Modul Masyhur Bahasa Arab 2022, seperti yang dimaklum tarikh dan jadual peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia telah pun dikemaskini dan dikeluarkan. Oleh itu, admin yakin para guru dan ibu bapa pastinya sibuk membantu anak-anak membuat persiapan dalam menghadapi peperiksaan yang bakal tiba.
Di sini admin kongsikan, Modul Masyhur Bahasa Arab 2022 yang terdiri daripada lima belas subjek utama untuk pelajar jadikan modul latih tubi sebagai persediaan menghadapi peperiksaan. Modul ini juga turut disediakan bersama skema jawapan bagi memudahkan pelajar dan guru untuk membuat semakan.
Kepada guru-guru dan pelajar di sini disediakan laman yang mengandungi Modul Masyhur Bahasa Arab 2022 semoga bermanfaat untuk semua.
DOWNLOAD:
✏️ Modul Masyhur Bahasa Arab 2022
Related Post:
Bank Soalan Percubaan SPM
Himpunan Modul Latih Tubi SPM Tahunan
Himpunan Nota Padat SPM Tahunan
10 Tips Persediaan Menghadapi Peperiksaan
Membuat persediaan peperiksaan adalah baik untuk anda mengatasi tekanan dan kebimbangan apabila menghadapi peperiksaan. Ia juga memberi peluang kepada anda untuk mendapatkan gred yang baik. Ada dua bahagian persediaan iaitu semasa anda mengulangkaji dan juga pada hari kejadian peperiksaan.
1. Membuat Jadual Ulangkaji Dan Rancangan Pembelajaran
Tentukan berapa banyak dan masa yang perlu anda lakukan kemudian pecahakan kepada bahagian yang boleh diurus. Jadual ini bertujuan agar anda tidak bosan dalam ulangkaji setiap hari dari segi subjek dan jam.
Sediakan rancangan pembelajaran mengikut jadual peperiksaan. Rancangan pembelajaran ini bukanlah untuk anda fokus sepenuhnya kepada ulang kaji subjek berkenaan tetapi untuk ulang siar secara umum ulang kali yang telah dibuat semasa minggu ulang kaji yang lalu. Lebih berfokus, lebih bersedia!
2. Doa, Tawakal Dan Restu Ibu Bapa
Pelajar yang duduk berjauhan jangan lupa call parents minta restu mereka supaya dipermudahkan menjawab peperiksaan nanti. Yang dekat jangan segan nak peluk cium tangan mak ayah minta restu setiap kali waktu peperiksaan. Penting sangat waktu ini meminta doa dan restu untuk mendapat berkat dari kedua ibu bapa kita. Barulah pelajar dapat menjawab peperiksaan dengan hati yang tenang.
Solat pun jangan lupa. Hargai masa dengan sebaiknya. Caranya adalah dengan solat apabila masuk waktunya.Tinggalkan nota korang tu. Minta petunjuk dan doa kepada Tuhan untuk korang menjawab paper nanti. Apabila kita jaga hubungan kita dengan Tuhan, pasti Tuhan akan permudahkan urusan kita dikemudian hari.