Home Artikel Doa Agar Diperbaiki Diri

Doa Agar Diperbaiki Diri

1010
0

Doa Agar Diperbaiki Diri …Ingin memperbaiki diri setiap hari? Doa ini sangat memberi kesan yang positif kepada kita. Untuk berjaya dalam hidup kita mesti sentiasa ada improvement pada diri. Buang sifat buruk dan habit yang merugikan. Kena sentiasa istiqamah memperbaiki diri.

Tapi ramai yang tiada kekuatan untuk berubah. Dah tahu habit yang dia buat tu tak baik tapi susah untuk berhenti. Jadi untuk ada kekuatan dan keazaman supaya berubah kepada lebih baik kita kena berdoa pada Allah.

Disini disediakan Doa Agar Diperbaiki Diri yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian…. semoga bermanafaat…

Doa Agar Diperbaiki Diri

يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحَْتِكَ أَسْتَغِيثُ ، أَصْلِحْ لِ شَأْنِ
كُلَّهُ ، وَلاَ تَكِلْنِي إِلَ نَفْسِ طَرْفَةَ عَيْنٍ

Maksudnya:

“Wahai Tuhan Yang Maha Hidup, wahai Tuhan Yang
Maha Berdiri Sendiri (tidak perlu segala sesuatu), dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan, perbaikilah untukku urusanku semuanya dan janganlah Engkau serahkan aku kepada diriku sendiri walau sekelip mata.” 

Riwayat al-Nasa’ie dalam al-Sunan al-Kubra
(10405), al-Bazzar (6368), Ibn al-Sunni dalam
‘Amal al-Yaum wa al-Lailah (48) dan al-
Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat (4/43)

Doa Agar Diperbaiki Diri 5

Doa Agar Diperbaiki Diri 6


Pegajaran Ayat

Ahli sufi terkenal di Basrah, Iraq, Ibrahim Adham pernah dikerumuni orang ramai yang mengadu kepadanya mengenai doa mereka yang tidak dimakbulkan Allah SWT.

Mereka tertanya-tanya mengenai keadaan itu sedangkan Allah SWT berfirman: Berdoalah kepada-Ku, nescaya Aku akan memakbulkan doa kamu. (Al-Mukmin: 60)

Ibrahim berkata, permintaan yang tidak dimakbulkan itu disebabkan hati penduduk Basrah sudah mati, sekali gus menjadi hijab antara doa mereka dengan Allah SWT.

Pertama, kamu semua mengenal Allah SWT tetapi tidak menunaikan semua hak-Nya, manakala kedua, kamu membaca al-Quran, namun tidak mengamalkan kandungannya.

Ketiga, kamu semua mengakui Iblis sebagai musuh, malangnya kalian tetap mengikut perintahnya, sedangkan sebab keempat, kamu menyebut cinta pada Rasulullah SAW, hakikatnya kalian meninggalkan sunnah Baginda,” katanya.

Beliau berkata, faktor kelima adalah penduduk Basrah mengungkapkan perasaan cinta kepada syurga tetapi tidak mahu mengamalkan amalan ahli syurga.

Katanya, berbeza pula dengan ucapan bahawa mereka menggeruni neraka, sedangkan tidak berhenti daripada melakukan dosa yang boleh melontarkan mereka ke tempat azab itu.

Ketujuh, kamu semua mempercayai kematian sebagai takdir yang pasti tetapi tidak membuat persiapan untuk menghadapinya, manakala sebab kelapan, kalian sibuk dengan aib orang lain tetapi lupa terhadap aib diri sendiri.

Kesembilan, kamu makan dan menikmati rezeki Allah SWT tetapi tidak pernah mensyukurinya, sedangkan sebab kesepuluh, kalian banyak kali mengebumikan jenazah, namun tidak pernah mengambil pengajaran daripadanya,” katanya.

Selain memastikan tidak melakukan apa yang diingatkan oleh tokoh sufi itu, umat Islam juga tidak boleh berputus asa dalam memohon kepada Allah SWT.

Rasulullah SAW mengingatkan umat Baginda supaya tidak tergesa-gesa untuk melihat permintaan dimakbulkan.

Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: “Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selagi doa itu tidak mengandungi dosa, memutus silaturahim dan tidak minta cepat-cepat diperkenankan.” Lalu Baginda ditanya orang: “Apakah maksudnya minta cepat-cepat?” Baginda menjawab: “Umpamanya seseorang berkata dalam doanya, ‘Aku sudah berdoa, aku sudah berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan.’ Lalu dia putus asa dan berhenti berdoa.” (HR Muslim)

Maulana Jalaluddin Rumi dalam karya, Fihi Ma Fihi memberikan perumpamaan cantik mengenai dua orang fakir yang meminta-minta dan menunggu-nunggu di hadapan pintu rumah orang kaya.

Lelaki pertama terus diberikan apa yang diminta, sedangkan lelaki kedua tetap dibiarkan untuk terus meminta hingga ternanti-nanti di hadapan pintu.

Bagaimanapun, Maulana Rumi mengingatkan lelaki pertama yang terus memperoleh apa dipohon sebenarnya tidak disukai oleh tuan rumah hingga mahu cepat-cepat beredar daripada halamannya.

Justeru, meskipun lelaki kedua terus dibiarkan di hadapan pintunya, kehadirannya disenangi oleh orang kaya itu hingga membiarkannya meminta dengan lama sebelum diberikan anugerah yang jauh lebih besar.


HIMPUNAN DOA HARIAN  PILIHAN


“DOA ADALAH SENJATA ORANG MUKMIN”

ADAB BERDOA
Allah Berjanji Untuk Mengabulkan Doa Orang yang Berdoa. Dibawah ini diberikan beberapa adab berdoa berpandukan al-Quran dan hadis.

Allah berfirman: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” Al Baqarah: 186

Ada beberapa adab dan peraturan yang disunahkan agar mendapat kelebihan dan barakah dari Allah dan supaya doa itu dimakbulkan. Berikut ini diberikan beberapa panduan menurut Al-Quran dan sunnah.
  1. Sebaik-baiknya berwudhu’ Sebelum Berdoa
  2. Merapatkan kedua-dua belah tapak tangan dan mengangkatnya ke paras dada.
  3. Betulkan kedudukan dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.
  4. Mengarahkan badan menghadap kearah qiblat.
  5. Sabda Rasul s.a.w.: Tiap tiap doa akan terhalang sehingga dia bersalawat kepada Nabi s.a.w. (Hadis Hasan) Doa hendaklah dimulakan dan diakhirkan dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
  6. Berdoalah dengan penuh keyakinan dan bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.
  7. Perbanyakkan memuji kebesaran allah dan menyebut nama-nama allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu.
  8. Berdoalah dengan suara yang lembut
  9. Mengulangi setiap pemohonan sebanyak tiga kali
  10. Berdoa Sambil Menangis
  11. Berdoa Pada Beberapa Waktu dan Keadaan yang Mustajab
  12. Tidak tergesa-gesa dan tidak bosan untuk terus berdoa.
  13. Tidak berdoa untuk suatu dosa atau untuk memutus silaturahim.
  14. Berdoa dengan doa yang ma’tsur dan jawami’ al-du’a’ (doa-doa yang singkat dan padat namun menghimpun segenap kebaikan).
  15. Mendoakan diri sendiri sebelum mendoakan orang lain.
Doa Agar Diperbaiki Diri…..Berdoa adalah ibadah…..Hendaklah seseorang Muslim memperhatikan adab-adab dan syarat-syarat dalam berdoa yang merupakan sebab ditunaikan doa. Sesiapa memenuhinya, maka dia akan mendapat segala yang diminta dan sesiapa yang mengabaikannya, dialah orang yang melampaui batas dalam berdoa sehingga tidak ditunaikan doanya.