyai subtitles akan dipilih. Disebabkan seronok belajar dan tak ada peraturan khusus yang menghukum murid, murid di Finland look forward nak datang sekolah.

15. Penggunaan Teknologi Dalam PdPc

Sepertimana di Malaysia yang menggalakkan penggunaan ICT dalam PdPc, sama juga dgn Finland. Bezanya cuma, murid dibenarkan membawa smartphone ke sekolah untuk tujuan pembelajaran. Perkembangan murid mestilah selaras dengan peredaran zaman. Sebab itu penggunaan teknologi di sekolah tidak dibataskan. Murid dididik dengan cara menggunakan teknologi dengan betul.

16. Parti Larut Malam di Sekolah

Kadang-kadang, pelajar akan bermalam bersama guru di sekolah. Aktiviti seperti menonton wayang bersama, bermain dan juga tidur di dalam gymnasium sekolah dapat mengeratkan lagi hubungan murid dan guru serta murid dengan sekolah.

Demikianlah serba sedikit perkongsian rahsia kejayaan sistem pendidikan Finland yang terkenal di seluruh dunia. Semoga kita sama-sama dapat manfaat!

Sumber:

Di edit oleh : Siti Ainulmursyida Shamsudin

– Diterjemahkan dari Brightside oleh Cikgu Norhailmi Abdul Mutalib.

– International Finnish Experience Education Event, Taiping, Perak (24-25 April 2019)
– Terjemahan Brightside