Home KSSM Nota Ringkas Padat Prinsip Perakaunan Tingkatan 5

Nota Ringkas Padat Prinsip Perakaunan Tingkatan 5

47
0
Himpunan Nota Padat SPM Tahunan
Nota Ringkas Padat Prinsip Perakaunan Tingkatan 5 adalah inisiatif penyediaan nota ringkas pembelajaran berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Nota-nota ini disusun mengikut tahun, subjek, bab dan topik berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Inisiatif ini merupakan usaha untuk memastikan semua pelajar sekolah mendapat nota pendidikan yang berkualiti.
Maklumat yang disediakan di dalam Nota Ringkas Padat Prinsip Perakaunan Tingkatan 5 ini menepati segala keperluan pelajar untuk membuat persediaan menghadapi peperiksaan dan memperoleh kelulusan yang cemerlang. Semoga ibubapa, guru dan pelajar mempoleh bermanafaat dari bahan yang disediakan….

Nota Ringkas Padat Prinsip Perakaunan Tingkatan 5

Percubaan SPM Prinsip Perakaunan Melaka 2023

📝 Prinsip Perakaunan Tingkatan 5

      a) Bab 1 : Analisis Dan Tafsiran Penyata                    Kewangan Untuk Membuat Keputusan

          Analisis dan Tafsiran Penyata Kewangan untuk                    Membuat Keputusan

      b) Bab 2 : Rekod Tidak Lengkap

          Pengenalan Rekod Tak Lengkap
          Kaedah Perbandingan
          Kaedah Analisis

      c) Bab 3 : Perakaunan Untuk Kawalan                        Dalaman

          Kawalan Tunai
          Penyata Penyesuaian Bank
          Belanjawan Tunai

      d) Bab 4 : Perakaunan Untuk Perkongsian

          Perniagaan Perkongsian
          Akaun Pengasingan Untung Rugi
          Ekuiti Pemilik dan Penyata Kewangan Perkongsian
          Pembubaran Perkongsian

      e) Bab 5 : Perakaunan Untuk Syarikat Berhad            Menurut Syer

          Pengenalan Kepada Syarikat Berhad Menurut Syer
          – Jenis Modal dan Terbitan Syer
          – Ekuiti Pemilik Syarikat Berhad Menurut Syer
          – Dividen Tunai

      f) Bab 6 : Perakaunan Untuk Kelab Dan                     Persatuan

          Kelab dan Persatuan
          Akaun Penerimaan dan Pembayaran
          Akaun Yuran Ahli
          Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan
          Penyata Kedudukan Kewangan Kelab dan                            Persatuan

      g) Bab 7 : Perakaunan Kos

          Jenis Kos dan Kerja dalam Proses
          Akaun Pengeluaran
          Analisis Titik Pulang Modal

Credit: https://app.pandai.org/note/

Related Post:

Himpunan Nota Padat SPM Tahunan


Nota Ringkas Padat Prinsip Perakaunan Tingkatan 5 1


Di sini disediakan 10 Tips Mengurangkan Stress Ketika Musim Peperiksaan khususnya bagi pelajar-pelajar yang akan mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) & Ujian Penilaian Kelas KAFA atau singkatannya (UPKK) tidak lama lagi.

1. Berdoa Dan Bertawakal

Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.

Nota Ringkas Padat Prinsip Perakaunan Tingkatan 5 2

Biasanya apabila menjelang peperiksaan, anak-anak tidur lewat daripada biasa kerana mengulangkaji pelajaran. Jika ibu bapa menjenguk bilik anak seketika dan maklumkan padanya yang kita mahu solat hajat sekarang, perasaannya anak pasti terharu dan ini memperkuatkan lagi azamnya untuk berjaya.

2. Dapatkan Tidur Yang Secukupnya

Kini telah menjadi sebahagian amalan, kebanyakan pelajar kerap menggunakan telefon pintar mereka sehingga larut malam dan bangun pada lewat pagi. Ini merupakan tabiat yang sangat buruk bagi seorang pelajar. Banyak penyelidikan mengatakan orang yang tidak tidur cukup, akan mempunyai masalah mental seperti tekanan, kemurungan dan masalah lain.

Nota Ringkas Padat Prinsip Perakaunan Tingkatan 5 3

Pastikan anak masuk tidur awal dan bangun awal. Galakkan mereka membuat sedikit ulang kaji pada waktu awal pagi walaupun hanya 20 ataupun 30 minit. Pada waktu ini, fikiran mereka tenang, emosi belum terganggu dan suasana pula nyaman.

Click untuk bacaan seterusnya disini…. 

Nota Ringkas Padat Prinsip Perakaunan Tingkatan 5 4