7 Aktiviti Tradisi Sambutan Hari Raya Aidilfitri

7 Aktiviti Tradisi Sambutan Hari Raya Aidilfitri, Selepas sebulan berpuasa, umat Islam seluruh Malaysia akan menyambut hari raya Aidilfitri dengan mereka yang tersayang. Tinggalkan memori yang manis tentang hotel atau restoran anda di hati para pengunjung sempena hari raya dengan sentuhan warna-warna terang atau dengan dekorasi yang baru.

Kepada ibu bapa, guru-guru dan pelajar di sini disediakan laman yang mengandungi 7 Aktiviti Tradisi Sambutan Hari Raya AidilfitriΒ semoga bermanfaat untuk semua.

7 Aktiviti Tradisi Sambutan Hari Raya Aidilfitri

7 AKTIVITI TRADISI SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI

Antara 7 Aktiviti Tradisi Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang sering dilakukan sepanjang menyambut Syawal ialah:

1. Balik Kampung

7 Aktiviti Tradisi Sambutan Hari Raya Aidilfitri

πŸŽ† Menjelang Raya, pasti ramai yang isi borang cuti sampai seminggu! anak-anak muda yang belajar dan belajar di kota pasti akan pulang menyambut hari raya bersama keluarga tersayang.

Yang menariknya, walaupun keadaan lalu lintas setiap tahun sesak, tetapi semangat untuk pulang beraya tetap tidak pudar bagi kebanyakkan orang.

Bagi yang bekeluarga pula, ada yang pulang 2 kampung walaupun jarak antara keduanya memakan masa yang lama.

2. Takbir Raya

πŸŽ† Walaupun takbir raya kini sering disiarkan di radio dan television, namun laungan takbir raya masih lagi bergema setiap kali di pagi raya.

Suasana raya pasti terasa apabila tkbir bergema sambil sanak saudara sibuk menyiapkan diri untuk pergi ke surau dan masjid bagi menunaikan solat.

3. Bersalaman Dan Bermaafan

πŸŽ† Bersalaman dan bermaafan boleh dikatakan sebagai tradisi kerana perkara itu sering dilakukan pada Hari Raya sebagai tanda kemaafan dan mengeratkan ikatan silaturahim.

Hal ini kerana, waktu itu adalah peluang yang baik untuk saling meminta maaf, mengakui kesalahan dan meluahkan apa yang terpendam. Dengan ini, hati rasa lebih terbuka dan silaturahim dapat dieratkan lagi.

Namun begitu, kita tetap boleh melakukan perkara tersebut walaupun bukan pada Hari Raya kerana kita perlu saling bermaafan dan belajar dari kesilapan.

4. Menyediakan Juadah Hari Raya Aidilfitri

7 Aktiviti Tradisi Sambutan Hari Raya Aidilfitri
πŸŽ† Penyediaan juadah raya pastinya sinonim dengan penyambutan Aidilfitri yang mana setiap keluarga akan menyediakan hidangan istimewa untuk ahli keluarga dan para tetamu yang hadir untuk meraikan Syawal bersama.

Antara hidangan istimewa yang menjadi tumpuan sepanjang Ramadan adalah lemang, sate, ketupat dan rendang pasti menjadi menu utama hampir setiap rumah. Tidak lupa juga dengan nasi impit bersama kuah kacang atau lontong yang paling digemari oleh seluruh rakyat tempatan.

5. Duit Raya

7 Aktiviti Tradisi Sambutan Hari Raya Aidilfitri
πŸŽ†Biasanya kanak-kanak adalah insan paling gembira pada Aidilfitri kerana diberikan duit raya yang mana boleh mencecah ratusan ringgit.

Pemberian duit raya dianggap sebagai sedekah iaitu ibadat yang besar pahalanya dan mampu mengeratkan silaturahim di samping amalan yang membuka pintu rezeki.

Selain itu, pemberian duit raya sudah pasti sinonim dengan perayaan Aidilfitri yang menjadi tarikan utama golongan kanak-kanak mahupun dewasa.

6. Kunjung Mengunjungi

πŸŽ† Aktiviti ziarah sememangnya tidak boleh dipisahkan dalam budaya rakyat tempatan menjelang perayaan Aidilfitri.

Walaupun ziarah dianggap sebagai budaya namun kita perlu sentiasa menjaga adab ketika berkunjung ke rumah orang lain agar tuan rumah berasa gembira menerima kunjungan tersebut.

Oleh itu, sudah pasti semua orang akan mengambil kesempatan ketika bercuti di kampung halaman untuk menziarahi sanak saudara mahupun sahabat handai.

7. Ziarah Kubur

πŸŽ† Aktiviti menziarah kubur pada setiap kali tibanya Syawal sudah menjadi rutin kepada sebahagian keluarga.


Related Post:

Himpunan Aktiviti Hari Raya Aidilfitri

Himpunan Aktiviti Dalam Bulan Ramadan

Himpunan Latih Tubi JAWI


04SPR60EVOFwPWjuw5pLLNb 28


Amalan Sunat Hari Raya Aidilfitri Mengikut Sunnah NabiAmalan Sunnah Hari Raya Aidilfitri