Home Artikel Doa Sebelum Dan Selepas Bangun Tidur

Doa Sebelum Dan Selepas Bangun Tidur

775
0
Doa Sebelum Dan Selepas Bangun Tidur

Allah Berfirman di dalam al-Quran:

Dan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasangan? Dan Kami telah menjadikan tidur untuk kamu berehat?

—(Surah an-Naba ayat 8–9)

Kita dapat menyimpulkan bahawa tidur bukanlah suatu aktiviti yang mengganggu, tetapi ia adalah petanda kekuasaan Allah dan suatu nikmat daripadaNya.

Pastikan kita membaca doa setiap hari…. Disini disediakan Doa Sebelum Dan Selepas Bangun Tidur  yang boleh dan amalkan setiap hari sebagai amalan kehidupan kita seharian…Selain itu, disertakan juga amalan-amalan sunat sebelum tidur yang disarankan Rasullah S.A.W

Doa Ketika Hendak Tidur

Doa Sebelum Dan Selepas Bangun Tidur 9

Bismika Allahumma Ahyaa Wa Amut

Maksudnya:

   ” Dengan nama Allah, aku hidup dan aku mati “

Doa Sebelum Dan Selepas Bangun Tidur 10

Doa Selepas Bangun Dari Tidur

Doa Sebelum Dan Selepas Bangun Tidur 11

Alhamdulillahillazi Ahyana Ba’da Ma Amatana Wa Ilaihinnusyur

Maksudnya:

” Segala puji bagi Allah, yang menghidupkan kami (dengan bangun tidur) setelah mematikan kami (dengan tidur), dan hanya kepada-Nyalah kami akan dibangkitkan. “

Doa Sebelum Dan Selepas Bangun Tidur 12

Amalan Sebelum tidur yang disarankan oleh Rasulullah iaitu:

1. Berwuduk sebelum tidur, sepertimana mahu solat

2. Baring pada sisi kanan

3. Baca 3 Qul

  • Surah Al-Ikhlas
  • Surah Al-Falak 
  • Surah An-Naas

4. Baca Ayatul Kursi

5. Solat Witir Sebelum Tidur

6. Baca doa tidur


HIMPUNAN DOA HARIAN  PILIHAN


” DOA SENJATA ORANG MUKMIN “

ADAB BERDOA

Allah Berjanji Untuk Mengabulkan Doa Orang yang Berdoa. Dibawah ini diberikan beberapa adab berdoa berpandukan al-Quran dan hadis.

Allah Berfirman: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” Al Baqarah: 186

Ada beberapa adab dan peraturan yang disunahkan agar mendapat kelebihan dan barakah dari Allah dan supaya doa itu dimakbulkan. Berikut ini diberikan beberapa panduan menurut Al-Quran dan sunnah.

  1. Sebaik-baiknya berwudhu’ Sebelum Berdoa
  2. Merapatkan kedua-dua belah tapak tangan dan mengangkatnya ke paras dada.
  3. Betulkan kedudukan dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.
  4. Mengarahkan badan menghadap kearah qiblat.
  5. Sabda Rasul s.a.w.: Tiap tiap doa akan terhalang sehingga dia bersalawat kepada Nabi s.a.w. (Hadis Hasan) Doa hendaklah dimulakan dan diakhirkan dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
  6. Berdoalah dengan penuh keyakinan dan bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.
  7. Perbanyakkan memuji kebesaran allah dan menyebut nama-nama allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu.
  8. Berdoalah dengan suara yang lembut
  9. Mengulangi setiap pemohonan sebanyak tiga kali
  10. Berdoa Sambil Menangis
  11. Berdoa Pada Beberapa Waktu dan Keadaan yang Mustajab
  12. Tidak tergesa-gesa dan tidak bosan untuk terus berdoa.
  13. Tidak berdoa untuk suatu dosa atau untuk memutus silaturahim.
  14. Berdoa dengan doa yang ma’tsur dan jawami’ al-du’a’ (doa-doa yang singkat dan padat namun menghimpun segenap kebaikan).
  15. Mendoakan diri sendiri sebelum mendoakan orang lain.
Doa Sebelum Dan Selepas Bangun Tidur…. Berdoa adalah ibadah…..Hendaklah seseorang Muslim memperhatikan adab-adab dan syarat-syarat dalam berdoa yang merupakan sebab ditunaikan doa. Sesiapa memenuhinya, maka dia akan mendapat segala yang diminta dan sesiapa yang mengabaikannya, dialah orang yang melampaui batas dalam berdoa sehingga tidak ditunaikan doanya.