Buku Pengurusan Mesyuarat Berkualiti, Penghadiri mesyuarat banyak membuang masa dan tenaga anda? Mesyuarat yang anda hadiri tidak mendatangkan faedah seperti yang dijangkakan? Kebanyakan pakar mesyuarat bersetuju dengan sekurang-kurangnya dua perkara, iaitu bilangan mesyuarat di tempat kerja kita terlampau banyak dan kebanyakan mesyuarat itu cuma membuang masa. Pemimpin dan pengurus organisasi menjadikan mesyuarat sebagai satu proses kerja rutin yang penting dalam tadbir urus organisasi. Mereka beranggapan bahawa mesyuarat memainkan peranan utama dalam pembentukan strategi dan perubahan strategik dalam organisasi. Secara realitinya dalam sistem pendidikan negara, pengurus pendidikan berpendapat bahawa mesyuarat adalah saluran terbaik dan berkesan ke arah menjayakan matlamat organisasi.
Buku Pengurusan Mesyuarat Berkualiti, Mesyuarat merupakan satu peristiwa yang terdiri daripada manusia, kandungan dan proses untuk
sesuatu tujuan. Sememangnya diakui oleh umum bahawa mesyuarat diperlukan untuk menyelaras usaha individu, berganding bahu dalam
projek tertentu, menjana pelbagai idea, menjual idea, menyelesaikan masalah secara kolektif, dan memutuskan keputusan berdasarkan persetujuan ramai.
Kepada Guru-guru di sini disediakan laman yang mengandungi Buku Pengurusan Mesyuarat Berkualiti semoga bermanfaat untuk semua.
DOWNLOAD:
📖 Buku Pengurusan Mesyuarat Berkualiti
Related Post:
Buku Pengurusan Dan Takwim Persekolahan 2025/2026
Himpunan Senarai Tugas Guru
Buku Pengurusan Mesyuarat Berkualiti
Buku Panduan Pengawas Sekolah
Panduan Contoh Penulisan Keberhasilan
CIRI-CIRI GURU DALAM PENDIDIKAN ABAD KE-21
1. Guru Mesti Menguasai Subjek
Guru haruslah menguasai kandungan kurikulum bagi subjek yang diajar. Tentu agak canggung jadinya jika guru sendiri masih terkial-kial untuk menerangkan sesuatu kandungan dalam subjek yang diajarnya.
2. Guru Mesti Mahir dan Berketrampilan dalam Pedagogi
Guru haruslah mahir dalam menggunakan pelbagai kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang betul semasa menjalankan p&p di dalam kelas. Pembelajaran yang pelbagai ini tentu mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif dan mesra pelajar.
3. Guru Mesti Memahami Perkembangan dan Menyayangi Murid
Psikologi pendidikan juga menerapkan kepentingan bagi seseorang guru untuk faham akan perkembangan muridnya, serta mampu menyayangi mereka seadanya. Guru abad 21 seharusnya mampu untuk menilai perkembangan murid sesuai dengan kebolehan mereka.
4. Guru Mesti Memahami Psikologi Pembelajaran
Guru abad 21 juga berupaya untuk memahami psikologi pembelajaran bagi para pelajarnya. Hanya dengan memahami bagaimana minat dan respon pelajar ketika belajar, maka akan membantu seseorang guru itu berfungsi dengan lebih baik sebagai seorang pendidik.
5. Guru Mesti Memiliki Kemahiran Kaunseling
Guru juga perlu mempunyai kemahiran kaunseling ketika berurusan dengan pelajar. Kemahiran untuk membantu pelajar menangani emosi, sosial dan juga pelbagai lagi perkara yang menjadi masalah kepada golongan remaja. Adalah satu kelebihan untuk guru-guru yang memiliki kemahiran kaunseling dalam menangani isu-isu yang berkaitan dalam dan luar bilik darjah.
6. Guru Mesti Mengetahui Tentang Penggunaan Teknologi Terkini
Memang tidak dapat dinafikan penggunaan teknologi terkini merupakan salah satu ciri penting bagi guru abad ke 21. Selain daripada murid yang memang mahir dengan penggunaan gajet dan pelbagai alatan elektronik lain, maka guru juga perlu seiring dalam menggunakan kelebihan ini untuk menarik minat pelajar untuk belajar. Pembelajaran yang menggunakan LCD atau game dan aplikasi mobile sudah tentu membawa kelainan kepada suasana pembelajaran di dalam kelas.