Warna Pakaian Yang Sesuai Semasa Musim Panas, ketika bergerak dalam keadaan cuaca panas yang sangat memenatkan, lagi-lagi jika anda merupakan seorang pejalan kaki.
Keadaan cuaca terik sudah semestinya menyebabkan badan anda merembeskan banyak peluh. Bukan itu sahaja, pemilihan pakaian yang kurang bersesuaian dengan keadaan cuaca panas turut memberikan rasa tidak selesa ketika berjalan-jalan.
Oleh sebab itu, orang ramai dinasihatkan untuk memakai pakaian yang nipis dan memiliki pengaliran udara yang baik ketika cuaca panas.
Kepada ibu bapa, guru-guru dan pelajar disini disediakan Laman yang mengandungi Warna Pakaian Yang Sesuai Semasa Musim Panas. Semoga Bermanafaat kepada semua…
Video berkenaan eksperimen tersebut boleh ditonton menerusi pautan di bawah:
Keputusannya tidak mengejutkan apabila warna putih mencatatkan suhu yang paling rendah sekali gus dinobatkan sebagai warna paling ‘sejuk’.
Selepas itu, ia diikuti dengan warna-warna cerah seperti kelabu dan kuning yang mencatatkan suhu mirip dengan keadaan sekeliling iaitu, 30 darjah Celcius.
Manakala, kemeja berwarna gelap dengan jelas tidak menunjukkan bacaan suhu yang diingini. Kemeja hitam dan hijau mencatatkan bacaan suhu melebihi 50 darjah Celcius dalam masa lima minit sahaja.
Bacaan suhu ini melebihi bacaan asal dengan perbezaan lebih daripada 20 darjah Celcius ketika eksperimen ini mula dijalankan.
Menariknya, eksperimen ini asalnya dijalankan adalah untuk melihat sama ada pemakaian topeng pelitup muka berwarna hitam dalam cuaca terik dapat meningkatkan risiko strok haba.
kemeja berwarna cerah merupakan pilihan terbaik bagi sesiapa yang ingin berjalan kaki dalan keadaan cuaca panas.
Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan Warna Pakaian Yang Sesuai Semasa Cuaca Panasmemberi manfaat kepada anda semua.