Doa Berlindung Dari Penyakit Kronik …Allah begitu dekat pada orang yang berdoa dan yang beribadah padaNya. Sebagaimana disebutkan dalam hadis.
“Berdoalah kepada Allah dalam keadaan yakin akan dikabulkan, dan ketahuilah bahwa Allah tidak mengabulkan doa dari hati yang lalai”. (HR. At Tirmidzi).
Disini disediakan Doa Berlindung Dari Penyakit Kronik yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian…. semoga bermanafaat…
Doa Berlindung Dari Penyakit Kronik
اللَّهُمَّ إِنِّ أَعُوذُ بِكَ مِنَ البََصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ،
وَمِنْ سَيِّئِ الَْسْقَامِ
Maksudnya:
“ Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada
penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang buruk ”
Riwayat Abu Daud (1554), Ahmad
(13027), al-Nasa’ie (5493) dan Abu Ya’la
(2897)
Related Post:
Langkah PENCEGAHAN (1): Perlindungan Rohani
1.Duduk di rumah
Jangan keluar rumah melainkan betul-betul perlu. Sekiranya perlu keluar untuk mendapatkan barang keperluan rancanglah dengan teliti supaya dapat membeli barang dengan secukupnya untuk mengelakkan kekerapan keluar rumah.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Keselamatan bagi seseorang itu pada zaman fitnah (terutama penyakit berjangkit) ialah bahawa dia menempatkan diri di dalam rumahnya. (Sahih al-Jami’ al-Soghir: 3649)
2. Jauhi tempat-tempat yang berisiko
Elakkan berada di tempattempat sesak dan berisiko.
3. Penjarakan sosial
Pastikan anda sentiasa menjarakkan diri 1 meter dari orang lain dalam semua keadaan.
4. Sekiranya anda keluar rumah, pastikan;
a. Pakai penutup muka, dan buang dengan teratur selepas diguna
b. Elakkan menyentuh mata, hidung dan mulut
c. Sentiasa menggunakan hand sanitizer dan basuh tangan sekerap mungkin terutamanya apabila balik ke rumah
Allah SWT melarang perbuatan yang mendedahkan kepada kemudaratan. Firman-Nya yang bermaksud :“…dan janganlah
kamu sengaja mencampakkan diri kedalam bahaya kebinasaan”.(Surah al-Baqarah,2:195)
Langkah PENCEGAHAN (3): Ketika Bergejala
“DOA ADALAH SENJATA ORANG MUKMIN”
ADAB BERDOA
Allah Berjanji Untuk Mengabulkan Doa Orang yang Berdoa. Dibawah ini diberikan beberapa adab berdoa berpandukan al-Quran dan hadis.
Allah berfirman: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” Al Baqarah: 186
Doa Elok Dalam Kesudahan Urusan …..berdoa adalah ibadah…..Hendaklah seseorang Muslim memperhatikan adab-adab dan syarat-syarat dalam berdoa yang merupakan sebab ditunaikan doa. Sesiapa memenuhinya, maka dia akan mendapat segala yang diminta dan sesiapa yang mengabaikannya, dialah orang yang melampaui batas dalam berdoa sehingga tidak ditunaikan doanya.