Buku Pengurusan Dan Takwim Persekolahan 2025/2026, pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan in san yang seimbanng dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. UsahaBuku Pengurusan Dan Takwim Persekolahan 2025/2026 ini bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Kepada ibu bapa, guru-guru di sini disediakan laman yang mengandungi Buku Pengurusan Dan Takwim Persekolahan 2025/2026 semoga bermanfaat untuk semua.
BUKU PENGURUSAN DAN TAKWIM PERSEKOLAHAN 2025/2026
📖 Pengurusan Dan Takwim Akademik Sesi 2025/2026
📖 Pelaksana Komponen Pengurusan Sekolah Rendah
📖 Komponen Pengurusan dan Pentadbiran
📖 Komponen Pengurusan Kurikulum
📖 Komponen Pengurusan Hal Ehwal Murid
📖 Komponen Pengurusan Kokurikulum
Related Post:
Buku Pengurusan Dan Takwim Persekolahan 2025/2026
Himpunan Senarai Tugas Guru
Buku Panduan Pengawas Sekolah
CIRI-CIRI GURU DALAM PENDIDIKAN ABAD KE-21
1. Guru Mesti Menguasai Subjek
Guru haruslah menguasai kandungan kurikulum bagi subjek yang diajar. Tentu agak canggung jadinya jika guru sendiri masih terkial-kial untuk menerangkan sesuatu kandungan dalam subjek yang diajarnya.
2. Guru Mesti Mahir dan Berketrampilan dalam Pedagogi
Guru haruslah mahir dalam menggunakan pelbagai kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang betul semasa menjalankan p&p di dalam kelas. Pembelajaran yang pelbagai ini tentu mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif dan mesra pelajar.
3. Guru Mesti Memahami Perkembangan dan Menyayangi Murid
Psikologi pendidikan juga menerapkan kepentingan bagi seseorang guru untuk faham akan perkembangan muridnya, serta mampu menyayangi mereka seadanya. Guru abad 21 seharusnya mampu untuk menilai perkembangan murid sesuai dengan kebolehan mereka.
4. Guru Mesti Memahami Psikologi Pembelajaran
Guru abad 21 juga berupaya untuk memahami psikologi pembelajaran bagi para pelajarnya. Hanya dengan memahami bagaimana minat dan respon pelajar ketika belajar, maka akan membantu seseorang guru itu berfungsi dengan lebih baik sebagai seorang pendidik.
5. Guru Mesti Memiliki Kemahiran Kaunseling
Guru juga perlu mempunyai kemahiran kaunseling ketika berurusan dengan pelajar. Kemahiran untuk membantu pelajar menangani emosi, sosial dan juga pelbagai lagi perkara yang menjadi masalah kepada golongan remaja. Adalah satu kelebihan untuk guru-guru yang memiliki kemahiran kaunseling dalam menangani isu-isu yang berkaitan dalam dan luar bilik darjah.
6. Guru Mesti Mengetahui Tentang Penggunaan Teknologi Terkini
Memang tidak dapat dinafikan penggunaan teknologi terkini merupakan salah satu ciri penting bagi guru abad ke 21. Selain daripada murid yang memang mahir dengan penggunaan gajet dan pelbagai alatan elektronik lain, maka guru juga perlu seiring dalam menggunakan kelebihan ini untuk menarik minat pelajar untuk belajar. Pembelajaran yang menggunakan LCD atau game dan aplikasi mobile sudah tentu membawa kelainan kepada suasana pembelajaran di dalam kelas.