7 Tips Guru Tidak Menangguhkan Kerja

7 Tips Guru Tidak Menangguhkan Kerja

7 Tips Guru Tidak Menangguhkan Kerja

Sikap menangguhkan kerja merupakan antara cabaran utama dalam profesion perguruan. Berikut adalah beberapa 7 Tips Guru Tidak Menangguhkan Kerja:

1. Mulakan Dengan Kerja Yang Paling Mudah:

⚡️ Kadang-kadang kita menangguhkan kerja kerana rasa kerja itu terlalu banyak atau sukar. Cara terbaik ialah mulakan dengan kerja yang paling mudah dahulu seperti:
– Menyemak kehadiran
– Menulis RPH
– Mengemaskini fail
– Menyemak beberapa buku latihan

2. Gunakan Kaedah “Sedikit Tetapi Konsisten”:

⚡️Jangan tunggu kerja banyak baru hendak buat. Amalkan konsep:
“Buat sedikit setiap hari, jangan buat banyak dalam satu hari.”

Contohnya:
– Semak 5 buku sehari
– Siapkan RPH untuk esok lebih awal
– Kemas fail sedikit demi sedikit
– Kerja tidak akan bertimbun jika dibuat secara konsisten.

3. Tetapkan Tempoh Masa Untuk Sesuatu Tugasan:

⚡️Gunakan teknik had masa. Contohnya:
– Semak buku: 30 minit
– Siapkan RPH: 20 minit
– Kemas kini fail: 15 minit

4. Elakkan Gangguan Semasa Membuat Kerja:

⚡️Antara punca kerja tertangguh ialah gangguan seperti:
– Telefon
– Media sosial
– Berbual terlalu lama di bilik guru
– Melakukan kerja lain yang tidak penting
– Cuba fokus pada satu kerja dalam satu masa. Ini akan meningkatkan produktiviti.

5. Buat Senarai Tugasan Harian (To-Do List):

⚡️Setiap hari, tulis senarai kerja yang perlu dibuat seperti:
– Tulis RPH
– Semak buku
– Sediakan bahan PdP
– Kemas kini PBD
– Siapkan laporan

6. Dahulukan Kerja Penting Daripada Kerja Mudah:

⚡️Gunakan konsep: Penting didahulukan, mudah dikemudiankan.
– Contoh kerja penting:
– RPH
– PBD
– Laporan yang ada tarikh akhir
– Kertas kerja
– Data murid

7. Pertandingan dan Acara Pengucapan Awam:

Akhir sekali, perkara paling penting ialah disiplin diri.
Guru yang berjaya bukan guru yang paling pandai, tetapi guru yang berdisiplin dan konsisten menyiapkan kerja.
Ingat prinsip mudah:

“Jika boleh buat hari ini, jangan tunggu esok.”
“Jika boleh siapkan sekarang, jangan tangguh kemudian.”

Jadilah guru yang cekap mengurus masa, berdisiplin dalam kerja dan amanah dalam tugas. 7 Tips Guru Tidak Menangguhkan Kerja, kerja yang besar jika dibuat sedikit demi sedikit akan menjadi mudah.

Sikap tidak menangguhkan kerja akan menjadikan guru lebih tenang, tersusun dan profesional. Kepada guru-guru di sini disediakan laman yang mengandungi 7 Tips Guru Tidak Menangguhkan Kerja semoga bermanfaat untuk semua.


Related Post:

Koleksi Contoh Kertas Kerja Program Sekolah

Himpunan Tips Ringkas Guru Dalam Pendidikan

Himpunan Contoh Surat Rasmi Sekolah


04SPR60EVOFwPWjuw5pLLNb 28


Ciri-Ciri Sahsiah Guru Cemerlang

Ciri-Ciri Sahsiah Guru Cemerlang

Kredit: cikguzim