Home Artikel Amalan Dan Doa Sebelum Peperiksaan

Amalan Dan Doa Sebelum Peperiksaan

7560
0
Amalan Dan Doa Sebelum Peperiksaan

Setiap kejayaan memerlukan usaha yang kuat…. oleh itu, adalah digalakkan anda mengamalkan beberapa Amalan Dan Doa Sebelum Peperiksaan seperti yang dikongsikan disini sebagai persediaan jiwa yang aman dan tenang. Diharap juga dengan mengamalkan doa-doa ini akan memudahkan anda belajar dan tidak mudah lupa apa juga ilmu yang dipelajari selain dapat menghafal serta ingat setiap pelajaran.

Doa Memohon Kejayaan Dan Keputusan Yang Baik

Amalan Dan Doa Sebelum Peperiksaan 9

Maksudnya:

“ Ya Allah, limpahkanlah selawat dan salam kepada tuan kami, Nabi Muhammad s.a.w. dengan rahmat yang dapat mengeluarkanku dari kegelapan keraguan, yang dapat memuliakanku dengan cahaya kefahaman dan mejelaskanku apa-apa yang samar sehingga aku faham. Sesungguhnya engkau mengetahui dan aku tidak mengetahui dan engkau maha mengetahui hal-hal yang ghaib”

Doa Penerang Hati

Amalan Dan Doa Sebelum Peperiksaan 10

Maksudnya:

” Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku”

Doa Mengulangkaji Pelajaran

اَللَّهُمَّ ﭐفْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَﭐنْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَائِنِ رَحْمَتِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Maksudnya:

“ Ya Allah, jauhilah aku dari kebingungan, muliakanlah aku dengan cahaya ilmu dan pengertian, bukakanlah kepadaku makrifat-Mu, dan mudahkanlah bagiku pintu-pintu kurnia-Mu, wahai Yang Paling Pengasih di antara yang pengasih.”

Doa Diberi Kecerdasan Berfikir

اَللَّهُمَّ ﭐفْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَﭐنْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَائِنِ رَحْمَتِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Maksudnya:

“ Ya Allah, jauhilah aku dari kebingungan, muliakanlah aku dengan cahaya ilmu dan pengertian, bukakanlah kepadaku makrifat-Mu, dan mudahkanlah bagiku pintu-pintu kurnia-Mu, wahai Yang Paling Pengasih di antara yang pengasih.”

 

Doa Ketika Menghadapi Peperiksaan

رَبِّ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْلِيْ أَمْرِيْ

Maksudnya:

“ Ya Allah, Lapangkanlah dada(jiwaku) dan permudahkanlah urusanku.”

Perbanyakkan Solat Sunat

  • Solat Sunat Dhuha – Dilakukan supaya dimurahkan rezeki dan keputusan yang baik itu juga rezeki
  • Solat Sunat Hajat – Dilakukan supaya kita dapat memohon hajat apa yang kita inginkan. Ingin mengembirakan hati kedua ibubapa dengan keputusan yang cemerlang.
  • Solat Sunat Taubat – Dilakukan supaya segala dosa diampunkan oleh Allah dan supaya Allah dengar akan doa kita.

Membaca Ayat Suci Al-Quran

Berdamping dengan al-Quran dan bacalah setiap hari. Islam juga mengaja kita supaya membaca surah Al-Waqiah supaya rezeki kita murah dipermudahkan urusan harian kita.

Restu Ibubapa Dan Guru

Sebelum kita melangkah keluar rumah, mohonlah restu dan minta maaf daripada kedua ibubapa kita dan memohon restu dan kemaafan daripada guru-guru di sekolah, supaya mereka redha dengan kita. Perkara ini sebenarnya boleh dilakukan dan perlu dilakukan setiap hari kerana ibubapa itulah antara manusia yang doanya mudah dimakbulkan oleh Allah.

Berfikiran Positif

Bermula daripada habis peperiksaan, jangan terlalu fikir perkara yang sudah lepas. Walaupun mungkin ada perkara yang kita salah tulis atau salah jawab. Sebab itulah doa itu perlu dan ianya senjata terbaik untuk umat Islam


Amalan Dan Doa Sebelum Peperiksaan 11

Amalan Dan Doa Sebelum Peperiksaan 12


HIMPUNAN DOA HARIAN  PILIHAN


” DOA SENJATA ORANG MUKMIN “

ADAB BERDOA

Allah Berjanji Untuk Mengabulkan Doa Orang yang Berdoa. Dibawah ini diberikan beberapa adab berdoa berpandukan al-Quran dan hadis.

Allah berfirman: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” Al Baqarah: 186

Ada beberapa adab dan peraturan yang disunahkan agar mendapat kelebihan dan barakah dari Allah dan supaya doa itu dimakbulkan. Berikut ini diberikan beberapa panduan menurut Al-Quran dan sunnah.

  1. Sebaik-baiknya berwudhu’ Sebelum Berdoa
  2. Merapatkan kedua-dua belah tapak tangan dan mengangkatnya ke paras dada.
  3. Betulkan kedudukan dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.
  4. Mengarahkan badan menghadap kearah qiblat.
  5. Sabda Rasul s.a.w.: Tiap tiap doa akan terhalang sehingga dia bersalawat kepada Nabi s.a.w. (Hadis Hasan) Doa hendaklah dimulakan dan diakhirkan dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
  6. Berdoalah dengan penuh keyakinan dan bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.
  7. Perbanyakkan memuji kebesaran allah dan menyebut nama-nama allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu.
  8. Berdoalah dengan suara yang lembut
  9. Mengulangi setiap pemohonan sebanyak tiga kali
  10. Berdoa Sambil Menangis
  11. Berdoa Pada Beberapa Waktu dan Keadaan yang Mustajab
  12. Tidak tergesa-gesa dan tidak bosan untuk terus berdoa.
  13. Tidak berdoa untuk suatu dosa atau untuk memutus silaturahim.
  14. Berdoa dengan doa yang ma’tsur dan jawami’ al-du’a’ (doa-doa yang singkat dan padat namun menghimpun segenap kebaikan).
  15. Mendoakan diri sendiri sebelum mendoakan orang lain.

Amalan Dan Doa Sebelum Peperiksaan…..Berdoa adalah ibadah…..Hendaklah seseorang Muslim memperhatikan adab-adab dan syarat-syarat dalam berdoa yang merupakan sebab ditunaikan doa. Sesiapa memenuhinya, maka dia akan mendapat segala yang diminta dan sesiapa yang mengabaikannya, dialah orang yang melampaui batas dalam berdoa sehingga tidak ditunaikan doanya.