RPH Bahasa Melayu Tahun 6 adalah Rancangan Pengajaran Harian yang perlu disediakan lebih awal oleh guru sebelum menjalankan sesi pegajaran dan pembelajaran. Rancangan Pengajaran Harian ini dibina sebagai panduan para guru untuk mengajar dengan lebih sistematik dan efektif serta mampu untuk mencapai apa yang diobjektifkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kelak. Rancangan Pengajaran ini sangat penting dan berguna agar guru dapat menyampaikan input pembelajaran kepada para murid. Ia juga penting untuk dijadikan bahan bukti bahawa guru telah membuat perancangan rapi terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam kelas. Rancangan Pengajaran Harian yang telah dibina ini adalah berdasarkan Rancangan Tahunan.
RPH Bahasa Melayu Tahun 6 |
|
PERKARA |
TOPIK RPH |
SILA CLICK SEBELAH UNTUK MENDAPATKAN
RPH Bahasa Melayu Tahun 6
|
Sila Dapatkan Dokumen Berkaitan :-
Himpunan RPH Tahun 6
Himpunan RPH Tahun 5
Himpunan RPH Tahun 4
Himpunan RPH Tahun 3
Himpunan RPH Tahun 2
Himpunan RPH Tahun 1
CIRI-CIRI RPH DAN KELEBIHANNYA
RPH sebagai satu dokumen perancangan pengajaran yang mengandungi maklumat lengkap mengenai pelaksanaan sesuatu pengajaran yang akan dilaksanakan oleh guru. Penyediaan RPH dikatakan nadi utama yang menggerakkan seorang guru untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan berkesan. Selain itu, penyediaan RPH adalah untuk membantu guru dalam melaksanakan pengajaran bagi mencapai objektif yang ditetapkan, menjadi asas penilaian kualiti pengajaran pembelajaran dan merancang tindakan susulan untuk melaksanakan penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran. Ia merupakan garis panduan kepada guru bukan sahaja ketika mengajar malah sebelum dan selepas mengajar.
Rancangan Pengajaran Harian yang dibina haruslah berdasarkan Rancangan Tahunan. Selain itu, butiran yang perlu dicatatkan dalam Rancangan Pengajaran Harian adalah hari dan tarikh, mata pelajaran dan kelas, masa, tajuk dan objektif, kemahiran yang ingin dicapai, aktiviti yang dijalankan serta impak atau refleksi.
Rancangan pengajaran juga ialah rangka kerja yang disediakan lebih awal oleh guru sebelum menjalankan sesi pegajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dalam satu jangka waktu yang telah ditetapkan.
Penyediaan RPH mempunyai banyak kepentingan terhadap guru di antaranya RPH
memberi idea yang jelas kepada guru tentang isi pelajaran yang perlu diajar sepanjang hari tersebut. Guru perlu menyediakan RPH bagi setiap subjek yang diajarnya walaupun subjek yang diajar adalah sama tetapi berbeza dari segi tahap pelajar. Hal ini kerana guru perlumeyediakan RPH yang sesuai dengan tahap pelajar seperti melakukan aktiviti pengajaran yang berbeza di anatara satu kelas dengan kelas yang lain.
Sebagai contoh, guru melakukan aktiviti menerang secara langsung kepada pelajar yang berada di tahap cemerlang dan melakukan aktiviti permainan bahasa kepada pelajar yang berada di tahap yang lemah bagi tujuan mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan. Penerimaan pelajar terhadap penyampaian guru berbeza di antara pelajar di tahap cemerlang dan pelajar di tahap yang lemah.
Guru tidak boleh melakukan aktiviti yang sama kerana sudah pasti pelajar di tahap yang lemah tidak dapat menerima penerangan guru secara langsung. Mereka perlu diajar dengan cara bermain atau nyanyian supaya minda mereka dapat memahami setiap butiran isi pelajaran yang disampaikan oleh guru kepada mereka dan menumpukan sepenuh perhatian kepada pembelajaran tersebut.