Tema Dan Logo Hari Kebangsaan 2025, bersempena sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini, sekolah mungkin merancang untuk menganjurkan pelbagai aktiviti menarik yang melibatkan murid dan pelajar.
Aktiviti sambutan kemerdekaan kali ini boleh meliputi pelbagai program dan acara yang meriah bagi menyemarakkan semangat cintakan negara dalam kalangan warga sekolah.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mengumumkan bahawa logo Malaysia MADANI kekal sebagai logo rasmi Tema Dan Logo Hari Kebangsaan 2025, selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri.
Kepada ibu bapa, guru-guru dan pelajar di sini disediakan laman yang mengandungi Tema Dan Logo Hari Kebangsaan 2025 semoga bermanfaat untuk semua.
Tema Hari Kebangsaan 2025
“Malaysia Madani: Rakyat Disantuni” telah dipilih untuk tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025.
ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan & kesejahteraan sosial.
- Malaysia MADANI menekankan keseimbangan antara kemajuan ekonomi & rohani, tadbir urus berintegriti dan perpaduan masyarakat.
- Tema “Rakyat Disantuni” pula menegaskan bahawa kebajikan rakyat sentiasa jadi keutamaan.
Rasional Logo
Logo rasmi Malaysia MADANI dikekalkan sebagai logo Hari Kebangsaan 2025.
Reka bentuknya berteraskan prinsip MADANI, yang membentuk simbol tangan sedang diangkat, melambangkan lafaz ikrar Rukun Negara dan komitmen rakyat terhadap negara.
Logo ini turut mencerminkan:
- Kepatuhan kepada nilai kenegaraan,
- Penghormatan kepada prinsip-prinsip Perlembagaan, dan
- Semangat perpaduan serta tanggungjawab sosial.
Untuk mendapatkan resolusi gambar tema dan logo hari kebangsaan 2025 yang cantik dan bagus dalam format png, ai dan eps, anda boleh memuat turun (download) dari laman web Malaysia360 sebagaimana berikut;
Panduan asas penggunaan logo boleh dilihat pada pautan berikut;
Senarai Tema Hari Kebangsaan Yang Lepas
Related Post:
Panduan Pelaksanaan Aktiviti Kemerdekaan Sekolah
Buku Panduan Pengunaan Jalur Gemilang
Tema Dan Logo Hari Kebangsaan 2025
Koleksi Pantun Merdeka Hari Kebangsaan 2025
Koleksi Sajak Merdeka Hari Kebangsaan 2025
Aktiviti Mewarna Hari Kebangsaan 2025
Himpunan Lagu Patriotik Sempena Hari Kebangsaan 2025
Pengenalan Jalur Gemilang
Maksud Lambang & Warna Pada Bendera Persekutuan Tanah Melayu
Selamat menyambut Bulan Kemerdekaan! Semoga Koleksi Pantun Merdeka Hari Kebangsaan 2025 di atas dapat memupuk semangat cinta tanah air dan kesatuan di kalangan murid-murid di sekolah.