Home Artikel Doa Hendak Tidur Dan Doa Bangun Tidur

Doa Hendak Tidur Dan Doa Bangun Tidur

455
0
Doa Hendak Tidur Dan Doa Bangun Tidur
Nabi Muhammad SAW telah mengajar kita doa-doa khusus untuk dibaca sebelum tidur yang mana ia mengingatkan kita bahawa tidur itu adalah saudara kepada kematian. Di sini disediakan panduan bacaan Doa Hendak Tidur Dan Doa Bangun Tidur … Selain itu, disertakan juga amalan-amalan sunat sebelum tidur (cara Nabi) … Semoga bermanafaat….

Doa Ketika Hendak Tidur

بِسْمِكَ اللّٰهُمَّ اَحْيَا وَاَمُوْتُ

Bismikallohumma ahya wa amuutu

Maksudnya:

” Dengan menyebut nama-Mu ya Allah, aku hidup dan aku mati “


Doa Bangun Tidur

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ اَحْيَانَا بَعْدَمَآ اَمَاتَنَا وَاِلَيْهِ النُّشُوْرُ

Alhamdu lillahil ladzii ahyaanaa ba’da maa amaa tanaa wa ilahin nusyuuru

Maksudnya:

 ” Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah kami mati (membangunkan dari tidur) dan hanya kepada-Nya kami dikembalikan “


Doa Ketika Mendapat Mimpi Buruk

اَللّٰهُمَّ إِنّىِ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ وَسَيِّئاَتِ اْلأَحْلاَمِ

Allaahumma innii a’uudzubika min ‘amalisy syaithaani wa sayyiaatil ahlami

Maksudnya:

” Ya Allah, sesungguhnya aku mohon perlindungan kepada Engkau dari perbuatan setan dan dari mimpi-mimpi yang buruk “

Doa Hendak Tidur Dan Doa Bangun Tidur 5

Doa Hendak Tidur Dan Doa Bangun Tidur 6


Adab Tidur Rasulullah

Di antara adab-adab tidur yang telah dianjurkan oleh Rasulullah SAW adalah :

    1. Berwuduk sebelum tidur dan selepas tidur
    2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
    3. Berbaring berlapikkan bantal
    4. Berbaring sambil mengiring ke sebelah kanan dan berzikir  (Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X) kepada Allah sehingga tidur.
    5. Jangan tidur secara meniarap
    6. Membaca surah Sajadah dan Al Mulk sebelum tidur
    7. Membaca surah Al-Fatihah, ayat Kursi dan tiga ‘Kul’
    8. Niat untuk bangun Tahajjud
    9. Membaca doa sebelum tidur bagi mengelak gangguan syaitan, manusia dan jin sewaktu tidur
    10. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur
    11. Tutup aurat ketika tidur.

HIMPUNAN DOA HARIAN  PILIHAN


” DOA ADALAH SENJATA ORANG MUKMIN “

ADAB BERDOA

Allah Berjanji Untuk Mengabulkan Doa Orang yang Berdoa. Dibawah ini diberikan beberapa adab berdoa berpandukan al-Quran dan hadis.

Allah berfirman: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” Al Baqarah: 186

Ada beberapa adab dan peraturan yang disunahkan agar mendapat kelebihan dan barakah dari Allah dan supaya doa itu dimakbulkan. Berikut ini diberikan beberapa panduan menurut Al-Quran dan sunnah.

  1. Sebaik-baiknya berwudhu’ Sebelum Berdoa
  2. Merapatkan kedua-dua belah tapak tangan dan mengangkatnya ke paras dada.
  3. Betulkan kedudukan dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.
  4. Mengarahkan badan menghadap kearah qiblat.
  5. Sabda Rasul s.a.w.: Tiap tiap doa akan terhalang sehingga dia bersalawat kepada Nabi s.a.w. (Hadis Hasan) Doa hendaklah dimulakan dan diakhirkan dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
  6. Berdoalah dengan penuh keyakinan dan bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.
  7. Perbanyakkan memuji kebesaran allah dan menyebut nama-nama allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu.
  8. Berdoalah dengan suara yang lembut
  9. Mengulangi setiap pemohonan sebanyak tiga kali
  10. Berdoa Sambil Menangis
  11. Berdoa Pada Beberapa Waktu dan Keadaan yang Mustajab
  12. Tidak tergesa-gesa dan tidak bosan untuk terus berdoa.
  13. Tidak berdoa untuk suatu dosa atau untuk memutus silaturahim.
  14. Berdoa dengan doa yang ma’tsur dan jawami’ al-du’a’ (doa-doa yang singkat dan padat namun menghimpun segenap kebaikan).
  15. Mendoakan diri sendiri sebelum mendoakan orang lain.

Doa Hendak Tidur Dan Doa Bangun Tidur…..Berdoa adalah ibadah…..Hendaklah seseorang Muslim memperhatikan adab-adab dan syarat-syarat dalam berdoa yang merupakan sebab ditunaikan doa. Sesiapa memenuhinya, maka dia akan mendapat segala yang diminta dan sesiapa yang mengabaikannya, dialah orang yang melampaui batas dalam berdoa sehingga tidak ditunaikan doanya.