Home Artikel Tarikh Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia 2020 Dijadualkan Semula

Tarikh Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia 2020 Dijadualkan Semula

416
0
Tarikh Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia 2020 Dijadualkan Semula

Tarikh peperiksaan pusat dan lain-lain peperiksaan di bawah kendalian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk tahun 2020 dijadualkan semula berikutan tempoh lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April 2020.

KPM dalam kenyataan Media pada hari Sabtu 28 Mac 2020 memaklumkan penjadualan semula dibuat setelah meneliti keadaan semasa dan untuk memastikan semua kurikulum matapelajaran yang diambil oleh calom-calon yang terlibat dapat diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan.

Penjadualan semula itu melibatkan Peperiksaan Pelajaran Malaysia (SPM) yang sepatutnya bermula 5 Oktober hingga 19 November 2020 kini dipinda kepada tarikh baharu iaitu 16 November hingga ke 7 Disember 2020. Pentaksiran Tingkatan PT3 pula bermula mengikut tarikh asal 28 September hingga 6 Oktober 2020 namun terdapat perubahan terhadap subjek Bahasa Melayu ditetapkan pada 28 September dan Bahasa Inggeris ditetapkan pada 29 September 2020.

Walau bagaimanapun tiada pindaan untuk Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) iaitu masih kekal pada 1, 2, 3, 7 dan 8 September 2020.

Tarikh Peperiksaan STPM Semester 2 dianjak dari bulan Mei ke bulan November untuk memberi peluang sekolah-sekolah yang terlibat menguruskan sukatan Semester 2 yang tertinggal. Peperiksaan STPM Ulangan Semester 2 dianjak ke bulan Mac 2021.


Tarikh Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia 2020 Dijadualkan Semula 3

Related Post :