Home Aktiviti Harian Himpunan Doa Ringkas Harian Yang Mudah Dihafal

Himpunan Doa Ringkas Harian Yang Mudah Dihafal

1988
0
Himpunan Doa Ringkas Harian Yang Mudah Dihafal
Himpunan Doa Ringkas Harian Yang Mudah Dihafal, berdoa merupakan antara sebesar-besar ibadah yang dianjurkan di dalam Islam. Bahkan ia disifatkan sebagai ‘otak’ atau teras bagi ibadah itu sendiri. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

الدُّعَاءُ مُخُّ الْعِبَادَةِ

Maksudnya : Doa merupakan teras bagi ibadah.
                                   Riwayat Al-Tirmizi (3371)
Begitu banyak anjuran dan galakan untuk berdoa seperti yang disebutkan oleh beberapa nas syarak. Antaranya adalah firman Allah S.W.T :

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

Maksudnya : Dan telah berkata Tuhan kamu “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku akan mustajabkan’’.
                                      Surah Ghafir (60)
Meskipun begitu, doa dianggap sebagai suatu ibadah istimewa yang mempunyai adab-adab dan tatacaranya yang tersendiri seperti yang ditunjukkan dalam beberapa nas. Disini disediakan Himpunan Doa Ringkas Harian Yang Mudah Dihafal yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian…. semoga bermanafaat…

Himpunan Doa Ringkas Harian Yang Mudah Dihafal

HIMPUNAN DOA HARIAN  PILIHAN


Himpunan Doa Ringkas Harian Yang Mudah Dihafal 1


Allah mengabulkan doa jika syarat-syarat asas berdoa dipenuhi. Antaranya :
  1. Ikhlas ketika berdoa
  2. Merendahkan hati ketika berdoa
  3. Menyembunyikan doa
  4. Memastikan makan,minum dan pakaian kita dari sumber yang halal dan jauh daripada syubhat.

“DOA SENJATA ORANG MUKMIN”

ADAB BERDOA
Allah Berjanji Untuk Mengabulkan Doa Orang yang Berdoa. Dibawah ini diberikan beberapa adab berdoa berpandukan al-Quran dan hadis.
Allah berfirman: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” Al Baqarah: 186
Himpunan Doa Ringkas Harian Yang Mudah Dihafal

Himpunan Doa Ringkas Harian……  Berdoa adalah ibadah…..Hendaklah seseorang Muslim memperhatikan adab-adab dan syarat-syarat dalam berdoa yang merupakan sebab ditunaikan doa. Sesiapa memenuhinya, maka dia akan mendapat segala yang diminta dan sesiapa yang mengabaikannya, dialah orang yang melampaui batas dalam berdoa sehingga tidak ditunaikan doanya.