Baca Faham Tulis KVKV

Baca Faham Tulis KVKV, Kaedah latih tubi bertujuan untuk menyediakan latihan dan peneguhan secukupnya kepada murid tentang sesuatu pembelajaran spesifik supaya mereka secara automatik boleh menyebut atau memperingati semula maklumat apabila disuruh berbuat demikian.

Dalam proses pembelajaran Baca Faham Tulis KVKV, perkara penting dalam latih tubi adalah maklumat khusus yang perlu diketahui (contohnya, kegunaan baja tumbuhan pada pokok, kegunaan alat tertentu dan sebagainya) atau dalam bentuk pengetahuan yang lain (misalnya, mengapakah baja penting kepada tumbuhan, mengapakah tidak boleh bermain dengan alat tajam dan sebagainya).

Sebenarnya seseorang murid itu boleh juga membantu rakan mereka dalam kaedah latih tubi ini selain daripada guru dan ibu bapa. Jadi, Baca Faham Tulis KVKV antara satu kaedah yang penting dalam mengajar murid khas bermasalah pembelajaran untuk memahami apa yang diajar.

Kepada ibu bapa, guru-guru dan pelajar di sini disediakan laman yang mengandungi Baca Faham Tulis KVKV  semoga bermanfaat untuk semua.

Baca Faham Tulis KVKV

Credit to MJ Channel

 

DOWNLOAD:

✏️ Baca Faham Tulis KVKV


Related Post:

Himpunan Nota Ringkas Padat Tahun 1 Hingga 6

Himpunan Latih Tubi KSSR

Himpunan Buku Teks Digital KSSR Semakan 2017



Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Pelaksanaan KSSR adalah usaha untuk mentranformasikan pendidikan sekolah dengan menyatupadukan pelbagai disiplin ilmu bagi menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, menyeronokkan dan bermakna.

KSSR merupakan akronim bagi urikulum Standard Sekolah Rendah, sebuah standard silibus pembelajaran bagi sekolah-sekolah rendah di Malaysia Ianya digubal selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).

KSSR ini berpegang kepada Teras Kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang secara dasarnya membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni.

Komposisi Kurikulum

Komposisi Kurikulum Standard Sekolah Rendah terdiri daripada:

Modul Teras Asas terdiri daripada subjek asas seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil (SJKC dan SJKT), Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan dan Matematik.

Modul Teras Tema pula terdiri daripada subjek Dunia Sains dan Teknologi, Dunia Seni Visual dan Dunia Muzik.

Modul Elektif pula terdiri daripada bahasa pilihan seperti Bahasa Arab, Bahasa Cina Sekolah Rendah, Bahasa Tamil Sekolah Rendah, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun.

Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran

Kurikulum Standard Sekolah Rendah menegaskan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai kesan yang optimum.

Antara pendekatan P&P yang digunakan adalah seperti berikut :

  1. Hands-on learning
  2. Pembelajaran melalui permainan
  3. Inkuiri penemuan
  4. Pembelajaran berasaskan projek
  5. Pembelajaran luar bilik darjah
  6. Pembelajaran secara kontekstual
  7. Pembelajaran secara konstuktivisme
  8. Pembelajaran secara masteri

Strategi pembelajaran dan pengajaran yang digunakan dalam KSSR lebih berpusat kepada murid.