Home Artikel Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam 2024

Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam 2024

10
0
Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam 2024
Berikut adalah ringkasan dan rumusan terperinci berkaitan dengan pekeliling SSPA (Sistem Saraan Perkhidmatan Awam) yang memberi tumpuan kepada perubahan dan penambahbaikan bagi pegawai dalam kategori Gred DG, khususnya bagi kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta keseluruhan sistem gaji dan elaun.
Latar Belakang
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024 ini bertujuan untuk melaksanakan SSPA bagi pegawai lantikan tetap dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan. Ia adalah respons terhadap aspirasi nasional untuk mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan awam, terutama dengan memberi tumpuan kepada keberkesanan dan pencapaian hasil perkhidmatan.
SSPA ini dibangunkan dengan tiga strategi utama:
1. Meningkatkan pendapatan boleh guna pegawai awam.
2. Mengurangkan tanggungan fiskal kerajaan bagi pembayaran faedah persaraan.
3. Meningkatkan produktiviti pegawai awam melalui pembudayaan nilai dan adaptasi teknologi.
SSPA juga berpandukan kepada falsafah ganjaran menyeluruh, yang merangkumi:
  • Skim perkhidmatan.
  • Gaji.
  • Elaun.
  • Kemudahan.
  • Persaraan dan faedah persaraan.
Penambahbaikan bagi Gred DG (Pengurusan dan Profesional)
Pegawai dalam Gred DG biasanya terletak dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, yang mensyaratkan kelayakan akademik minimum di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan ke atas.

Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam 2024 1


Di sini disediakan 10 Tips Mengurangkan Stress Ketika Musim Peperiksaan khususnya bagi pelajar-pelajar yang akan mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) & Ujian Penilaian Kelas KAFA atau singkatannya (UPKK) tidak lama lagi.

1. Berdoa Dan Bertawakal

Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.

Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam 2024 2

Biasanya apabila menjelang peperiksaan, anak-anak tidur lewat daripada biasa kerana mengulangkaji pelajaran. Jika ibu bapa menjenguk bilik anak seketika dan maklumkan padanya yang kita mahu solat hajat sekarang, perasaannya anak pasti terharu dan ini memperkuatkan lagi azamnya untuk berjaya.

2. Dapatkan Tidur Yang Secukupnya

Kini telah menjadi sebahagian amalan, kebanyakan pelajar kerap menggunakan telefon pintar mereka sehingga larut malam dan bangun pada lewat pagi. Ini merupakan tabiat yang sangat buruk bagi seorang pelajar. Banyak penyelidikan mengatakan orang yang tidak tidur cukup, akan mempunyai masalah mental seperti tekanan, kemurungan dan masalah lain.

Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam 2024 3

Pastikan anak masuk tidur awal dan bangun awal. Galakkan mereka membuat sedikit ulang kaji pada waktu awal pagi walaupun hanya 20 ataupun 30 minit. Pada waktu ini, fikiran mereka tenang, emosi belum terganggu dan suasana pula nyaman.

Click untuk bacaan seterusnya disini…. 

Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam 2024 4