Home Artikel Teknik Menjawab Pendidikan Moral SPM

Teknik Menjawab Pendidikan Moral SPM

6404
0

Teknik Menjawab Pendidikan Moral SPM…..Pendidikan Moral adalah satu subjek yang mengajar tentang penerapan nilai-nilai murni dalam diri untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Dalam konteks negara Malaysia, subjek ini diajar kepada pelajar-pelajar bukan muslim. Hal ini kerana, bagi pelajar muslim, mereka mempunyai subjek Pendidikan Islam yang mana di dalam subjek ini telah diajar tentang nilai-nilai yang baik dalam kehidupan berlandaskan agama Islam. Jadi bagi pelajar bukan muslim pula, mereka di ajar subjek Pendidikan Moral bagi memastikan proses penerapan nilai murni juga dapat disampaikan kepada mereka.

Dengan adanya subjek Pendidikan Moral, pelajar akan dapat mendalami maksud nilai yang sebenarnya. Hal ini kerana, sebelum mereka menerapkan nilai-nilai murni dalam diri, terlebih dahulu mereka harus tahu akan kepentingan nilai murni dalam kehidupan seharian. Apabila mereka sudah memahami erti nilai yang sebenar, maka proses penerapan nilai dalam diri dan kehidupan mereka akan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan akhirnya dapat membentuk insan yang cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Maklumat yang disediakan di dalam ini menepati segala keperluan pelajar untuk membuat persediaan menghadapi peperiksaan dan memperoleh kelulusan yang cemerlang. Semoga ibubapa, guru dan pelajar mempoleh bermanafaat dari bahan yang disediakan….

DIPERSILAKAN KLIK DAN SHARE…..

ISI KANDUNGAN-

Teknik Menjawab Pendidikan Moral SPM

Teknik Menjawab Pendidikan Moral SPM 3

 

Semoga perkongsian ini memberi  manfaat kepada semua terutama mereka yang memerlukan untuk membuat pelbagai persediaan menghadapi peperiksaan nanti. Dalam mengoptimunkan pelbagai bahan tersebut pelajar sendiri perlu mempunyai kaedah atau cara belajar yang lebih berkesan supaya input pelajar lebih maksimun.

Tips belajar iaitu elakkan suasana yang bising banyak gangguan, tidak selesa dan sebagainya yang pastinya menggangu tumpuan pelajar. Semoga kita juga mendapat manfaat jika hasil perkongsian kita yang tidak seberapa ini memberi kejayaan kepada mereka yang bakal menghadapi peperiksaan kelak….