Home Aktiviti Harian Doa Sebelum Dan Selepas Makan

Doa Sebelum Dan Selepas Makan

1772
0
Doa Sebelum Dan Selepas Makan
Doa Sebelum Dan Selepas Makan, doa makan adalah merupakan salah satu doa yang sering diajarkan di sekolah mahupun di rumah sejak kita kanak-kanak lagi.
Membaca doa sebelum dan selepas makan adalah sebagai tanda mensyukuri nikmat makanan yang Allah kurniakan sekaligus memohon kebaikan daripada apa yang kita makan.
Daripada Ibn Abbas RA bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda,
Keberkatan turun di tengah makanan maka kamu makanlah terlebih dahulu dari kedua tepinya dan janganlah kamu makan dari tengahnya.”
(Hadith Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi)
Allah mengurniakan keberkatan kepada sesiapa yang makan secara beradab mengikut panduan syarak. Setiap orang hendaklah mengikut sunnah Rasulullah SAW semasa menghadapi makanan dengan mendahulukan di sebelah tepi sebelum mengambil yang tengah. Di sini disediakan Doa Sebelum Dan Selepas Makan serta adab-adab ketika makan mengikut syariat Islam….semoga bermanafaat

Doa Sebelum Dan Selepas Makan

Doa Sebelum Makan

الَّلهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيمَا رَزَقْتَنَا، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

“Allahumma baarik llanaa fiima razaqtanaa waqinaa adzaa ban-naar”
Maksudnya :
” Yaa Allah, berkatilah rezeki yang engkau berikan kepada kami, dan peliharalah kami dari seksa api neraka.”(HR.Ibnu as-Sani)

Doa Sesudah Makan

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْنَ اَطْعَمَنَا وَسَقَانَا وَجَعَلَنَا مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

“Alhamdu lillahhil-ladzi ath-amanaa wa saqaana waja’alanaa minal muslimiin”
Maksudnya :
 ” Segala puji bagi Allah yang memberi kami makan dan minum serta menjadikan kami muslim. “
(HR.Abu Daud)

Doa Selepas Minum

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ جَعَلَهُ عَذْبًا فُرَاتًا بِرَحْمَتِهِ وَلَمْ يَجْعَلْهُ مِلْحًا اُجَاجًا بِذُنُوْبِنَا

”Alhamdu lillaahil ladzi ja’alahuu ‘adzbam furootam birohmatihii wa lamyaj’alhu milhan ujaajam bidzunuubinaa”
Maksudnya :
Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan air ini (minuman) segar dan menggiatkan dengan rahmat-Nya dan tidak menjadikan air ini (minuman) masin lagi pahit kerana dosa-dosa kami
Related Post: 

Himpunan Doa Ringkas Harian Yang Mudah Dihafal


Doa Sebelum Dan Selepas Makan 1

 


Adab makan Rasulullah

Di antara adab-adab makan yang telah diajar oleh Rasulullah SAW adalah :
  1. Tidak mencela makanan yang tidak disukai
  2. Mencuci tangan sebelum dan sesudah makan
  3. Membaca basmalah dan hamdalah
  4. Makan menggunakan tangan kanan
  5. Tidak bersandar ketika makan
  6. Memakan makanan yang terdekat dahulu
  7. Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang
  8. Menjilat tangan ketika makan tanpa sudu atau garfu
  9. Membuang kotoran dari makanan yang terjatuh lalu memakannya
  10. Makan dan minum sambil duduk
  11. Tidak bernafas ketika minum dan menjauhkan mulut dari tempat minum ketika bernafas
  12. Tidak berprasangka buruk jika makan ditemani orang yang berpenyakit
  13. Tidak duduk pada meja yang dihidangkan makanan haram
  14. Mendoakan orang yang mempelawa makan
  15. Menutup tempat makan dan minum

“DOA ADALAH SENJATA ORANG MUKMIN”

ADAB BERDOA
Allah Berjanji Untuk Mengabulkan Doa Orang yang Berdoa. Dibawah ini diberikan beberapa adab berdoa berpandukan al-Quran dan hadis.
Allah berfirman: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” Al Baqarah: 186
Himpunan Doa Ringkas Harian Yang Mudah Dihafal

Doa Sebelum Dan Selepas Makan…..Berdoa adalah ibadah…..Hendaklah seseorang Muslim memperhatikan adab-adab dan syarat-syarat dalam berdoa yang merupakan sebab ditunaikan doa. Sesiapa memenuhinya, maka dia akan mendapat segala yang diminta dan sesiapa yang mengabaikannya, dialah orang yang melampaui batas dalam berdoa sehingga tidak ditunaikan doanya.