Home Aktiviti Islamik Panduan Solat Sunat Tahajjud: Doa & Kelebihan

Panduan Solat Sunat Tahajjud: Doa & Kelebihan

478
0
Panduan Solat Sunat Tahajjud: Doa & Kelebihan
Panduan Solat Sunat Tahajjud: Doa & KelebihanSolat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.
Kita solat fardhu Isyak di awal waktu dengan berjemaah dan bangun kemudian bersegera tidur agar dapat bangun di tengah malam untuk mengerjakan solat sunat tahajjud. Hukum solat tahajjud adalah sunat muakkad – iaitu amalan sunat yang sangat digalakkan.
Rasulullah SAW dan para sahabat tidak pernah meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.Baginda sendiri tidak pernah meninggalkan solat sunat Tahajjud walau satu malam pun sehingga kedua-dua kaki baginda bengkak-bengkak kerana terlalu banyak berdiri.
Baginda bersabda yang ertinya;
“Solat yang paling utama selepas solat fardu adalah solat malam (solat tahajjud)”
— H.R Muslim

Panduan Solat Sunat Tahajjud: Doa & Kelebihan


Panduan Solat Sunat Tahajjud: Doa & Kelebihan


Panduan Solat Sunat Tahajjud: Doa & Kelebihan 1


Tujuan Solat Tahajjud

1. Sebagai petanda perhambaan kepada Allah SWT.
2. Mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya
3. Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT.
4. Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT.
5. Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.

Waktu Solat Dan Jumlah Rakaat Tahajjud

Solat sunat tahajjud dilakukan pada tengah malam, iaitu selepas jam 12 malam. Waktu ini adalah selepas bangun daripada tidur sewaktu keadaan senyap sunyi dikala semua manusia lain sedang nyenyak tidur.
Firman Allah SWT:
Wahai orang yang berselimut! Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu, atau lebih daripada seperdua itu dan bacalah al-Quran itu dengan perlahan-lahan.— Surah al-Muzzammil ayat 1–4. Amalan bangun untuk beribadah selepas tidur malam ini dikenali sebagai Qiamullail.
Bilangan rakaatnya tidak terbatas, tetapi sekurang-kurangnya dua rakaat dengan satu salam bagi setiap dua rakaat. Solat sunat tahajjud boleh dikerjakan sebanyak dua, empat, enam, lapan dan dua belas rakaat. — tetapi ia boleh dilakukan sebanyak mungking mengikut kemampuan anda.
Tetapi apa yang lebih penting, sebolehnya ia dilakukan secara istiqamah setiap malam walaupun hanya dilakukan 2 rakaat sahaja.
Perlaksanaan cara solat tahajjud ini adalah sama seperti solat-solat sunat yang lain.

Kelebihan Solat Tahajjud

1.Dikurniakan Kesan Takwa Pada Wajah Pernahkah melihat wajah-wajah ahli ibadah yang mengamalkan solat malam? wajah mereka kelihatan berseri dan tenang. Itulah bukti anugerah yang Allah berikan kepadanya. Bukan itu sahaja, dengan melihat wajah mereka sahaja pun kita berasa cukup bahagia dan seronok, bahkan terasa mahu melihatnya berkali-kali.
2. Percakapan Dan Perbuatannya Mengandungi Hikmah (Kebijaksanaan) Sesungguhnya ciri-ciri mereka yang beriman adalah yang menjaga adab dan pertuturan kata-kata mereka.
Golongan ini sudah tentu tidak berbicara hal yang melalaikan tetapi setiap kata-kata mereka adalah yang bermanfaat dan berhikmah. Begitu juga dalam perbuatan dan tindak tanduk mereka yang sentiasa berusaha menjauhi perkara yang melalaikan dan berlumba-lumba melakukan kebaikan yang mendekatkan diri kepada Allah SWT.
3. Jauh Daripada Semua Penyakit
Salman Al-Farisi menceritakan, Rasulullah SAW pernah bersabda;
Kerjakanlah solat malam, kerana itu adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu, jalan mendekatkan diri kepada Tuhan, penebus kesalahan, pencegah dosa, serta penghindar penyakit.
4. Dikurniakan Kekuatan Dan Rezeki (Halal dan Diberkati) dengan menunaikan setiap amal ibadah kepada Allah SWT, tidak kiralah apapun ibadahnya pasti akan ditunaikan rezeki yang melimpah-ruah, seperti makanan yang enak, kesihatan, keluarga yang bahagia dan sebagainya. Bahkan setiap rezeki akan diberkati oleh Allah SWT.
5. Dikasihi Oleh Semua Manusia, sesiapa yang mengamalkan ibadah malam pasti akan dikasihi oleh setiap manusia, apatah lagi oleh Allah SWT. Begitulah ciri-ciri orang yang beriman dan beramal dengan Allah pasti akan mendapat kasih sayang dari sesiapa pun.

“DOA SENJATA ORANG MUKMIN”

ADAB BERDOA
Allah Berjanji Untuk Mengabulkan Doa Orang yang Berdoa. Dibawah ini diberikan beberapa adab berdoa berpandukan al-Quran dan hadis.
Allah berfirman: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” Al Baqarah: 186
Himpunan Doa Ringkas Harian Yang Mudah Dihafal
Panduan Solat Sunat Tahajjud: Doa & Kelebihan …..Berdoa adalah ibadah…..hendaklah seseorang Muslim memperhatikan adab-adab dan syarat-syarat dalam berdoa yang merupakan sebab ditunaikan doa. Sesiapa memenuhinya, maka dia akan mendapat segala yang diminta dan sesiapa yang mengabaikannya, dialah orang yang melampaui batas dalam berdoa sehingga tidak ditunaikan doanya.