Home EGtukar Semakan Keputusan egTukar 2019 Online Pertukaran Guru Terkini

Semakan Keputusan egTukar 2019 Online Pertukaran Guru Terkini

699
0

Semakan Keputusan egTukar 2019 Online Pertukaran Guru Terkini. Panduan buat guru yang telah membuat permohonan pertukaran guru antara bahagian / negeri, antara daerah dan dalam daerah bagi pertukaran sesi sepanjang tahun 2019. Berikut dikongsikan cara membuat semakan keputusan egTukar sesi Jun 2019 dan sesi Januari 2019.

Untuk makluman, proses permohonan pertukaran guru melalui modul e-GTukar bagi tahun 2019 dilaksanakan secara berperingkat iaitu sesi Jun 2019 serta sesi Januari 2019 dengan sekali permohonan sahaja.

Cara Semakan Keputusan egTukar 2019 Melalui Modul e-GTukar

Berikut dikongsikan maklumat semakan keputusan egTukar 2019 melibatkan sesi Jun tahun 2019 dan sesi Januari tahun 2019. Keputusan permohonan untuk pertukaran guru adalah melibatkan pertukaran Antara Negeri / Bahagian, Antara Daerah Dan Dalam Daerah untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred seperti berikut :-

  • GRED DG29, DG32 (KUP TIME-BASED), DG34 (KUP TIME-BASED), DG38 (KUP TIME-BASED). DG41, DG42, DG44 (KUP TIME-BASED), DG48 (KUP TIME-BASED), DG52 (KUP TIME-BASED) DAN DG54 (KUP TIME-BASED)

Proses kelulusan pertukaran seseorang guru pula adalah berdasarkan kepada tiga kriteria utama iaitu :-

  1. Kepentingan perkhidmatan

Bermaksud terdapat kepentingan atau  keperluan perkhidmatan pengisian guru di sesebuah negeri yang dipohon.

2. Kekosongan penjawatan

Bermaksud terdapat kekosongan perjawatan ditempat yang hendak dipohon.

3. Keperluan opsyen di sesebuah sekolah di negeri yang dimohon

Bermaksud guru mengajar berdasarkan kepada bidang pengkhususan mereka

Keputusan kelulusan pertukaran akan dimuktamadkan oleh satu Jawatankuasa Pertukaran Guru di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

TARIKH & APLIKASI SEMAKAN KEPUTUSAN EGTUKAR TAHUN 2019

KEPUTUSAN PERTUKARAN GURU ANTARA NEGERI/ BAHAGIAN

SESI                                                           TARIKH SEMAKAN   

JUN 2019                                                     24 MEI 2019/ ANTARA DAERAH/                                                                             DALAM DAERAH : 3 JUN 2019

JANUARI 2019                                             12 NOVEMBER 2018 MULAI 600                                                                                PETANG

SESI                                                           TARIKH SEMAKAN

JUNE 2018                                                   3 JUN 2019

JANUARI 2019                                            19 NOVEMBER 2018 MULAI 600                                                                                 PETANG

Tarikh Kuat Kuasa Pertukaran Diluluskan

10 Jun 2019

Pertukaran yang telah diluluskan adalah muktamad dan tidak boleh dibatalkan

Semua pertukaran sesi Jun 2019 yang tidak berjaya akan dipertimbangkan pada sesi berikutnya iaitu pada Januari 2020

SILA MUAT TURUN : Sistem EGtukar Online – Keputusan Permohonan Pertukaran Dan Penempatan Guru

Sila Log Masuk ke sistem Modul Pengurusan Guru (EGtukar) dengan menggunakan ID Pengguna, kata laluan dan kad pengenalan masing-masing bagi mengakses sepenuhnya menu capaian bagi semakan keputusan kelulusan permohonan dan penempatan


Semakan Keputusan egTukar 2019 Online Pertukaran Guru Terkini 1


Maklumat Penting

  • Untuk menyemak. Guru perlu Log Masuk ke sistem Modul Pengurusan Guru (EGtukar) dengan menggunakan ID Pengguna, kata laluan dan kad pengenalan masing-masing untuk mengetahui keputusan kelulusan permohonan dan penempatan guru
  • Pertukaran yang telah diluluskan adalah muktamad dan tidak boleh dibatalkan. Tiada Rayuan dan pemohon adalah dinasihatkan untuk membuat pemohonan baharu pada sesi pertukaran akan datang. Guru tidak boleh membatalkan kelulusan tersebut dan perlu segera melapor diri bertugas di sekolah baharu yang telah ditempatkan. Guru boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana ingkar arahan pertukaran.
  • Semua pertukaran berkuat kuasa mulai 10 Jun 2019 untuk sesi Jun 2019. Semua pertukaran sesi Jun 2019 yang tidak berjaya akan dipertimbangkan pada sesi Januari 2020

PEMBATALAN PERMOHONAN EGTUKAR 2019

Permohonan yang diluluskan tidak boleh dibatalkan. Sebarang keputusan adalah muktamad.

Sekiranya anda ingin membatalkan permohonan eGTUKAR, sila rujuk sama ada Guru Besar atau PPD masing-masing.

Sekiranya anda ingin menangguhkan tarikh mula bertugas di sekolah baharu, sila maklumkan kepada Guru Besar yang boleh memberi pertimbangan ke atas permohonan penangguhan guru tidak lebih daripada empat belas (14) hari dari tarikh kuatkuasa arahan pertukaran.

Sila baca surat siaran rasmi tentang pertukaran guru melalui eGTUKAR.

Selamat membuat Permohonan egTukar 2019 Online Pertukaran Guru. Moga permohonan egTukar Pertukaran Guru. anda berjaya diluluskan.

Related Post :