6 Tips Persediaan Menghadapi Cuaca Panas Di Sekolah

Semua institusi pendidikan Kementerian Pendidikan (KPM) diminta untuk meningkatkan persediaan dan melaksanakan langkah-langkah bagi menghadapi cuaca panas apabila sekolah kembali dibuka selepas tamat Cuti Penggal 1.
Institusi pendidikan KPM diminta untuk memastikan langkah-langkah berikut terlaksana, Berikut adalah beberapa 6 Tips Persediaan Menghadapi Cuaca Panas Di Sekolah:
i. Menangguhkan penganjuran aktiviti luar sekiranya suhu melebihi 35 darjah celsius;
ii. memantau aktiviti yang boleh mendedahkan murid kepada keadaan cuaca panas bagi memastikan kesihatan mereka tidak terjejas;
iii. memastikan bekalan air minuman bersih mencukupi di institusi pendidikan bawah KPM dan menggalakkan murid membawa air minuman sendiri:
iv. menasihati dan menggalakkan murid mengambil air minuman dalam kuantiti yang sesuai bagi mengawal suhu badan;
v. membekalkan air minuman kepada murid asrama sekiranya keadaan kritikal dan tiada sumber lain bagi mendapatkan air minuman; dan
vi. sentiasa berwaspada serta bekerjasama dengan klinik dan hospital berdekatan sekiranya berlaku sebarang komplikasi ke atas murid akibat cuaca panas.
Semua institusi pendidikan bawah KPM perlu peka situasi semasa fenomena cuaca panas di kawasan masing-masing dan mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan.
6 Tips Persediaan Menghadapi Cuaca Panas Di Sekolah, Pertimbangan kebenaran khas kepada murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana untuk memakai pakaian sukan yang sopan semasa cuaca panas perlu diberi berdasarkan kepada keperluan dan situasi semasa di institusi masing-masing.
KPM mengambil berat aspek kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan seluruh warganya.
Related Post:
Koleksi Contoh Kertas Kerja Program Sekolah
Himpunan Tips Ringkas Guru Dalam Pendidikan
Himpunan Contoh Surat Rasmi Sekolah
Ciri-Ciri Sahsiah Guru Cemerlang


