UPUOnline – Permohonan Kemasukan 2019

0
650

UPUOnline diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi untuk memudahkan pelajar Lepasan SPM dan STPM untuk permohonan kemasukan ke pengajian peringkat tinggi. KPM, JPT telah membuat pengumuman bahawa permohonan UPUOnline bagi kemasukan 2019 telah dibuka. Permohonan Kemasukan Ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA bagi Lepasan SPM dan Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2019/2020 boleh dibuat secara online mengikut kelayakan masing-masing..

Cara Untuk Memohon UPU

  1. Membeli No Unik ID BSN
  2. Pembelian no pin ini dibuka bermula 12.00 Tengah hari 25 Februari 2019 dan ditutup pada 11.59 Malam 1 April 2019.
  3. Harga bagi Unik ID adalah: RM15.60

Permbelian boleh dibuat di:

  • Kaunter BSN
  • Mesin ATM BSN – Jika ada Akaun BSN
  • MyBSN (Online Banking)

5. Pembelian unik id ini mestilah berdasarkan Nama dan No Kad Pengenalan Pemohon.

6. BSN akan mengeluarkan salinan resit pembayaran bersama-sama dengan Unik ID.

KATEGORI PEMOHON

Lepasan STPM/ Setaraf
(Ijazah Sarjana Muda di UA)

  • STPM 2018
  • Matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/ Asasi UITM 2018/2019
  • STAM 2017 & 2018
  • Diploma / Setaraf
  • Diploma UA, Politeknik, DKM, DLKM, DVM, Diploma IPTS
  • Diploma Luar Negara, Kelayakan Setaraf seperti A-Level, IB, AUSMAT, SAM, CPU, STPM, Matrikulasi, STAM

Lepasan SPM
(Asasi, Diploma & Sijil Di UA, Politeknik, Kolej Komuniti & ILKA)

  • SPM 2018
  • SPM 2017
  • SPM 2016

Permohonan UPUONLINE : http://upu.moe.gov.my/web/



Semua permohanan yang telah ditawarkan oleh UA, Politeknik dan Kolej Komuniti telah mendapat akreditasi MQA.

Panduan Membuat Permohonan UPU

  1. Beli No Unik ID BSN.
  2. Pastikan kategori anda (SPM/ STPM/ Matrikulasi/ Diploma)
  3. Buka Portal Rasmi UPU.
  4. Semak syarat epanduan dengan teliti.
  5. Isi permohonan online
  6. Pastikan anda mengisi maklumat yang bertanda Star dengan lengkap.
  7. Pilih 12 pilihan mengikut keutamaan
  8. Isi sampai habis.
  9. Klik Sah dan Hantar
  10. Cetak Slip Permohonan.
  11. Simpan slip permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat.
  12. Semkan dan kemaskini adalah tanpa had sehingga tarikh tutup permohonan.

MAKLUMAN: Kepada calon lepas SPM yang mendapat tawaran Matrikulasi, Tingkatan 6, Matrikulasi dan IPGM ia tidak menjejaskan Permohonan UPU Online anda ke UA / Politeknik Premier.

Hanya calon yang mendapat tawaran Matrikulasi permohonan anda tidak dipertimbangkan ke pengajian di Politeknik Konvensional, Metro, Kolej Komuniti dan ILKA.

Program Pengajian UA dan Politeknik Premier

Program pengajian yang terbuka kepada pemohon berketurunan Melayu, Anak Negeri Sabah, Anak Negeri Sarawak dan Orang Asli Semenanjung sahaja:

  • Semua program pengajian di UiTM
  • Asasi UIAM
  • Asasi Sains UM
  • Asasi UNIMAS
  • Asasi UMS
  • Asasi UniSZA

Program pengajian yang terbuka kepada semua pemohon yang berkelayakan:

  • Asasi Pengajian Islam UM
  • Asasi dan Diploma UPM dan UPNM
  • Tahmidi USIM
  • Asasi UKM, UUM
  • Diploma UPSI, UTHM, UMT, UTeM, UMP, UniMAP, UniSZA dan Politeknik Premier

Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf adalah seperti berikut:

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap yang mempunyai No. KP/My Kad sahaja.
  • Bukan Warganegara memohon terus ke UA berkaitan.

Kelayakan

i. SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)

  • Pemohon mestilah Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat KEPUJIAN dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan LULUS dalam mata pelajaran Sejarah mulai tahun 2013.
  • Kepujian Bahasa Melayu kertas Julai diambil kira.

ii. SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA (STPM)

  • Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan Gred C dalam 3 mata pelajaran termasuk Pengajian Am.

iii. SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

  • Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid

iv. MATRIKULASI / ASASI

  • Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00

v. Malaysia University English Test (MUET)

  • Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysia University English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku (5 tahun) iaitu mulai 01 Januari 2012.

Tarikh-Tarikh Penting Sesi Akademik 2019/2020

 25 Feb  Jualan Unik ID Dibuka
 25 Feb  Permohonan UPUOnline Dibuka
 01 Apr  Jualan Unik ID Ditutup
 02 Apr  Permohonan UPUOnline Ditutup
 Minggu Ke-3 Apr  Semakan Panggilan Temuduga Lepasan SPM
 Minggu Ke-4 Apr  Proses Temuduga Lepasan SPM Dijalankan
 Minggu Ke-2 May  Semakan Panggilan Ujian MEdSI & Semakan Temuduga Program Bukan Pendidikan Lepasan STPM / Setaraf
 Minggu Ke-3 May  Ujian MEdSI Dijalankan
 15 May ~ 28 Jun  Proses Temuduga Program Bukan Pendidikan Lepasan STPM / Setaraf (Tertakluk Kepada UA)