DSKP Sains Rumah Tangga Tingkatan 5 KSSM, Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2017 bagi menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang mula dilaksanakan pada tahun 1989. DSKP Sains Rumah Tangga Tingkatan 5 KSSM digubal bagi memenuhi keperluan dasar baharu di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 agar kualiti kurikulum yang dilaksanakan di sekolah menengah setanding dengan standard antarabangsa.
Kurikulum berasaskan standard yang menjadi amalan antarabangsa telah dijelmakan dalam DSKP Sains Rumah Tangga Tingkatan 5 KSSM menerusi penggubalan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) untuk semua mata pelajaran yang mengandungi Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi.
Kepada ibu bapa, guru-guru dan pelajar di sini disediakan laman yang mengandungi DSKP Sains Rumah Tangga Tingkatan 5 KSSM semoga bermanfaat untuk semua.
DOWNLOAD:
📖 DSKP Sains Rumah Tangga Tingkatan 5 KSSM
Related Post:
Himpunan DSKP Tingkatan 1 Hingga 5 KSSM
DSKP Bahasa Inggeris Tingkatan 5 KSSM
DSKP Sains Sukan Tingkatan 5 KSSM
DSKP Sains Rumah Tangga Tingkatan 5 KSSM
DSKP Sains Komputer Tingkatan 5 KSSM
DSKP Reka Cipta Tingkatan 5 KSSM
DSKP Prinsip Perakaunan Tingkatan 5 KSSM
DSKP Pertanian Tingkatan 5 KSSM
DSKP Perniagaan Tingkatan 5 KSSM
DSKP Ekonomi Tingkatan 5 KSSM
DSKP Usuluddin Tingkatan 5 KSSM
DSKP Al Syariah Tingkatan 5 KSSM
DSKP Grafik Komunikasi Teknikal Tingkatan 5 KSSM
Himpunan Latih Tubi KSSR
Himpunan Buku Teks Digital KSSR Semakan 2017
Kepentingan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
1. Guru Memahami Dengan Lebih Jelas Objektif Yang Ingin Dicapai Dalam Sesuatu Topik
Dengan adanya Dokumen Standard yang mengandungi Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran serta modul pengajaran yang turut disediakan sebagai panduan untuk guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Modul Pembelajaran adalah untuk bahan pembelajaran untuk murid untuk menggantikan buku teks.
2. Meningkatkan Kredibiliti Guru
Sistem penilaian peringkat sekolah yang dilaksanakan Kementerian Pelajaran Malaysia menggantikan kaedah peperiksaan yang dilaksanakan untuk murid sebelum ini mampu meningkatkan kredibiliti seseorang guru. Ini kerana pentaksiran berasaskan sekolah memberi hak 100% kepada guru untuk menilai murid-murid semasa di dalam bilik darjah.
3. Memastikan Murid Melepasi Standard Yang Ditetapkan
Guru boleh menyediakan instrumen berdasarkan Dokumen Standard Prestasi yang dibekalkan oleh Lembaga Peperiksaan. Di dalam Dokumen Standard Prestasi ini, terdapat band yang merangkumi band 1 hingga band 6. Kebaikan dilaksanakan penilaian berasaskan sekolah adalah untuk murid yang berada di aras lemah kerana guru boleh mempelbagaikan instrumen bergantung pada tahap murid. Tidak semestinya satu instrumen untuk keseluruhan kelas yang diajar.
4. Mengenalpasti Strategi Penambahbaikan
Dokumen Standard Kurikulum yang ada dalam KSSR ialah usaha menyusun semula pelan menambahbaik kurikulum sedia ada memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa. KSSR ini juga dapat menangani isu pendidikan mengikut jadual waktu, bilangan matapelajaran yang banyak serta keterlaluan.
5. Mengatasi Masalah Keciciran Murid
Melalui pendekatan modul pembelajaran untuk murid menggantikan buku teks, setiap sesi pengajaran akan berupaya mewujudkan fokus kepada sesuatu kemahiran utama dengan mengintegrasikan kemahiran lain secara menyeluruh. Selain itu, dengan menggunakan Dokumen Standard Prestasi yang ada akan menyebabkan guru memainkan peranan yang bersepadu untuk semua muridnya.